Monday, July 13, 2009

Politik Jambatan dan Jalanraya

Sebagai rakyat Malaysia berbangsa Melayu dan Muslim, aku benar-benar rasa marah kerana diperbodohkan oleh pemimpin UMNO sejak lebih setengah abad. Di mana letaknya maruah bangsa ku sendiri yang merelakan diri mereka diperbudakkan dengan janji pembinaan jambatan, jalanraya, pemberian subsidi, penurunan kadar tol dan pelbagai lagi janji-janji yang ditabur demi untuk meraih undi.

Mengapalah bangsaku yang menyokong UMNO terus redha diri mereka diperbodohkan dengan janji-janji pembangunan. Aku kecewa dengan sikap dan minda bangsaku yang masih tertutup rapat sehingga tak mampu nak melihat serta membezakan yang mana merupakan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan dalam dunia ini.

Sedarlah wahai bangsaku, penyediaan kemudahan asas adalah merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh semua kerajaan di dunia. Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, sistem jalanraya yang terbaik termasuk pembinaan jambatan, pendidikan dan perubatan percuma, perumahan, perkhidmatan kebajikan dan bekalan makanan yang mencukupi adalah antara kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia ini.

Malangnya sehingga ke saat ini kita masih boleh diperbodohkan oleh pemimpin UMNO dengan janji "Jika sokong BN, kita akan bina jambatan, jalanraya." Jambatan dan jalanraya ini dah memang jadi tanggungjawab wajib kerajaan menyediakannya. Bukannya dijadikan bahan kempen untuk meraih undi. Di mana maruah kita hahhhhhh...

Wahai Melayu, sedarlah. Bangkitlah. Jangan biarkan diri kita terus diperbodohkan dengan "Politik Jambatan dan Jalanraya" ni. Kenapa kita perlu takut dengan kerajaan yang kita pilih. Mereka boleh jadi PM, TPM, Menteri Kabinet dan MP kerana dipilih oleh rakyat. Sepatutnya mereka yang patut tunduk dengan kita. Malangnya apa yang berlaku terbalik. Kita yang pilih mereka, lepas tu kita pulak yang takut dengan mereka. Bukankah ini bodoh namanya.

Jika mereka gagal dalam melaksanakan kehendak kita sebagai rakyat, maka kita jatuhkan mereka dalam pilihanraya yang berikutnya. Namun ini tidak berlaku. Kita terus-menerus pilih mereka sedangkan kita tahu selama ini hak kita sebagai rakyat dirampas satu-persatu. Mereka hidup kaya-raya hasil rompakan wang rakyat manakala hidup kita pula terus dihimpit dengan segala macam bebanan kenaikan dan hutang. Mana letaknya fikiran dan hati kita selama ini. Sebenarnya kitalah yang bodoh... Tak tahu nak gunakan kuasa kita sebagai rakyat.

Untuk pengetahuan pembaca, kerajaan Peranchis merupakan sebuah kerajaan yang perihatin terhadap rakyatnya. Presiden Peranchis dan kabinetnya cukup 'takut' dengan rakyatnya. Mereka cukup sedar dengan "kuasa rakyat". Rakyat boleh menjatuhkan mereka dengan sekelip mata jika mereka gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat Peranchis seluruhnya.

Ekoran dari kesedaran ini, Kerajaan Peranchis menyediakan beberapa keperluan asas rakyatnya secara percuma. Antaranya pendidikan dan perubatan. Ibu yang melahirkan anak diberikan cuti 6 bulan bergaji. Bukan setakat itu saja malah kerajaan menyediakan pembantu rumah untuk ibu yang baru melahirkan secara percuma. Gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

Satu perkara yang agak menarik di Peranchis ini ialah Perkhidmatan Doktor Percuma Ke Rumah 24 jam. Jika rakyat Peranchis sakit dan tidak mampu ke hospital, mereka boleh menelefon para doktor ini untuk mendapatkan rawatan di rumah masing-masing. Semuanya percuma.

Segala kemudahan yang disediakan ini juga tidak terhad kepada rakyat Peranchis saja. Rakyat asing yang menetap di sana juga layak mendapatkan segala kemudahan ini secara percuma.

Bagaimana dengan kita di Malaysia ?

Jazakallah.

Sunday, July 12, 2009

Apa Agama UMNO Selama Ini ?

Terkejut ada, marah ada. Yang pasti kalau aku ada di hadapan orang yang berkata "Tukar Agama Seketika Tak Apa", memang aku bagi penampar sekali. Inilah bukti golongan Munafiq dalam UMNO.

Nampaknya semakin hari semakin terserlah kesesatan UMNO. Demi nak menggapai apa yang diingini, pemimpin UMNO sanggup melakukan apa saja hatta perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah Islam mereka.

Persoalannya apa perlunya salah seorang petugas yang membahagikan tambang kepada pengundi DUN Manek Urai menyebut ayat tersebut. Sedarkah dia bahawa kata-katanya itu boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam. Kejadian ini berlaku di salah sebuah rumah pemimpin UMNO di Kuala Lumpur.

Apa yang berlaku ini dengan sendirinya menjelaskan betapa UMNO rupanya selama ini menganut agama lain. Bukannya Islam. Kalau tak, kenapa petugas tersebut berkata demikian. UMNO sendiri tahu dan sedar bahawa PAS selama ini memang memperjuangkan Islam yang betul. Cumanya mereka tak mengakui secara terang-terang sebab takut nanti rakyat yang menyokong UMNO akan lari kepada PAS.

Persoalannya, apakah agama yang dianuti oleh UMNO selama ini ? Jika nak diambil kira dari sudut fahaman dan undang-undang yang dipegangnya selama ini, UMNO lebih mirip kepada Kristian. Bahasa mudahnya UMNO memang parti sesat lagi menyesatkan.

Aku bukan menuduh tetapi atas dasar fakta berikut ;

Fakta 1 - Almarhum Tunku sendiri mengesahkan UMNO adalah parti kebangsaan berfahaman sekular.

Fakta 2 - Ulama' Muktabar Dunia sendiri telah sepakat mengeluarkan fatwa bahawa Sekularisma ini adalah fahaman sesat yang boleh merosakkan 'Aqidah Islam.

Fakta 3 - Sekularisma ini adalah fahaman Kristian yang memisahkan agama dengan politik.

Fakta 4 - Syeikh Mustafa Sabri, seorang ulama' masyhur di zaman Pemerintahan Khalifah Uthmaniyyah pernah mengeluarkan fatwanya yang berbunyi ;

"Jalan mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik".

Fakta 5 - Pemimpin UMNO dengan sengaja menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) walaupun sudah 51 tahun memerintah negara. Sehingga hari ini pemimpin UMNO masih mengekalkan Undang-Undang Kristian (Perlembagaan Malaysia) yang didraf oleh Suruhanjaya Reid atas kehendak Inggeris. Apakah pemimpin UMNO merasakan Undang-Undang Sekular ini lebih baik daripada Undang-Undang Islam (Al-Qur'an) ?

Dalam Surah Al An'am (6) : ayat 159 yang bermaksud ;

Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).


Almarhum Prof Hamka menafsirkan ayat ni sebagai "Apabila ada keyakinan bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walaupun masih sembahyang."

Selama ini bila aku menyebut UMNO sesat, ada yang emosi. Nah ! sekarang petugas UMNO sendiri menyebut "Tukar Agama Seketika Tak Apa"... Confirmlah, memang UMNO menganut agama lain.

Kalau ahli dan penyokong UMNO masih mahu mengaku Islam.... sila tinggalkan UMNO. Ini bukan persoalan berlainan parti tapi ianya melibatkan 'AQIDAH ISLAM. Jika pegangan 'Aqidah dah rosak, tak guna sembahyang sampai bocor sejadah. Pergi haji selalu pun tak guna. Buat penat je.

Macam orang kafir, walau berkoyan mereka buat baik namun tiada nilai di sisi Allah sebab pegangan 'Aqidah mereka sesat.

Fikirkanlah...

Sayonara.

Saturday, July 11, 2009

Lagi Gema Gugurkan Rosmah di UNiSEL

Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula malam tadi di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

Hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel - seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut laman web penyokong mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 2,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

"Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan," satu coretan blog Anwar Ibrahim Club (AIC) dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

"Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka," laporan blog itu dipetik.

Timbalan pengarah progam tersebut Maisarah Ismail, yang membangkitkan cadangan kontroversi itu, memberitahu Malaysiakini lewat petang ini bahawa majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar itu diadakan bagi menggalakkan pelajar lebih terbuka menggerakkan politik kampus.

Pelajar tahun akhir diploma sains perpustakaan, yang juga exco AIC, berkata ia juga bertujuan menggalakkan pelajar Unisel lebih berani bersuara tentang isu-isu semasa, termasuk isu dalam kampusnya di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Unisel, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam dan sekumpulan pensyarah.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Pakatan Rakyat.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

Source : malaysiakini

Friday, July 10, 2009

Gila Yang Merosakkan !!!

Dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis GILA yang melanda manusia. Ada jenis gila yang positif tetapi tidak kurang juga yang negatif. Sebagai manusia kita perlu tahu membezakan antara gila yang positif dan negatif.

Bagi kategori gila yang baik adalah seperti gila sembahyang, gila zikir, gila sedekah, gila menabung, gila membaca, gila belajar, gila Matematik, gila Fizik, gila komputer dan banyak lagi. Dan ada juga gila yang memerlukan belanja besar tapi masih boleh diterima seperti gila kereta, gila motor besar, gila melancong dan gila barangan berjenama.

Yang perlu dielakkan adalah jenis gila yang buruk ini seperti gila talak, gila judi, gila pangkat, gila kuasa, gila betina dan jantan, gila harta, gila seks, gila glamour dan pelbagai lagi jenis gila yang negatif.

Golongan lelaki biasanya dikaitkan dengan 3 kategori popular gila negatif ini. Yaitu gila kuasa, gila harta dan gila betina. Manakala golongan wanita pula biasanya dikaitakan dengan gila jantan dan gila harta. Kadang-kadang ada juga yang gila seks.

Apa yang saya nak bahaskan di sini ialah tentang gila kuasa. Oleh kerana mutakhir ini kita dihidangkan dengan suasana politik tak menentu dalam negara yang melibatkan seluruh parti politik samada di pihak parti kerajaan maupun pembangkang. Saya lebih berminat untuk menyentuh pasal parti pembangkang yang lebih popular dengan panggilan Pakatan Rakyat.

Gabungan PKR terdiri dari PAS, PKR dan DAP. Apa yang 'menarik' dan memeningkan kepala rakyat marhain ialah gelagat ketiga-tiga parti ini. Awal-awal lagi DAP dah mula tunjuk belang sewaktu nak melantik MB Pakatan Rakyat di Perak. Ianya bermula apabila Lim Kit Siang mempersoalkan tentang perlantikan Nizar dari PAS sebagai MB sedangkan majoriti DUN dikuasai oleh DAP. Jelas di sini betapa gila kuasanya DAP sehingga mereka terlupa tentang Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak yang menyatakan dengan jelas bahawa MB Perak mesti dari kalangan bangsa Melayu dan Islam. Akhirnya sirna juga kekalutan ini.

Kemudian Perak sekali lagi dikejutkan dengan tindakan 3 ADUN PR yang melompat parti dan menyatakan sokongan kepada BN tapi jadi ADUN Bebas. Siasat punya siasat, telek punya telek, rupanya 2 ADUN PKR yang melompat ini tak puashati kerana tak dipilih jadi MB. Yang paling kepingin sangat nak jadi MB ni ialah si Jamaluddin Mohd.Radzi. Lucunya si Jam ni dengar khabar tiada kelulusan tinggi. Bayangkanlah kalau dah dirasuk gila kuasa ni memang payah. Sampai tak sedar diri dan tak tau nak ukur baju pada badan sendiri. Patutnya dah tahu diri tu memang tak layak jadi MB, janganlah mengada-ngada.

Bila dah mula reda sikit isu Perak, PAS pulak buat hal. Tiba-tiba muncul semula idea Unity Government yang dilontarkan Hj Hadi dan disokong oleh beberapa pimpinan kanan PAS yang lain. Kejutan ini dibuat sewaktu kenyataan media yang dibuat sewaktu Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam pada Jun lalu. Ekoran timbulnya semula idea ini, Mursyidul Am PAS membuat kenyataan yang paling tegas dan dilihat sebagai amaran terakhir kepada individu yang berhasrat untuk meneruskan idea tersebut. Yang menjadi sasaran beliau ialah Timbalan Presiden PAS sendiri, Nasharudin Mat Isa. Dalam kenyataan media, TGNA menegaskan jika Nasha mahu meneruskan hasratnya, sila letak jawatan dan masuk UMNO serta kosongkan kerusi Parlimen Bachok. Secara kebetulan pada waktu itu Hj Hadi tiada dalam negara kerana berada di London. Adalah dipercayai Hj Hadi mengadakan pertemuan dengan Dr Yusof Qardawi di sana bagi meminta pandangan tokoh ulama' dunia itu berhubung idea itu.

Sekembalinya Hj Hadi dari London, keesokannya beliau bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang membuat kenyataan rasmi di Parlimen bahawa Pakatan Rakyat telah sepakat menolak idea Unity Government tersebut. Dengan pengumuman ini, seluruh warga PR menarik nafas lega manakala UBN terlopong mulut kerana terlepas peluang untuk mengambil kesempatan daripada kecelaruan ini.

Kita tak boleh menolak kemungkinan bahawa hasrat untuk meneruskan idea Unity Government ini mungkin didorong oleh gila kuasa atau gila glamour. Perlu diingat pemimpin PAS juga manusia biasa. Mereka bukan maksum. Sudah tentu tidak terlepas dari unsur 'gila' yang negatif itu. Bila difikir... sapa yang tak nak jadi Menteri Ohhhhh... Glamour be... Ada driver, PA, pejabat besar dan pelbagai lagi kemudahan.

Nasib baiklah Mursyidul Am tegas dan majoriti pimpinan serta ahli memang menentang idea yang tak popular ini.

Kemudian, sekali lagi Pakatan Rakyat dilanda badai. Kali ni di Kedah. Sekali lagi DAP menunjukkan perangai gila kuasa mereka. Kali ini DAP Kedah bertindak keluar dari Kerajaan PR Kedah hanya pasal babi. Lepas mereka sedar isu merobohkan pusat penyembelihan ini tidak mendapat respons di kalangan masyarakat Cina, mereka timbulkan pula satu fitnah biadap dengan menuduh Kerajaan PR Kedah yang diketuai PAS akan bertindak merobohkan kuil dan tokong. Tindakan DAP ini jelas menunjukkan mereka sengaja nak cari pasal dan cuba mengapikan semula semangat perkauman.

Mengapa DAP bertindak sedemikian ? Semuanya pasal gila kuasa... Kalau gila babi tak merbahaya sebab hanya melibatkan si penghidapnya saja.

Inilah penyakit yang melanda pemimpin dunia hari ini. Sukar untuk nak dirawat kalau dah terkena virus gila ni. Masalahnya penyakit gila kuasa ini akan diikuti dengan gila harta. Akibatnya rakyat yang menjadi mangsa. Negara jadi rosak. Musuh politik dibunuh dan dipenjara. Harta rakyat dirompak. Rasuah berleluasa. Penguatkuasa Undang-Undang diperalatkan dengan sewenang-wenangnya.

Marilah kita berdoa' semuga dilindungi-Nya daripada dijangkiti 'gila' yang buruk ini.

Teringat kata-kata Dato' Ismail Kamus yang menyebut "Kita bukan gila kuasa tapi nak ambil kuasa dari orang gila" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor sewaktu beliau menjadi ADUN Gombak Setia.

Adios.

Puaka Dibenci Oleh Pelajar UNiSEL

Manusia mana yang suka dengan orang jahat. Apatah lagi dipercayai terlibat dengan pembunuhan kejam. Bukan setakat itu sahaja malah seantero Malaysia sudah kenal siapa dia sebenarnya. Hanya golongan manusia bodoh dan dungu saja yang masih percaya orang ini "baik".

Bayangkanlah, jenis manusia apakah orang ini yang paksa orang suruh hormat dan suka padanya. Dia ingat dengan kuasa yang ada, dia boleh buat sesuka hati terhadap rakyat marhain. Gunakan Polis untuk menangkap orang yang benci padanya, upah gengster untuk menakutkan adik sendiri dan pelbagai macam perbuatan keji yang dilakukannya.

Aku sendiri kalau ternampak wajah puaka ni dalam TV atau internet, pasti akan terpacul dari mulut aku "Perempuan bangsat laknatullah". Hanya itulah bahasa yang aku kira paling serasi untuk orang ini.

Kita perlu ingat golongan munafiq adalah manusia paling jahat dalam dunia. Lebih jahat daripada golongan kafir.

Di mana letaknya iman kita sebagai seorang Muslim jika orang seperti ini kita boleh hormat. Perlu diingat, Allah akan mencabut salah satu cabang iman kita jika kita tunduk kepada sesuatu golongan itu disebabkan kuasa, kekayaan atau kezalimannya.

Inilah masalah kita. Bila Al-Qur'an dan Sunnah dikesampingkan saja, maka berlakulah apa yang terjadi hari ini. Umat Islam sendiri tanpa segan silu lebih mempercayai dan mengagungkan sistem ciptaan manusia daripada Sistem Allah. Ekoran kebodohan dan kejahilan umat Islam sendiri, akibatnya kita boleh lihat sendiri hari ini. Majoriti pemimpin negara umat Islam dengan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak Barat yang merupakan musuh Islam.

Tak malukah kita dan tidak takutkah kita pada Allah ? Bagaimana boleh kita yang mengaku Islam tetapi dalam waktu yang sama menolak Sistem Islam ? Cuba tanyakan pada diri kita sendiri di mana duduknya 'Aqidah kita ?

Walaupun Islam cuba ditekan dari pelbagai susut tetapi janji Allah pasti berlaku. Cahaya Islam tetap bersinar bergemerlapan di alam semesta ini. Walau pelbagai usaha dan rencana licik disusun oleh mereka yang menjadi talibarut Yahudi dan Nasrani untuk mengekang Islam, namun segala perancangan jahat mereka gagal di tengah jalan.

Begitulah juga yang berlaku dalam negara hari ini. Islam semakin dikenali malah masyarakat bukan Islam sendiri sudah mula menyedari dan mengakui bahawa Sistem Islam yang terbaik. Mereka mengenali Islam apabila melihat bagaimana Pentadbiran Kerajaan Kelantan di bawah PAS. Kini mereka turut dapat membezakan antara PAS dan UMNO.

Begitulah juga dengan komuniti Universiti. Para mahasiswa yang cerdik pandai sudah tidak boleh diperbodohkan dengan "gula-gula" yang dijaja oleh media mereka. Apa yang berlaku di UNiSEL jelas membuktikan betapa golongan intelek ini sudah mual dan muak dengan segala tindak-tanduk para pemimpin UMNO dan isteri masing-masing.

Pelajar UNISEL mahu Rosmah undur.

Bestari Jaya, Seluruh pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertepuk menyatakan persetujuan apabila salah seorang daripada pelajar mereka mengajukan cadangan untuk menukar Canselor mereka sekarang, Datin Paduka Rosmah Mansor.

Cadangan tersebut dibangkitkan pada “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim” anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di UNISEL kampus Bestari Jaya malam tadi. Susulan daripada cadangan itu, Dato’ Seri Anwar yang diajukan soalan, meminta pelajar-pelajar yang ingin Datin Paduka Rosmah Mansor kekal sebagai Canselor UNiSEL untuk mengangkat tangan. Keseluruhan daripada lebih 2,000 pelajar yang hadir, cuma seorang sahaja yang mengangkat tangan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Canselor UNISEL diganti untuk mengangkat tangan. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka.


Datin Paduka Rosmah Mansor sekarang hangat diperkatakan bila siri-siri video berjudul “Perempuan Puaka” disebarkan secara berleluasa melalui laman Youtube yang memaparkan wawancara ekslusif bersama saudara mara terdekatnya, serta jiran tetangga berkaitan perilakunya. Beliau kini kerap dikaitkan oleh rakyat dan media luar negara dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam program UNISEL itu juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan betapa pentingnya wacana segar digalakkan di kalangan mahasiswa tanpa perlu sekatan dan konkongan dari mana-mana pihak. Pidato beliau juga kali ini disertakan dengan “whiteboard” untuk beliau berkongsi n
ama-nama penulis dan pemikir terkenal bagi tujuan pembacaan lanjut para pelajar.

Beliau juga menekankan tentang peri bahayanya terdapat Golongan Profesional seperti para Professor di Universiti tempatan yang gentar memberi teguran dan pandangan akademik terhadap pihak pemerintah demi untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi mereka. Program yang bermula pada pukul 9 malam itu tamat pada pukul 10.45 malam selepas diakhiri dengan program soal-jawab antara pelajar dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Source : anwaribrahimblog.com

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger