Wednesday, September 28, 2011

Mengapa Najib Rosmah mesti jadi saksi? - Anwar

Kalau bercakap di media, bukan main lagi si anak Tun Razak ni nak tunjuk hero rupanya bacul macam takde buah. "Saya tak takut Anwar". "Saya bukan tak mahu berdebat dengan Anwar, cuma bimbang nanti Anwar demam", antara kenyataan yang pernah dibuat oleh si bapa anak Altantuya tu. Kalau betul anak jantan, datanglah ke mahkamah jadi saksi dalam prosiding pembelaan diri Anwar. Soalnya, nape Najib Rosmah cuba mengenepikan sepina atas mereka?

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri dan isterinya untuk mengketepikan sepina yang disampaikan kepada mereka supaya tampil sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat.

Dalam dokumen yang ditandatanganinya petang ini di hadapan pesuruhjaya sumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Anwar berkata, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor diperlukan untuk membantu kes berkenaan.

Ini dikaitkan dengan maklumat yang dibekalkan oleh bekas pembantu Najib, Datuk Khairil Annas Jusoh, ketika diwawancara oleh peguam Anwar semasa proses merakamkan kenyataan daripada saksi-saksi yang berpotensi.

Khairil Annas telah mengesahkan bahawa dia membawa pengadu kes liwat itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk bertemu dengan Najib, yang ketika itu adalah timbalan perdana menteri.

“Saya seterusnya menyatakan bahawa saya telah dinasihatkan oleh peguam-peguam saya, nasihat yang saya percayai adalah tepat dan benar, bahawa Datuk Khairil Annas Jusoh telahpun memaklumkan kepada mereka di dalam temuramah tersebut bahawa beliau telahpun membawa pengadu berhumpa dengan pemohon paad 26 Jun 2008 untuk lebih kurang sejam di kediaman pemohon.

“Oleh yang demikian, saya percaya terdapat banyak lagi perkara yang telahpun dibincangkan antara pemohon dan pengadu tersebut semasa pertemuan tersebut yang saya yakin adalah relevan dan materrial kepada pembelaan saya,” katanya dalam afidavit itu.

Menurut Anwar lagi, Najib pada mulanya menafikan bertemu dengan Saiful tetapi kemudian menukar pengakuan dan berkata Saiful telah memohon bantuan bagi mendapatkan biasiswa.

Justeru, peguamnya mahu mendapatkan penjelasan lanjut.

Tambahnya lagi, semasa wawancara pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah tidak bekerjasama dalam memberikan kenyataan kepada peguamnya.

Anwar, berkata beliau mempunyai hak di sisi undang-undang untuk memanggil saksi dan sehubungan itu mengarahkan peguamnya untuk mensepina Najib dan isterinya.

- malaysiakini

Tuesday, September 27, 2011

Penolakan Hudud : UMNO tempah maut

Sejak minggu lepas, isu Hudud mula 'panas' kembali ekoran mantan PM Mahathir yang mencabar Kerajaan PAS Kelantan agar melaksanakan Hukum Hudud di negeri itu. Si tua nyanyuk yang hanya menunggu masa saja nak mati itu lupa bahawa dia sendiri yang menghalang perlaksanaan Hudud di negeri itu ketika masih berkuasa.

Golongan munafiq kabir macam Mahathir dan anak didiknya Najib cuba mainkan isu ini dengan tujuan untuk memecah-belahkan hubungan antara PAS-DAP dalam Pakatan Rakyat, seterusnya mengharapkan pengundi Cina akan beralih kepada BN dalam PRU13 nanti.

Secara peribadi, penulis sedikit pun tidak merasa gusar jika ada segelintir pimpinan DAP seperti Karpal Singh dan lainnya cuba bertindak untuk membawa DAP keluar daripada Pakatan Rakyat. Sebabnya, hanya segelintir saja pimpinan DAP yang agak emosional dalam soal Hudud ni.

Dan bukan kita tak tahu perangai Pengerusi DAP tu. Kalau nak kata si Karpal Singh masih tak tahu bahawa Hukum Hudud itu hanya untuk orang Islam saja, rasanya tak logik sebab telah berulang kali pimpinan PAS menegaskan akan hal itu. Cumanya mungkin dia bimbang bila terlaksananya Hukum Hudud, ramai orang Cina bukan Islam akan memeluk Islam, atau paling tidak pun akan bersama dengan PAS sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS. Tentunya hal ini membimbangkan Pengerusi DAP dan secara tak langsung memberi kesan pada partinya yang majoriti ahlinya berbangsa Cina. Yang jelas Karpal Singh memang tak mahu pimpinan PAS jadi PM.

Soalnya, beranikah Karpal Singh membawa partinya keluar daripada Pakatan Rakyat? Adakah beliau cukup yakin bahawa seluruh ahli DAP bersetuju dengan hasratnya?

Bagi penulis, PAS tidak rugi apa-apa pun sekiranya DAP keluar Pakatan. Visi PAS jelas, yaitu mahu menegakkan Daulah Islamiyyah di tanahair. Walaupun pada zahirnya PAS mengambil pendekatan tahaluf-siyasi untuk bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menumbangkan rejim UMNO BN, namun PAS tetap tidak berganjak dalam visinya samada rakan Pakatan bersamanya atau tidak. Di sudut semangat setiakawan, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.

Sejarah telah membuktikan PAS tidak hilang sokongan maupun pengaruh walau pernah dikhianati oleh UMNO dan Semangat 46. Pengalaman lalu cukup mematangkan PAS dalam menempuh arus perdana politik tanahair walau pelbagai fitnah, mehnah dan tribulasi yang dihadapinya. Seluruh ahli PAS yang berjumlah lebih 1 juta juga telah terdidik dengan Tarbiyyah Haraki, Usrah dan Kuliah serta yakin akan kewajipan memperjuangkan Islam.

Dan bukanlah satu hal yang menghairankan bila orang bukan Islam menolak Hudud sebab mereka tak faham. Penulis cukup yakin jika mereka diberikan kefahaman yang betul, nescaya mereka tidak akan menolak perlaksanaan Hukum Hudud yang Maha Adil. Sebab Hukuk Hudud ini adalah Undang-Undang Allah yang Qadim.

Kalau pembaca masih ingat sewaktu Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan melancarkan Sistem Perbankan Islam dengan niat untuk membebaskan ummat Islam daripada sistem perbankan konvensional (Riba'), timbul suara-suara pro dan kontra. Namun akhirnya, antara penyimpan terbesar dalam sistem perbankan Islam itu ialah di kalangan orang bukan Islam sendiri sebab mereka yakin dengan sistem Islam yang lebih adil dan menguntungkan semua pihak. Malah sistem insuran Islam turut menjadi pilihan mereka.

Dan begitulah juga dengan hal Hukum Hudud ini. Percayalah, bila telah terlaksana kelak, nescaya masyarakat bukan Islam akan mengakui akan keadilan Hukum Allah itu.

Yang jadi pelik bin ajaib bila pemimpin UMNO dan para pengikutnya yang mengaku Islam tapi dengan berani telah menolak perlaksanaan Hudud itu. Bukan setakat menolak malah memperlekehkan lagi hukum itu. Wana'uzubiillah...

Maha Benar Allah dengan segala Firman-Nya. Telah jelas di dalam Al Qur'an, bagaimana Allah menceritakan tentang tingkah-laku dan sifat golongan munafiq ini ketika berhadapan dengan golongan beriman. Mereka sanggup melakukan apa saja demi mencapai niat jahat mereka tapi mereka lupa bahawa Allah Maha Mengetahui segala isi hati mereka.

Mereka menyangka telah berjaya melakukan tipu-daya dan memperolok-olokkan golongan beriman tapi tanpa disedari oleh mereka, Allah SWT telah membalas tipu-daya mereka itu sehingga akhirnya usaha mereka sia-sia belaka, malah sebenarnya mereka memperbodohkan diri mereka sendiri.

Dan apa yang dilakukan oleh Najib dan UMNO dalam isu Hudud ini sebenarnya akan memakan diri sendiri.

Akhirnya, penulis menyeru kepada ummat Islam tanahair agar segera meninggalkan UMNO jika mahu 'Aqidah Islam terpelihara. Jika terus memberi undi pada UMNO BN dalam PRU13 nanti, bermakna anda termasuk dalam golongan yang menentang Hukum Allah.

Syed Qutb, dalam membahaskan persoalan Al Hakimiyyah Allah ini, tegasnya sesiapa saja yang menjadi pendokong kepada pihak yang menentang atau menolak perlaksanaan Undang-Undang Allah, mereka termasuk dalam golongan MUSYRIK.

Insya'Allah, kita tunggu saja jawapan daripada Allah SWT.

Saturday, September 24, 2011

Isu Hudud : Kemunafiqan UMNO jelas

Di posting sebelum ni, penulis sentuh pasal beberapa kenyataan memperlekeh Hukum Allah yang pernah dibuat oleh pimpinan UMNO. Dan hari ni seorang lagi Presiden UMNO buat kenyataan terbuka menolak Hudud walau dilihat agak berhati-hati dalam tutur-katanya agar tak nampak sangat kemunafiqannya.

Kenyataan yang dibuat oleh Najib itu jika dibahas di sudut Tauhid Uluhiyyah, jelas membuktikan yang UMNO dulu, kini dan selamanya telah menafikan hak Al Hakimiyyah Allah daripada terlaksana. Bahasa mudahnya, menolak dan menafikan Undang-Undang Allah.

Sebagai Muslim, kita wajib mengimani tanpa banyak soal bahawa bumi dan seluruh isi alam semesta ni adalah hak milik kepunyaan Allah secara mutlak. Justeru hanya Dia yang berhak menjadi pengatur atas semuanya itu. Tugas kita selaku hamba hanyalah melaksanakan apa saja yang telah disediakan oleh-Nya, yaitu segala Hukum dan Peraturan yang terkandung dalam Al Qur'an. Itu saja.

Lupakah kita bahawa seluruh ummat manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, warna kulit, bahasa dan agama adalah makhluk ciptaan Allah. Justeru, hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat makhluk ciptaan-Nya.

Atas sifat-Nya yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Pengampun, lalu diutuskan beratus ribu orang Nabi dan 25 Rasul bagi memimpin kaum dan ummat masing-masing yang berada di dalam kegelapan kekufuran. Malangnya ramai di kalangan mereka yang menentang Nabi yang diutuskan kepada kaum masing-masing. Malah ada antara para Nabi yang dibunuh oleh kaumnya sendiri.

Dan yang terakhir sekali adalah Nabi kita semua, Muhammad S.A.W. yang diutuskan oleh Allah bukan saja untuk bangsa Arab malah untuk seluruh ummat manusia dan seluruh isi alam ini. Allah tegaskan dalam Al Qur'an yang bermaksud "Wahai Muhammad, tidak Aku utuskan engkau melainkan untuk membawa rahmat kepada sekelian alam".

Mukjizat tertinggi yang Allah kurniakan kepada Baginda ialah Al Qur'an sebagai Perlembagaan Hidup seluruh ummat manusia. Segala-galanya telah tersedia di dalamnya termasuk Hukum Hudud, pemerintahan, politik dan seluruhnya. Perlembagaan yang lengkap dan sesuai sepanjang zaman hinggalah hari Akhirat.

Kalau di zaman Jahiliyyah dulu, ada Abu Lahab, Abu Jahal dan para pembesar Musyrikin Mekah yang menentang Rasulullah S.A.W. sejak hari pertama Baginda diutus menjadi Rasul. Setiap kali Baginda membacakan Wahyu Allah pada mereka dan menyeru kepada mentauhidkan Allah, maka setiap kali itulah Baginda dicemuh dan ditertawakan, malah difitnah, ditohmah, diugut, dituduh gila hingga ke peringkat mahu dibunuh. Namun Rasulullah S.A.W. tetap meneruskan tugas yang diamanahkan oleh Allah, yaitu menyeru penduduk Mekah kembali kepada Agama Tauhid dan segera meninggalkan amalan toghut menyembah berhala.

Dan hari ni rupa-rupanya masih ada lagi spesis para pengikut Abu Lahab, malah lebih jahat daripada Bapak Musyrikin Mekah sebab golongan yang ada hari ni hidup selepas Islam disempurnakan oleh Allah di tangan Rasulullah kira-kira 1,400 tahun dan telah tersedia Kitabullah di tangan mereka namun tetap menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah walau telah diberi kuasa, serta sengaja mereka-reka alasan bodoh bagi menyembunyikan kemunafiqan (kekafiran) mereka.

Terpulanglah kepada orang Islam yang masih setia dengan UMNO untuk memikirkan kedudukan 'Aqidah mereka sementara masih hidup. Jika mahu melakukan hijrah meninggalkan kesesatan UMNO, laksanakanlah dengan segera. Sebaliknya jika masih berdegil, nantikanlah saja balasan Neraka Allah kelak.

Wallahu'alam

Friday, September 23, 2011

Hanya orang Melayu tak beriman je undi UBN

Kita ni ngaku je Islam tapi tak pernah nak faham dengan apa yang diucapkan dalam DUA KALIMAH SYAHADAH. Hanya pada lidah saja mengaku "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah" tapi hakikatnya takde bezanya dengan orang-orang yang menyembah berhala dan seumpamanya.

Penulis bukanlah orang yang layak untuk membicarakan soal Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah tapi sejak duduk dalam jamaah Islam PAS, banyak ilmu Islam yang penulis pelajari termasuk soal yang melibatkan 'Aqidah dan perkara-perkara yang merosakkannya.

Sayugia difahami bila mana seseorang itu mengakui dengan sebenar-benarnya bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah, bermakna orang itu meyakini (mengimani) bahawa;

1- Tiada sistem yang terbaik melainkan sistem Islam

2- Tiada undang-undang yang benar melainkan undang-undang Islam

3- Tiada cara hidup yang terbaik melainkan cara hidup Islam

4- Tiada sistem ekonomi yang adil melainkan sistem ekonomi Islam

5- Tiada politik yang benar melainkan politik Islam

6- Tiada sistem pemerintahan yang betul melainkan sistem pemerintahan Islam

... ringkasnya, sebagai Muslim, kita wajib menerima semua sistem Allah (Islam) tanpa sebarang alasan.

Apa yang penulis nak sentuh di sini ialah sistem politik yang diamalkan dalam negara selama ini. Sebab majoriti umat Melayu Muslim tanahair hari ni masih berpegang dan percaya kepada fahaman toghut peninggalan penjajah yang diteruskan oleh anak didiknya UMNO laknatullah.

Fahaman toghut itu ialah SEKULARISMA. Yaitu fahaman Kristian yang memisahkan agama daripada sistem politik dan pemerintahan negara. Fahaman sesat yang menjadi pegangan UMNO sejak dulu, kini dan selamanya itu telah mengenepikan Islam daripada sistem pemerintahan. Justeru undang-undang tertinggi negara selama ni bukannya Al Qur'an, sebaliknya Perlembagaan Persekutuan yang didraf oleh Suruhanjaya Reid British.

Tidak sesat lagikah namanya bila pemimpin UMNO dengan sengaja menolak Al Qur'an sebagai perlembagaan negara, malahan tidak pernah berusaha untuk menjadikan Al Qur'an sebagai perlembagaan menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada walaupun ada kuasa untuk berbuat demikian sejak dulu lagi. Bukan tu je, malah pemimpin UMNO begitu berani memperlekeh dan mempermainkan hukum Allah. Antara kata-kata sesat yang pernah diucapkan mereka ialah;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara kerana rakyat berbilang kaum dan agama"

"Kalau laksana Hudud, orang Islam akan mundur sebab tangan kudung dan tak boleh cari kerja"

"Kalau orang mencuri duit melalui internet, macamana nak cari saksi yang adil untuk laksanakan hukum potong tangan..."

... dan banyak lagi kenyataan pemimpin UMNO yang menyebabkan mereka boleh jatuh kafir kerana mempersendakan Hukum dan Undang-Undang Allah.

Dan yang paling bebal ialah ahli dan penyokong UMNO yang hanya tahu menganggukkan kepala saja dengan segala apa yang diucapkan oleh pemimpin mereka. Mereka tak sedar 'Aqidah Islam mereka juga boleh jadi rosak hanya dengan mengiyakan saja kata-kata seperti di atas.

Kesimpulannya, bila mana kita memberi undi pada UMNO BN dalam pilihanraya, bermakna kita bersetujulah dengan sistem pemerintahan sekular Kristian yang menjadi amalan kerajaan sejak merdeka lagi. Setuju bermaksud redha. Redha bererti kita percaya bahawa sistem pemerintahan sekular itu lebih baik daripada sistem pemerintahan Islam.

Akibatnya???

Jika kita meyakini sedemikian, maka rosaklah iman kita. Kalau tak sempat bertaubat, pendek kata mati sesatlah.

Justeru jangan dihairanlah jika masih ramai orang Melayu yang setia dengan UMNO. Sebab mereka sebenarnya bukan orang yang beriman walau masih melaksanakan 'ibadah fardhu.

Jangan lupa ketika menafsirkan ayat 159, Surah Al An'am (6), Almarhum Prof Dr Hamka dalam Kitab Tafsr Al Azhar menegaskan "Barangsiapa ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat".

Wana'uzubillah.

Thursday, September 22, 2011

Mahathir makin nyanyuk

Penulis masih ingat akan doa Almarhum Ustaz Fadhil Nor agar Mahathir panjang umur ketika ucapan penggulungan dan penangguhan di Muktamar PAS Pusat Ke-45 di PUTIK Kelantan. Katanya, "Kita minta agar Allah panjangkan umur Mahathir dan biar dia sendiri lihat hasil kerjanya selama ini." Dan memang doa Almarhum dimakbulkan.

Hari ini Mahathir dah menjangkau usia 88 tahun dan dapat melihat sendiri apa yang sedang melanda negara mutakhir ini hasil tangan anak-anak didiknya. Kita jangan lupa, sebaik berundur dari jawatan PM, si mamak tua ni pernah membuat pengakuan terbuka yang Anwar memang tak bersalah dan telah difitnah dalam Kes Liwat I.

Dan hari ini sekali lagi Mahathir menunjukkan kecelaruan pemikirannya macam orang nyanyuk. Penulis tak tahulah samada dia sedar atau tidak dengan apa yang diperkatakan bila menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

Kita nak tanya sikitlah pada Tun, di zaman sapa amalan rasuah, kronisme dan nepotisme bermaharajalela? Takkan dah lupa kot kat tauke-tauke besar yang jadi kesayangannya dulu seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan dan Eric Chia.

Dan di zamannya jugalah amalan tabur duit berleluasa di semua peringkat bila menjelang pemilihan Perhimpunan Agong UMNO.

Si mamak tua ni tak layak untuk menegur wakil-wakil rakyat UMNO BN yang hidup bermewah-mewah sekarang sebab beliau sendiri bapak perasuah negara. Malah bila anaknya sendiri Mirzan hampir bankrap dalam bisnes perkapalan, disuruhnya anak manjanya yang bodoh bisnes tu jumpa Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan ketika itu) untuk gunakan wang perbendaharaan negara bagi melangsaikan hutang RM500 juta, namun Anwar tegas dan tidak membenarkan wang rakyat disalah-gunakan.

Nasihat penulis agar Mahathir berhentilah membuat kenyataan yang bukan-bukan sebelum rakyat menjadi semakin meluat. Nak suruh bertaubat pun rasanya buang masa je sebab memang jenis orang sesat dan anti-Islam.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger