Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

Blogger dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah

Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

Buat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.

"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.

- malaysiakini

Friday, March 18, 2011

Angkuhnya Rosnah, baru bertatih dalam politik

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh.

Athirah berkata, sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik.

"Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar.

"Kenyataan yang lahir daripada kedunguan dan emosi politik yang terkongkong malah tidak selari dengan perkembangan semasa negara dan dunia yang setiap hari menolak corak pentadbiran dan pemerintahan kuku besi serta monopoli oleh elit-elit politik tertentu yang lazimnya menjadikan rakyat sebagai bahan permainan dan perbodohan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Athirah juga berkata, Rosnah sebenarnya takut dengan pelbagai tawaran Pakatan Rakyat yang semakin mendapat perhatian dan keyakinan rakyat.

"Bila dia kata PR sudah tidak relevan, Rosnah sebenarnya sedang menampakkan ketakutan dan kegusarannya terhadap pelbagai program Pakatan Rakyat baik yang telah dilaksanakan di peringkat negeri-negeri pentadbiran PR mahupun agenda 10 Janji Jingga PR," katanya.

Tambahnya, kenyataan Rosnah sebenarnya hanya mengambil sikap emosi dan prejudis melulu sebagai seorang pemimpin muda Umno BN yang terdesak memastikan survival mereka khususnya dalam PRU13 akan datang.

Athirah yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Pusat itu juga berkata, Rosnah telah menyinggung perasaan sebahagian besar rakyat Malaysia yang telah memberi sokongan kepada PR sehingga memerintah di beberapa buah negeri dalam Malaysia.

"Sebagai Timbalan Menteri, Rosnah sewajarnya lebih memposisikan diri untuk kepentingan rakyat tanpa mengira mereka itu penyokong parti mana.

"Adalah suatu yang amat malang mempunyai seorang pemimpin muda seperti Rosnah yang gagal memahami maksud sebenar sebuah negara yang baik dengan sistem demokrasi yang juga baik serta subur," katanya lagi.

Beliau turut mencabar Rosnah untuk berdebat berdasarkan fakta, bukan mengeluarkan kenyataan kepada media milik mereka sahaja.

"Rosnah juga barangkali tertipu dengan beberapa keputusan pilihan raya kecil sejak kebelakangan ini yang disimpulkan sebagai pulihnya sokongan rakyat terhadap BN, sedangkan hakikatnya ia tidak begitu.

"Ini boleh kita syarahkan dengan lebih panjang lebar kalau Rosnah berani untuk berdepan secara hujah, bukan sekadar mengeluarkan pelbagai kenyataan kepada media proksi mereka.

Beliau turut menasihati Rosnah agar belajar menerima hakikat bahawa pembangkang yang baik sangat perlu bagi memastikan ketelusan perjalanan pentadbiran sesebuah negara tanpa ada salah guna kuasa, penyelewengan, rasuah dan ketirisan.

"Peranan mana-mana atau sesiapa jua sebagai kuasa pembangkang tidak wajar diperlekehkan bahkan sebagai seorang pemimpin muda dalam fasa baru politik Malaysia, kita wajar lebih bersifat terbuka dan berfikiran positif.

"Pembangkang dalam status politik wajar dilihat sebagai kuasa check and balance. Dan ini semua gagal untuk dilihat dan difahami oleh Rosnah.

"Pakatan Rakyat memang sangat relevan dalam negara ini dan kita akan terus mencabar keangkuhan Umno BN," katanya.

Semalam, Rosnah dalam satu program Umno menasihatkan pengundi di Sarawak dan Sabah agar menolak kepimpinan Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak lagi relevan dan konsisten.

- harakahdaily

Tuesday, December 7, 2010

Rosmah yang merimaskan Najib

Dr Mahathir Mohamad, dalam tempoh 23 tahun pemerintahannya, sering dikritik kerana kerap menghalang penyertaan rakyat dalam proses-proses penting pembinaan negara. Malah, bekas Perdana Menteri yang terkenal dengan sikap autoritariannya itu, dikatakan jarang mempedulikan pandangan pihak lain, meskipun daripada rakan-rakan dalam Kabinetnya.

Penguasaan Mahathir begitu mencengkam, sama ada dalam partinya, Umno mahupun kerajaaan. Personalitinya begitu mempengaruhi proses politik. Fenomena ini tidak jauh berbeda dengan watak Lee Kuan Yew di Singapura atau Suharto di Indonesia ketika mereka menerajui negara masing-masing.

Ada yang melihatnya sebagai "diktator yang dipilih melalui sistem demokrasi". Bekas timbalannya (Mahathir mempunyai tiga Timbalan Perdana Menteri yang tidak sempat mewarisinya), Musa Hitam pernah mendakwa beliau lebih banyak "bermonolog dalam mesyuarat". Tidak kurang yang mengusik, hobi Mahathir pun boleh dijadikan projek negara. Maknanya, apa jua keinginan Mahathir akan dilaksanakan biar menelan berapa banyak kos sekalipun.

Pandangan Mahathir lantang, pedas, terbuka dan terus-terang. Apa yang terbuku di hatinya itulah yang diluahkan. Kita tidak perlu mencari makna tersirat di sebalik kata-katanya. Ramai pemimpin yang cuba bersilat kata-kata, mahu menyedapkan hati banyak pihak walaupun hakikatnya jauh berbeda, tetapi berbeda dengan Mahathir. Misalnya kritikan beliau terhadap ulama dan hukum Islam dilontarkan tanpa berselindung sekali gus menjelaskan kejahilannya.

Beliau memang pernah dikritik kerana mengutamakan beberapa kerat "kitchen kabinetnya", yang dikenali dengan jolokan AIDS, iaitu Anwar Ibrahim, Daim (Zainuddin) dan Sanusi (Junid) terutama menjelang pemilihan Umno, April 1987, yang menyaksikan penentangan paling serius dalaman parti daripada Team B, yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagaimanapun, ia tidaklah sampai meletakkan Mahathir pada kedudukan yang lemah, sehingga segala keputusan penting kerajaan diputuskan oleh AIDS. Beliau tetap berkuku dan selalu dilihat memerintah secara solo. Tiada watak lain yang dirasakan memainkan peranan tersembunyi di sebalik tabir.

Berbeda sekali dengan penggantinya, Abdullah Ahmad Badawi, yang dikatakan tidak mempunyai "strong personality" walaupun lebih bersikap terbuka dan cuba menunjukkan beberapa pembaharuan dalam kerajaan. Perlantikan Abdullah sebagai PM begitu dialu-alukan terutama oleh sebahagian besar rakyat yang merasa tertekan di bawah regim Mahathir.

Saya sendiri menyifatkan Abdullah bakal memulangkan balik Malaysia kepada rakyatnya. Diharapkan partisipasi rakyat lebih dialu-alukan dan ruang awam yang disempitkan di zaman Mahathir kembali luas. Persaingan politik pula dijangka menjadi lebih adil, amalan rasuah dibanteras, pentadbiran yang lebih telus.

Abdullah memulakannya dengan langkah kanan. Pilihan raya umum 2004 mencatat sejarah. Penguasaan kerusi Parlimen BN melebihi 90 peratus. Rakyat terpesona dengan janjinya dan terpukau dengan potensi beliau sebagai tokoh pembaharu.

Malang sekali, harapan rakyat dikecewakan begitu cepat. Timbul pelbagai label negatif seperti dakwaan Abdullah selalu tidur dalam mesyuarat dan tidak memahami isu-isu besar negara terutama hal-hal ekonomi.

Lebih parah lagi apabila Abdullah dilihat menyerahkan amanah besar rakyat - yang sepatutnya dipikul beliau dengan penuh tangungjawab - kepada pihak lain. Amalan kronisme Mahathir yang dikritik hebat pada era reformasi berjangkit dengan wajah yang lebih parah.

Abdullah dituduh bukan saja mengagihkan projek mega kepada teman karibnya, malah segala keputusan penting negara seolah-olah diputuskan sekumpulan penasihatnya, yang bukanlah hebat sangat kemampuan mereka. Golongan muda di Tingkat 4 JPM yang melingkungi Abdullah ini begitu berambisi tinggi, tetapi menarik Abdullah jatuh merudum terutama selepas dikecam hebat Mahathir.

Tambah memburukkan Abdullah apabila kumpulan yang muda-mentah itu diketuai menantunya sendiri, Khairy Jamaluddin selain anaknya, Kamaluddin. Sehebat mana pun seseorang tokoh itu, ia masih memerlukan pasukan penasihat. Namun bagi Abdullah, beliau seolah-olah menyerahkan segala urusan negara kepada pihak lain.

Wibawa Abdullah sebagai pemimpin tersungkur. Keyakinan rakyat kepadanya menjunam. Beliau dilihat ragu-ragu dan tidak jelas arah tujuannya. Tidak pernah seorang perdana menteri dijadikan bahan senda-gurau yang mengaibkan seperti Abdullah. Dalam pilihan raya Mac 2008, tsunami politik menghukumnya!

Najib Razak sejak awal digemari Mahathir. Mungkin ketegasan dan kecerdasan (juga kelicikan) Mahathir tidak sepenuhnya diwarisi Najib. Namun, penampilannya nampak lebih "genuine", tidak seperti pemaparan imej Abdullah yang dilakukan tukang "spin". Najib kelihatan lebih tangkas dan cekap berbanding Abdullah.

Paling penting, ia tidak lagi terkurung dengan penguasaan penasihat seperti dideritai Abdullah. Apa pun, ramai pemerhati merumuskan, "malang" Najib terletak pada isterinya, Rosmah Mansor.

Rosmah seolah-olah menteri tak berpotfolio yang tidak bergaji tetapi didakwa berbelanja boros! Pembabitan beliau dalam Sidang Kemuncak Wanita Pertama sudah cukup untuk melambangkan keghairahannya. Hampir setiap malam, melalui berita TV, wajahnya menonjol mengalahkan tokoh politik lain. Ramai bercerita peranan Rosmah menentukan penganugerahan projek besar kerajaan.

Wataknya bertentangan sama sekali dengan isteri Mahathir, Siti Hasmah Mohd Ali. Saya tertarik dengan ulasan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin tentang Hasmah. Untuk mengetahui karenah Rosmah, saya cuba membayangkan personaliti yang bertentangan dengan Hasmah, seperti diungkapkan Dr Asri:

"Begitu lama Mahathir di tampuk kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita 'kegarangannya' kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri.

"Bahasanya tidak bongkak, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Seorang pemimpin memerlukan isteri yang 'tidak menyibuk' seperti Tun Siti. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya."

Seorang rakan mengusik, "untuk memahami watak Rosmah, cuba terbalikkan apa yang digambarkan Dr Asri dengan personaliti Siti Hasmah itu."

oleh Lutfi Othman

- harakahdaily

Friday, September 24, 2010

Alhamdulillah, 5 tertuduh kes "bini puaka" dibebaskan

Spontan hati menyebut kalimah Alhamdulillah bila dapat tahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membebaskan 5 orang mahasiswa pagi ini atas tuduhan kes "bini puaka'. Kalau di negara lain, rakyat bebas mngkritik pemimpin yang rasuah dan jahat tapi kat Malaysia ni lain sikit sebab pemimpin negara berlagak macam tuhan. Langsung tak boleh dikritik dan dilawan. Sapa lawan akan menerima padahnya.

KUALA LUMPUR, 24 Sept: Lima mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang dituduh berhubung kes "bini puaka" hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Rozana Ali Yusoff memutuskan tiada prima facie dalam kes tersebut dan mengarahkan kesemua mereka yang dituduh dibebaskan.

Mereka adalah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani, Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli yang didakwa dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan kes kelima-lima tertuduh berlangsung sejak ia bermula Julai tahun lalu.

Mereka dituduh menconteng "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" yang ditujukan kepada isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 4 pagi 24 Jun lalu di dewan kuliah utama API, beberapa jam sebelum Rosmah hadir untuk melancarkan kempen mengutip derma bagi kanak-kanak Palestin.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani yang bakal dilalui Rosmah dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu.

Manakala bagi Seksyen 436, ketiga-tiga dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Sementara itu, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mengadakan “Himpunan Bebaskan Mahasiswa” di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menyambut keputusan itu dengan penuh syukur terhadap pembebasan rakan mereka.

"SMM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak mahkamah dan peguam-peguam kerana melaksanakan perbicaraan kes ini dengan adil dan saksama.

"Kes ini menunjukkan gambaran yang jelas bahawa kelima-lima mangsa puaka ini ini dituduh dan dikhianati oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang mahu mematikan gerakan mahasiswa," kata Setiausaha SMM, Mohd Ridzuan Othman.

- harakahdaily

Tuesday, January 12, 2010

Wartawan PKR Diugut Pasal Jumpa Saudara Rosmah

Semalam kita semua terkejut bila blogger Kickdefella diugut dengan kapak terbang ekoran pendedahan yang dibuat terhadap penyelewengan Ariffahmi di PMBK. Hari ni pulak seorang wartawan PKR diugut oleh seorang lelaki bernama Muhammad dan Polis.

Mari kita teliti fakta berikut ;
  • Wartawan PKR mengunjungi wanita (Saharah) ini adalah untuk mendapatkan maklum balas tentang tragedi pembunuhan kejam di Gemencheh baru-baru ini. Dalam kejadian yang menyayat hati ini, empat beranak ditemui mati, termasuk seorang tanpa kepala. Saharah adalah saudara pada mangsa yang dibunuh.
  • Saharah juga dikatakan ada pertalian keluarga dengan Rosmah Mansor laknatullah.
  • Dalam temuramah itu ada juga menyentuh tentang Rosmah
Apa yang berlaku selepas selesai temuramah ini ?
  • seorang lelaki bernama Mohamad memaksanya wartawan ini menyerahkan kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran keretanya.
  • merampas nota penulisan serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temubual yang dijalankan bersama Saharah.
  • Polis (bersama kereta peronda) menunggu di luar rumah
  • Polis dan Muhammad mengugut dalam bentuk ancaman mahu mencari wartawan ini dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan
Persoalannya ?
  • Siapa yang mengarahkan wartawan ini diugut ?
  • Bagaimana Polis boleh turut sama dalam tindakan mengugut ini ?
  • Apa salahnya wartawan PKR pergi menemui Saharah untuk mendapatkan reaksi berhubung tragedi pembunuhan kejam keluarga 4 beranak itu ?
  • Apa yang ditakutkan bila wartawan PKR ni pergi menemui individu yang ada pertalian keluarga dengan Rosmah ?
  • Apa yang Rosmah takutkan jika wawancara yang dibuat ini disiarkan ?
Kesimpulan

Jelas memang Rosmah Mansor sedang dihantui oleh segala dosa besar yang dilakukan selama ini. Jika adik kandungnya sendiri boleh diugut sehingga terpaksa meninggalkan negara kerana bimbangkan keselamatan diri dan keluarganya terancam, apatah lagi wartawan pembangkang.

Yang dok heran tu pasai apa semua orang nak diugut bila bertemu dengan individu yang ada pertalian saudara dengan The Devil First Lady ni.

Tak tahulah saya apa nak jadi dengan negara ini. Polis digunakan sewenang-wenangnya untuk mengugut rakyat, bukan lagi menjaga keselamatan awam. Sendiri mahu ingatlah, kesabaran rakyat ada hadnya.

Rakyat tahu siapa yang arahkan pembunuhan Altantuya...

"Selamatkan Malaysia"

Saturday, July 11, 2009

Lagi Gema Gugurkan Rosmah di UNiSEL

Keinginan menggugurkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) bergema semula malam tadi di satu majlis yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Para pelajar yang menghadiri "Pidato Kepemimpinan dan Sesi Dialog" bersama penasihat PKR sebulat suara menolak isteri Datuk Seri Najib apabila diajukan isu tersebut.

Hanya seorang pelajar yang mengangkat tangan apabila Anwar bertanya sama ada wajar wanita pertama negara dikekalkan sebagai canselor Unisel - seperti ditegaskan menteri besar, tahun lalu.

Menurut laman web penyokong mantan timbalan perdana menteri itu, isu itu berbangkit semula apabila seorang daripada lebih 2,000 pelajar mengemukakan cadangan menukar naib canselor mereka kini.

"Seluruh pelajar Unisel bertepuk menyatakan persetujuan," satu coretan blog Anwar Ibrahim Club (AIC) dipetik.

Susulan cadangan itu dalam sesi soal jawab selepas ucapannya selama sejam, Anwar kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Rosmah diganti agar mengangkat tangan tanda bersetuju.

"Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka," laporan blog itu dipetik.

Timbalan pengarah progam tersebut Maisarah Ismail, yang membangkitkan cadangan kontroversi itu, memberitahu Malaysiakini lewat petang ini bahawa majlis anjuran Majlis Perwakilan Pelajar itu diadakan bagi menggalakkan pelajar lebih terbuka menggerakkan politik kampus.

Pelajar tahun akhir diploma sains perpustakaan, yang juga exco AIC, berkata ia juga bertujuan menggalakkan pelajar Unisel lebih berani bersuara tentang isu-isu semasa, termasuk isu dalam kampusnya di Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Majlis turut dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Unisel, Profesor Madya Zainal Abidin Kidam dan sekumpulan pensyarah.

Desakan yang sama pernah disuarakan oleh pergerakan Pemuda Pakatan Rakyat awal November lalu tetapi ia segera ditolak oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Pakatan Rakyat.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu."

Unisel, yang ditubuhkan pada 1999, melantik Rosmah sebagai canselor pertamanya pada Ogos 2006.

Ia diuruskan oleh Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) yang dipengerusikan oleh menteri besar.

Source : malaysiakini

Friday, July 10, 2009

Puaka Dibenci Oleh Pelajar UNiSEL

Manusia mana yang suka dengan orang jahat. Apatah lagi dipercayai terlibat dengan pembunuhan kejam. Bukan setakat itu sahaja malah seantero Malaysia sudah kenal siapa dia sebenarnya. Hanya golongan manusia bodoh dan dungu saja yang masih percaya orang ini "baik".

Bayangkanlah, jenis manusia apakah orang ini yang paksa orang suruh hormat dan suka padanya. Dia ingat dengan kuasa yang ada, dia boleh buat sesuka hati terhadap rakyat marhain. Gunakan Polis untuk menangkap orang yang benci padanya, upah gengster untuk menakutkan adik sendiri dan pelbagai macam perbuatan keji yang dilakukannya.

Aku sendiri kalau ternampak wajah puaka ni dalam TV atau internet, pasti akan terpacul dari mulut aku "Perempuan bangsat laknatullah". Hanya itulah bahasa yang aku kira paling serasi untuk orang ini.

Kita perlu ingat golongan munafiq adalah manusia paling jahat dalam dunia. Lebih jahat daripada golongan kafir.

Di mana letaknya iman kita sebagai seorang Muslim jika orang seperti ini kita boleh hormat. Perlu diingat, Allah akan mencabut salah satu cabang iman kita jika kita tunduk kepada sesuatu golongan itu disebabkan kuasa, kekayaan atau kezalimannya.

Inilah masalah kita. Bila Al-Qur'an dan Sunnah dikesampingkan saja, maka berlakulah apa yang terjadi hari ini. Umat Islam sendiri tanpa segan silu lebih mempercayai dan mengagungkan sistem ciptaan manusia daripada Sistem Allah. Ekoran kebodohan dan kejahilan umat Islam sendiri, akibatnya kita boleh lihat sendiri hari ini. Majoriti pemimpin negara umat Islam dengan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak Barat yang merupakan musuh Islam.

Tak malukah kita dan tidak takutkah kita pada Allah ? Bagaimana boleh kita yang mengaku Islam tetapi dalam waktu yang sama menolak Sistem Islam ? Cuba tanyakan pada diri kita sendiri di mana duduknya 'Aqidah kita ?

Walaupun Islam cuba ditekan dari pelbagai susut tetapi janji Allah pasti berlaku. Cahaya Islam tetap bersinar bergemerlapan di alam semesta ini. Walau pelbagai usaha dan rencana licik disusun oleh mereka yang menjadi talibarut Yahudi dan Nasrani untuk mengekang Islam, namun segala perancangan jahat mereka gagal di tengah jalan.

Begitulah juga yang berlaku dalam negara hari ini. Islam semakin dikenali malah masyarakat bukan Islam sendiri sudah mula menyedari dan mengakui bahawa Sistem Islam yang terbaik. Mereka mengenali Islam apabila melihat bagaimana Pentadbiran Kerajaan Kelantan di bawah PAS. Kini mereka turut dapat membezakan antara PAS dan UMNO.

Begitulah juga dengan komuniti Universiti. Para mahasiswa yang cerdik pandai sudah tidak boleh diperbodohkan dengan "gula-gula" yang dijaja oleh media mereka. Apa yang berlaku di UNiSEL jelas membuktikan betapa golongan intelek ini sudah mual dan muak dengan segala tindak-tanduk para pemimpin UMNO dan isteri masing-masing.

Pelajar UNISEL mahu Rosmah undur.

Bestari Jaya, Seluruh pelajar Universiti Selangor (UNISEL) bertepuk menyatakan persetujuan apabila salah seorang daripada pelajar mereka mengajukan cadangan untuk menukar Canselor mereka sekarang, Datin Paduka Rosmah Mansor.

Cadangan tersebut dibangkitkan pada “Forum dan Pidato Memperkasakan Mahasiswa & Realiti Politik Kampus bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim” anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dan Kelab Anwar Ibrahim (AIC) di UNISEL kampus Bestari Jaya malam tadi. Susulan daripada cadangan itu, Dato’ Seri Anwar yang diajukan soalan, meminta pelajar-pelajar yang ingin Datin Paduka Rosmah Mansor kekal sebagai Canselor UNiSEL untuk mengangkat tangan. Keseluruhan daripada lebih 2,000 pelajar yang hadir, cuma seorang sahaja yang mengangkat tangan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim kemudiannya meminta pelajar-pelajar yang ingin Canselor UNISEL diganti untuk mengangkat tangan. Riuh rendah keadaan bila seluruh dewan yang sesak dengan pelajar-pelajar, termasuk beberapa pensyarah juga, mengangkat tangan dan bertepuk menandakan persetujuan mereka.


Datin Paduka Rosmah Mansor sekarang hangat diperkatakan bila siri-siri video berjudul “Perempuan Puaka” disebarkan secara berleluasa melalui laman Youtube yang memaparkan wawancara ekslusif bersama saudara mara terdekatnya, serta jiran tetangga berkaitan perilakunya. Beliau kini kerap dikaitkan oleh rakyat dan media luar negara dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam program UNISEL itu juga, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan betapa pentingnya wacana segar digalakkan di kalangan mahasiswa tanpa perlu sekatan dan konkongan dari mana-mana pihak. Pidato beliau juga kali ini disertakan dengan “whiteboard” untuk beliau berkongsi n
ama-nama penulis dan pemikir terkenal bagi tujuan pembacaan lanjut para pelajar.

Beliau juga menekankan tentang peri bahayanya terdapat Golongan Profesional seperti para Professor di Universiti tempatan yang gentar memberi teguran dan pandangan akademik terhadap pihak pemerintah demi untuk menjaga kedudukan dan periuk nasi mereka. Program yang bermula pada pukul 9 malam itu tamat pada pukul 10.45 malam selepas diakhiri dengan program soal-jawab antara pelajar dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Source : anwaribrahimblog.com

Saturday, June 13, 2009

Rosmah Perempuan Puaka Part 2

Sambungan Pendedahan Eksklusif ;


Friday, June 12, 2009

Pendedahan Eksklusif - Rosmah Perempuan Puaka !

Sila tonton video ini berhubung pendedahan eksklusif siapa sebenarnya Rosmah Mansor.


Saturday, March 7, 2009

Kenali Rosmah Mansor

Rakyat Malaysia kini semakin ternanti-nanti seorang manusia yang bakal ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru. Jika dulu ayahandanya Tun Razak menjadi Perdana Menteri Ke-2 selepas Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj dan bergelar "Bapa Pembangunan", maka tidak lama lagi anakandanya iaitu Najib Tun Razak bakal menjadi orang nombor satu negara. Biarpun pedih dihati, namun hakikatnya perlu ditanggung juga. Najib bakal mengambil alih kepimpinan negara menerusi agenda "peralihan kuasa" Pak Lah yang dijangka bermula Mac 2009 ini. Maka itu, hebohlah rakyat Pahang memperkatakan hal ini. Ada yang seronok dan berbangga dengan kenyataan ini, malahan ada pula yang mencemuh dan tidak tergamak menerima Najib sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia yang baru. Namun begitu, dalam ramai-ramai rakyat Malaysia yang menantikan detik bersejarah ini namun terdapat seorang manusia yang khabarnya sudah tidak dapat tidur lena.

Siapa lagi kalau bukan Rosmah Mansor, wanita yang senantiasa mendampingi Najib walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jarang benar kita melihat Rosmah, meninggalkan Najib hatta dalam majlis-majlis rasmi sekalipun. Malahan kita juga selalu melihat kelibat beliau ketika majlis sidang media ataupun ketika Najib menyampaikan hadiah dan cenderahati di atas pentas. Rosmah seolah-olah menbayangi Najib. Beliau seakan takut Najib tersilap langkah, maka buruk padahnya. Umum mengetahui bahawa Rosmah terlalu "boros berbelanja", bahkan ada yang menyamakan beliau dengan bekas Presiden Filipina Imelda Marcos. Sikap beliau yang senantiasa disisi Najib membuatkan ramai yang mengganggap bahawa beliau "queen control". Apapun hanya Najib sahaja yang tahu sikap sebenar isteri kesayangannya itu.

Ramai yang tidak tahu kisah sebenarnya bagaimana Rosmah berjaya mendapatkan Najib dari bekas isterinya Tengku Puteri Zainah iaitu seorang kerabat raja sebuah negeri di Pantai Timur. Ketika itu Najib adalah MB Pahang pada usia mudanya. Menurut maklumat, Rosmah sentiasa berkunjung ke pejabat MB untuk bertemu Najib. Beliau dibawa oleh rakan karibnya iaitu Maznah Mazlan yang kini menjadi Timbalan Menteri dan ADUN Muadzam Shah. Khabarnya, boleh dikatakan setiap hari Rosmah mengadap Najib, dan setiap kali itulah hanya Rosmah yang dibenarkan naik ke Pejabat MB, lain-lain orang tidak dibenarkan. Kejadian itu berlaku agak lama, hinggakan MB Najib ketika itu terpaksa mengarahkan pihak-pihak tertentu mengalihkan kenderaan MB untuk membuktikan beliau tiada di pejabat setiap kali Rosmah datang. Peliknya, Maznah hanya menunggu di lobi Wisma Sri Pahang tempat kejadian ini berlaku.

Hubungan pelik Rosmah yang datang ke Pejabat ini berlarutan agak lama, hinggalah ditemui isteri Najib dikatakan terkena penyakit misteri yang sukar diubati. Maka itu akhirnya, Najib menceraikan isterinya dan sanggup berkahwin dengan Rosmah setelah membayar sekian harga kepada pemilik Rosmah ketika itu (seorang selebriti terkenal). Entah berapa harga yang dibayar kita pun tidak pasti, mungkin ratus ribu atau juta agaknya. Akhirnya berjayalah Rosmah memiliki Najib, dan menurut maklumat maka bermulalah agenda Rosmah untuk menjadi orang nombor satu. Ini didedahkan kepada rakan-rakan rapatnya dan juga Maznah Mazlan. Berbanggalah Rosmah kerana memiliki lelaki seperti Najib Razak, seorang anak bekas Perdana Menteri yang amat disayangi rakyat dulu.

Hasratnya menjadi nombor satu tercapai seketika tatkala isteri Perdana Menteri Pak Lah, iaitu Hindon meninggal dunia akibat penyakit barahnya. Namun, perjalanan Rosmah sedikit terhalang selepas Pak Lah berkahwin kali kedua dengan Jeane Abdullah. Akhirnya hajat itu terbantut, namun usahanya tetap berjalan. Beliau terus melangkah dan melangkah, segala yang menghalang Najib pasti akan diketepikan. Maka wujudlah berbagai skandal yang mengaitkan namanya seperti kes Altantunya, isu pembelian kapal selam dan jet sukhoi, isu pakaian seragam pelatih PLKN dan banyak lagi. Perjalanan Rosmah sedikit terencat dengan isu-isu ini. Namun, baginya perjalanan semakin hampir cuma masanya belum tiba.

Akhirnya kini, Rosmah sudah hampir berada dikemuncaknya. Kelibat beliau lebih hebat dari mana-mana isteri raja-raja Melayu atau Perdana Menteri sebelum ini. Kemana Najib pergi, maka beliau tetap akan mengekorinya. Beliau terlalu marah jika wajahnya tidak dipaparkan dimedia ketika beliau berada bersama Najib dalam mana-mana acara rasmi. Pernah terjadi sebuah stesyen televisyen swasta di beri surat "tunjuk sebab", gara-gara mengambil gambar Najib dengan ternampak hanya tangannya sahaja di kaca TV. Rosmah tidak suka ini terjadi, beliau memberi amaran "tunggulah beliau jadi wanita nombor satu negara nanti". Katanya itu masih terpahat dikalangan wartawan media terbabit. Mereka takut dengan amaran Rosmah. Beliau kini sedang mengatur strategi agar tidak ada orang yang menggagalkan rancangannya itu. Jika ada pasti "dipastikan" mereka akan gagal termasuklah Pak Lah, Anwar dan lain-lain lagi. Masa semakin tipis dan beliau harus berwaspada. Khabarnya beliau sudah mula berangan-angan untuk berada di Pejabat Perdana Menteri, bukannya Najib.

Bagi memastikan semua pihak berbuat baik dengannya, maka itulah beliau telah membelikan jam-jam tangan yang nilainya jutaan ringgit untuk diberikan kepada isteri-isteri pembesar negara dan raja-raja Melayu. Beliau sanggup lakukan semua ini demi mendapat sokongan dan yakin Najib akan menjadi orang nombor satu negara dan beliau bakal ditabalkan sebagai "wanita nombor satu". Apakah hasratnya itu akan tercapai?. Rakyat dapat membayangkan, apakah akan terjadi jika beliau berjaya dengan impiannya ini?. Ada yang gusar dan takut apakah yang akan berlaku kepada rakyat terutamanya musuh Najib dalam pakatan pembangkang. Semua ini bakal terjawab dalam masa terdekat ini. Apapun, tidurnya sedikit "tidak lena" bila melihat mahkamah membicarakan Kes Hasutan Raja Petra yang kini ditahan ISA. Apakah ini maknanya Rosmah dan Najib akan dipanggil sebagai saksi selepas ini?. Terdapat juga khabar angin, Mahathir ada memberi "kata dua" kepada Najib, jika beliau ingin mengejar impiannya itu beliau harus "lepaskan Rosmah". Ini kerana Mahathir tahu siapa Rosmah dan apakah kaitannya dengan skandal-sakandal yang dimaksudkan. Apapun, sama-samalah kita nantikan perjalanan Rosmah sebagai "wanita nombor satu" selepas ini.

Source : selamatkanumno.blogspot

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger