Thursday, October 16, 2008

Aku Kehilangan Seorang Sahabat

15 Oktober 2008, jam 9.30 mlm - aku menerima sms dari sahabat di Rengit, Batu Pahat yang memaklumkan Razak Madun telah kembali ke rahmatullah. Terdiam seketika bila aku membaca sms ini. Dalam usianya 41 tahun dia telah pergi meninggalkan dunia yang fana' ini untuk bertemu dengan Khaliq. Seorang lagi penyokong PAS telah pergi buat selamanya.

Sebelum ini aku ada dimaklumkan bahawa arwah pernah dimasukkan ke Hospital Batu Pahat selama beberapa hari setelah disahkan mengidap sakit jantung. Kalau tak silap aku bulan Februari lalu. Tak sangka pulak rupanya masalah jantungnya serius.

Walau apa pun, ini hanyalah sebagai sebab sahaja. Hakikatnya apabila ajal kita sudah sampai, maka matilah kita.

Aku berdoa' semuga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya dan menempatkan rohnya bersama dengan golongan hambaNya yang soleh. Kepada balu dan anak-anaknya, semuga diberikan ketabahan dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Bagi diri kita yang masih diberi umur, marilah sama-sama kita bertaubat dan tingkatkan amal 'ibadah serta turut bersama di dalam perjuangan Islam. Sebagai Muslim, kita wajib menjadi penolong agama Allah. Bantulah perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS ini samada dalam bentuk harta, tenaga, minda dan pelbagai cara yang termampu oleh kita.

Kepada para sahabat yang membaca artikel ini, marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada roh Allahyarham Abd.Razak bin Madun.

Wassalam.






No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger