Tuesday, October 21, 2008

Pak Lah Perangkap Najib

Ramai pemerhati dan penganalisa politik mengulas bahawa Pak Lah mahu 'cuci tangan' dalam menghadapi kemelut ekonomi negara dengan meletakkan Timbalannya, Najib untuk menerajui Kementerian Kewangan. Manakala beliau pula ke Kementerian Pertahanan. Dengan kata lain 'tukar suka sama suka'.

Mungkin Najib hari ini merasa selesa di atas pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Pak Lah dan seluruh kepimpinan UMNO. Najib dan isterinya pasti sedang mengira hari untuk menjadi Perdana Menteri dan Wanita Pertama Malaysia. Siapa yang tak nak jadi PM oh..... Aku pun mahu kalau diberi peluang. Semua percuma. Rumah, kereta, telefon, air, elektrik. Lepas tu elaun puluhan ribu sebulan. Peluang nak tambah kekayaan terbuka luas. Pendek kata duduk dan tidur atas duitlah. Tambahan pula pemimpin bawahan UMNO senang dijadikan 'hamba'. Bagi projek lebih kurang, diamlah mulut mereka. Manakala ahli-ahli UMNO, tak perlu dirisaukan. Memang sejak dulu lagi dah diperbodohkan dengan janji-janji manis.

Aku melihat pertukaran Pak Lah ke Kementerian Pertahanan adalah untuk mencari maklumat terperinci berhubung penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Najib sepanjang menerajui kementerian ini. Pak Lah sendiri telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Dilaporkan bahawa Rosmah ada pejabat sendiri di Kementerian Pertahanan sewaktu Najib menterinya. Ada yang mendakwa jika mahu projek, tak perlu jumpa Najib. Memadai jumpa bininya saja. Rosmah yang berkuasa menentukan siapa yang dapat atau sebaliknya. Hebat rupanya bini Najib ni.

Mungkin benar sangkaan aku apabila melihat Laporan Polis terhadap Najib yang dibuat oleh 10 orang yang menggelar diri mereka Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM) semalam. Laporan ini berhubung dengan kontrak Eurocopter Cougar EC-725 yang didakwa "lebih mahal" berbanding yang diperolehi oleh Brazil.

Berita penuh, sila klik di sini.

Bila direnung sejenak, takkanlah bodoh sangat Pak Lah nak serah begitu saja jawatan PM pada Najib. Bukan Pak Lah tak tahu yang Najib tu adalah 'anak buah' Mahathir. Selama ini pun Mahathir yang membuat serangan hebat terhadapnya berhubung dasar dan tindakan yang diambil. Pak Lah sedar bahawa serangan yang dibuat oleh Mahathir adalah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya sebagai PM dan mengharapkan agar segera meletakkan jawatan bagi membolehkan Najib menjawat jawatan tersebut.

Baru-baru ini Pak Lah membidas Mahathir kerana berlagak sebagai pengarah di dalam pemilihan UMNO. Bidasan ini dilihat memberi tamparan kepada Najib. Penangguhan Persidangan dan Pemilihan UMNO yang dibuat oleh Pak Lah dilihat sebagai satu strategi yang terancang. Walaupun Pak Lah nampak lembik orangnya tapi dia tidak bodoh. Kita jangan lupa "Group 4th Floor" yang diketuai oleh menantunya Khairy pasti telah merangka strategi yang halus dan licik bagi memastikan Najib "Tersungkur Di Kerusi Timbalan Perdana Menteri".

Aku mengharapkan agar Pak Lah bertindak segera dengan mengarahkan Polis dan BPR membuat siasatan secara bebas dan profesional terhadap segala dakwaan dan laporan polis yang dibuat terhadap Najib dan bininya.

Ada berita yang mengatakan bahawa Pak Lah sengaja mengarahkan agar RPK ditahan di bawah ISA dengan tujuan untuk melindungi keselamatan dirinya dari diancam oleh geng Najib. Mungkin ada benarnya ancaman ini wujud disebabkan keberanian RPK mendedahkan tentang penglibatan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Wahai Pak Lah, walaupun aku benci pada mu tapi aku lebih benci dan tak sanggup jika Najib jadi PM Malaysia. Kau sendiri pun tahu siapa yang terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Takkanlah kau nak biarkan orang macam Najib jadi PM.

Sekian.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger