Wednesday, October 29, 2008

Bertemu Dua Budak Penggilap Kasut

Pagi tadi setelah menghantar anak sulong balik ke asramanya di Sek Men Arab Toh Puan, aku pun terus memandu menuju ke Sadong Jaya. Nak cari sarapan. Aku singgah di sebuah restoran mamak yang agak popular juga kat situ. Harga berpatutan dan boleh tahan ramai pelanggannya.

Aku duduk di sebuah meja kosong sambil mendail nombor seorang sahabat di Simpang Renggam, Johor. Lama juga aku 'bergayut' dengan Nokia 6300 aku. Adalah 7 minit kot. Tak kisahlah tu. Setelah selesai, aku terpandang 2 orang budak dalam lingkungan umur 8 tahun berdiri tercegat di depan meja aku. Mereka memandang aku. Aku buat tak kisah je. Selepas tu dia berdua duduk di lantai restoran berdekatan dengan kerusi aku. Lalu aku terpandang alat pengilat kasut yang dibawanya.

Teringat akan kasut yang tak pernah aku 'kiwi' sejak beli, lalu aku minta dua orang budak tu untuk kilatkannya. Sementara menunggu air dan mee goreng mamak sampai, aku pun berbual dengan mereka.

Seorang bernama Shahril dan yang satu lagi bernama Wahab. Yang bernama Shahril nilah yang menyentuh hati dan perasaan aku. Ibunya telah meninggal dunia manakala ayahnya tinggal di Sempurna. Dia duduk bersama neneknya di Sembulan. Tak pernah bersekolah. Bila aku tanya kenapa tak bersekolah, dia bagitau takde duit. Memang keluarga budak ini berasal dari Filipina. Berbangsa Suluk.

Aku termenung sejenak dan berfikir bagaimana jika aku yang berada di tempat budak tu. Adakah aku sekental jiwa budak ini yang sanggup keluar mencari rezeki dengan mengambil upah menggilap kasut. Mereka berdua pun mahu menjadi seperti kanak-kanak lain. Pergi ke sekolah menuntut ilmu. Mendapat perhatian ibu dan ayah. Tapi malangnya, si Shahril dan Wahab ini menjadi mangsa keadaan.

Bayangkanlah apa akan terjadi kepada dua budak yang tak berdosa ini di masa depan. Tanpa didikan agama dari keluarga dan secara formal. Untuk hidup di dunia mungkin mereka boleh survive tapi bagaimana kehidupan mereka berdua di Akhirat. Sudah tentu masyarakat di sekelilingnya akan mempengaruhi corak hidup mereka berdua.

Terbayang di fikiran aku, alangkah baiknya jika Islam yang memerintah Malaysia. Sudah tentu nasib kedua budak ini terbela. Mendapat didikan ilmu dunia dan akhirat yang sempurna. Dikelilingi masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab. Sewaktu zaman pemerintahan Umar Abdul Aziz, tiada rakyatnya yang miskin. Semuanya hidup dengan selesa dan bahagia. Inilah bukti nyata hanya PEMERINTAHAN ISLAM YANG TERBAIK.

Jadi, apa tanggungjawab kita sebagai umat Islam dalam negara ini bagi memastikan nasib budak seperti Shahril dan Wahab ini terbela. Adalah menjadi kewajipan kita umat Islam memilih dan memastikan Islam yang memerintah negara ini selain daripada bantuan secara peribadi dan juga dari pelbagai pihak.

Semuga Allah SWT memberikan perlindungan, hidayah dan petunjuk kepada hambaNya yang bernama Shahril dan Wahab ini.

Sekian.

Islam Is The Best. The Way Of Life








No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger