Tuesday, April 14, 2009

Najib Dilucutkan Jawatan PM ?

Politik perkauman yang diamalkan oleh UMNO, MCA dan MIC kini sedang berada di penghujung jalan. MCA dan MIC masing-masing telah hilang sokongan apabila masyarakat Cina dan India beralih kepada Pakatan Rakyat. UMNO pula dikira masih 'beruntung' sikit sebab masih ramai lagi orang Melayu yang boleh diperbodohkan dengan propaganda lapuk 'Ketuanan Melayu'.

Yang pasti UMNO juga akan menuruti nasib sekutu rapatnya MCA dan MIC. Jika majoriti orang Melayu berjaya disedarkan dan mula faham tentang Islam yang sebenar, nescaya UMNO akan terus berkubur dan lenyap dari alam maya ini.

Perlu diingat banyak pihak yang tidak berpuashati sejak Najib mengumumkan barisan kabinet barunya. Bukan saja dari MCA dan MIC malahan dari pihak UMNO sendiri ramai yang 'marah'. Marah mereka ini bukanlah atas dasar mahu memperjuangkan kaum masing-masing tetapi lebih didorong oleh perasaan tamak, iri hati dan gila kuasa.

Benarlah kata Dato' Ismail Kamus "Kita bukan gila kuasa tapi nak ambil kuasa dari orang gila" sewaktu menjawab tuduhan ADUN BN yang mengatakan pembangkang gila kuasa dalam sidang DUN Selangor satu ketika dulu.

Ada sumber yang mengatakan Pak Lah sedang menyusun 'bala tenteranya' bagi memastikan Najib turun dari takhta No.1 dalam tempoh yang terdekat ini. Perlu diingat seramai 45 orang Ahli Parlimen yang sedia ada sekarang terdiri daripada 'panglima-panglima' Pak Lah. Ditambah pula dengan 31 Ahli Parlimen yang disebut oleh Anwar dulu telah bersetuju untuk bersama Pakatan Rakyat.

Kita yakin Pak Lah tidak akan 'duduk diam'. Dia perlu berbuat sesuatu bagi 'mengajar' Najib yang jelas telah memungkiri wasiatnya dengan tidak melantik Khairy sebagai Menteri Penuh jika menang Ketua Pemuda. Pak Lah juga tahu 'si mamak tua nyanyuk' yang baru masuk semula UMNO itulah yang menasihatkan Najib agar tidak lantik Khairy. Dendam peribadi kerana anaknya Mukhriz kalah dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Pak Lah dan Khairy mesti bergabung tenaga bagi memastikan 'Dinasti Najib - Mahathir' segera berkubur. Khairy juga kena bertindak membuat 'counter attack' terhadap Najib dan kuncu-kuncunya. Bongkar dan dedahkan segala penyelewengan dan rasuah mereka samada dalam kerajaan atau sewaktu pemilihan UMNO baru-baru ini. Khairy sendiri tahu bukan setakat dia seorang saja yang 'tabur duit' malahan semua calon yang bertanding dalam pemilihan tersebut juga menabur wang untuk menang. Termasuklah Mukhriz sendiri.

Jika dalam Matematik 1 + 1 = 2 tetapi dalam kiraan politik 1 + 1 = 5. Segala kemungkinan boleh terjadi. Nobody can't decide it.

Jika 45 MP 'orang Pak Lah' ditambah dengan 31 MP yang disebut oleh Anwar dan 82 MP Pakatan Rakyat mengusulkan 'Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Sebagai PM" dalam sidang Dewan Rakyat bulan Jun ini, maka secara automatik jawatan Najib sebagai PM terlucut. Ini tidak mustahil boleh berlaku sebab kesemua 158 MP ini ada alasan untuk berbuat demikian terhadap Najib. Alasan yang paling kukuh berkaitan penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya. Seluruh dunia dah tahu memang Najib dan bininya terlibat. Hanya di Malaysia saja fakta kes ini 'disembunyikan'.

Sejak dari hari pertama dilantik sebagai PM, kredibiliti Najib sudah jatuh. Belum pernah berlaku dalam sejarah Malaysia di mana PM yang baru dilantik telah 'dilanyak' dengan pelbagai isu penyelewengan dan jenayah. Lebih memalukan apabila Najib disebut sebagai PM yang pengecut, lemah dan dibayangi oleh Mahathir.

Dankita sendiri boleh melihat 'riak wajah' Najib yang tidak ceria walaupun sudah ditabal sebagai orang No.1 negara. Sewaktu istiadat angkat sumpah barisan kabinetnya, jelas sekali wajah Najib dan Rosmah murung seolah-olah sedang menanggung seribu 'penderitaan' yang tiada penghujungnya. Mungkin inilah balasannya akibat dosa 'membunuh' Altantuya. Mungkin juga roh Altantuya sentiasa menghantui hidup mereka berdua.

Adakah UMNO dan BN semakin kuat ?

Politik perkauman sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Hanya masyarakat Melayu saja yang masih berada di takuk lama kerana mempercayai ajaran 'khurafat' UMNO yang mengatakan "Hanya UMNO saja boleh memerintah".

Masyarakat Cina dan India telah berjaya 'membebaskan' diri mereka dari kepompong politik sempit ini. PRU12 dan PRK 7 Mac membuktikan pengundi Cina dan India mahukan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan saksama terhadap semua kaum dalam negara ini. Penampilan gabungan Pakatan Rakyat dalam PRU12 yang lalu telah membuka mata dan minda pengundi muda Melayu dan majoriti masyarakat Cina dan India dalam negara. Mereka melihat Pakatan Rakyat berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Lebih mengujakan apabila masyarakat Cina dan India sudah mula faham tentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Terbukti dalam PRK P059 Bukit Gantang apabila para petugas PAS pergi menemui pengundi Cina dan India dan dijawab oleh mereka "Awak tak payah kempen kami. Orang Cina dan India mesti sokong PAS. Yang patut awak kempen ialah orang Melayu yang sokong UMNO sebab mereka tak faham Islam. Kasi cerita sama mereka pasal Islam yang betul."

Sebenarnya UMNO/BN hanya menunggu waktu untuk rebah dan lenyap dari bumi ini. Perpecahan dalam UMNO dan perbalahan antara parti komponen BN semakin ketara hari ini sejak Najib jadi PM. Ditokok lagi dengan tindakan TPM Muhyiddin Yasin membidas kenyataan pemimpin MCA dan MIC yang menyuarakan rasa tidak puashati disebabkan terlampau sedikit wakil mereka dalam kabinet Najib.

Apa yang berlaku ini sebagai membuktikan betapa kemelut 'persengketaan' antara UMNO, MCA dan MIC sudah sampai ke kemuncaknya. Jika ini tidak ditangani secara bijak oleh Najib, BN akan hancur sama-sekali dalam PRU13 akan datang. Memang inilah saat yang dinantikan oleh rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan.

Akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWT doa' orang PAS melalaui Solat Hajat selama ini yang memohon agar UMNO dan BN berpecah-belah dan bertelagah sesama sendiri.

Kezaliman pasti musnah. Keadilan akan tertegak jua akhirnya.

Jazakallah.

Sunday, April 12, 2009

Kes Altantuya : Najib Jadi PM 8 Bulan ?

Apa yang kita jangka telah pun terjadi. Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Omar dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati 'bersalah' membunuh Altantuya Shaaribu.

Nampaknya kedua-dua anggota unit UTK ini terpaksa menjadi korban 'permainan politik jijik' Najib Razak dan isterinya Rosmah dalam menuju ke takhta No.1 negara sebagaimana hari ini. Best friend Najib, Razak Baginda kini menetap di London bersama Mazlinda isterinya dan Rowena puteri tunggalnya. Hidup mewah hasil rompakan wang rakyat. Paling malang sekali ialah Azilah dan Sirul.

Percayakah kita yang Azilah dan Sirul ini akan digantung ? Rasanya Azilah dan Sirul akan 'disita' buat sementara sehingga keadaan menjadi tenang. Jangan kita terpedaya dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung kepada mereka berdua. Semuanya ini bertujuan untuk 'membersihkan' nama Najib dan Rosmah. Apabila media menyiarkan berita hukuman mati ini, maka rakyat Malaysia yang masih 'tidur lena' akan percaya dan berkata "Oh... betullah memang budak berdua tu yang bunuh Altantuya. Bukannya Najib..."

Yakinlah, hanya ahli dan penyokong UMNO yang bawah-bawah saja akan percaya dengan 'sandiwara' ini. Sebaliknya rakyat Malaysia yang cerdik dan masyarakat antarabangsa tetap yakin Najib dan bininya terlibat secara langsung dalam pembunuhan paling kejam ini. Ianya akan tercatat dalam Ranking No.1 pembunuhan paling kejam di dunia.

Walaupun Azilah dan Sirul telah dijatuhkan hukuman gantung, namun ianya masih tidak mampu 'membersihkan' nama Najib yang kini sudah menjadi PM ke-6 negara. Dari awal perbicaraan lagi sudah menampakkan kes pembunuhan Altantuya ini melibatkan individu 'berprofil tinggi'. Sebelum itu, sudah berlaku beberapa kes pembunuhan yang dikategorikan sebagai berprofil tinggi yang melibatkan VVIP UMNO. Kes pembunuhan Mustakizah dan Norita Samsuddin.

Persoalannya, mengapa SPR melarang penggunaan isu Altantuya ini di dalam Piliharaya Kecil 7 Mac yang baru berlalu. Sudah tentu larangan 'tak masuk akal' ini dibuat atas arahan Najib Razak yang kini orang No.1 negara.

Inilah Malaysia negaraku. PM dan TPM dianggap macam 'tuhan'. Tidak boleh disentuh, dikeji dan didakwa walaupun memang jelas ada bukti penglibatan mereka dengan penyelewengan, rasuah dan jenayah. Tak tahulah apa nak jadi dengan negara ni. Jenayah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin negara dianggap 'tak salah'. Semuanya boleh ditutup.

Najib Jadi PM Hanya 8 Bulan

Walaupun perbicaraan kes Altantuya yang mengikut skrip Najib dan Rosmah telah selesai, namun 'pasangan No.1 negara' ini masih belum selamat. Dijangka kerajaan Mongolia akan mengambil tindakan 'drastik' membawa kes ini ke ICJ. Perlu diingat ICJ hanya membicarakan kes G to G (Government to Government). Kerajaan Mongolia memang menanti saat Najib dilantik sebagai PM. Hanya inilah saja cara bagi membolehkan Najib didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Antarabangsa sebab sebagai seorang ketua negara Najib bukan lagi dilihat sebagai seorang individu tetapi sebagai sebuah 'kerajaan'.

Kita percaya Kerajaan Mongolia telah mempunyai cukup bukti untuk mengheret Najib ke ICJ. Mereka mahukan keadilan dan kebenaran ditegakkan. Selama ini mereka merasa tertipu dan dipermainkan oleh kerajaan Malaysia. Perlu diingat orang Mongolia merupakan bangsa yang berani dan prinsip hidup mereka 'berjuang sampai mati bagi mencapai matlamat'. Sejarah membuktikan betapa takutnya Maharaja Cina dengan bala tentera Mongolia yang kuat dan berani ini sehingga terpaksa membina Tembok Besar Cina (Great Wall) bagi menghalang kemaraan tentera Mongolia masuk ke Tanah Besar cina.

Jika benarlah telahan ini, maka tempoh hayat Najib sebagai PM hanyalah beberapa bulan saja. Sebagai rakyat, kita memang menyokong sebarang tindakan untuk mengheret Najib dan kuncu-kuncunya ke Mahkamah Antarabangsa. Hanya inilah saja cara untuk mengadili mereka. Kita tidak mahu Malaysia diperintah oleh orang yang jelas dan diyakini terlibat dengan rasuah dan jenayah bunuh. Negara ini akan hancur dengan adanya pemimpin sebegini. Polis, BPR, Peguam Negara dan Hakim diperalatkan untuk 'menyembunyikan' dan 'menghalalkan' segala bentuk jenayah yang dilakukan.

Sudah sampai masanya kita perlu ubah perkara ini dari terus bermaharajalela. Keputusan PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang merupakan 'isyarat awal' rakyat terhadap UMNO/BN menjelang PRU13 akan datang ini.

Rakyat sudah mual dan jelak dengan segala penipuan yang dilakukan.

'Selamatkan Malaysia' dan 'Islam For All'

Jazakallah.

Sunday, April 5, 2009

P059 Bkt Gantang : Sikap Pengundi Melayu Membimbangkan !

Suasana kempen di Bukit Gantang semakin hangat antara BN dan PAS. Dilaporkan media milik UMNO digunakan sepenuhnya 'memuja' PM yang baru dilantik ekoran tindakannya membebaskan 13 orang tahanan ISA dan memberikan semula hak penerbitan Harakah dan Suara Keadilan.

Media perdana melaporkan berita bertujuan memuji orang No.1 negara yang baru dilantik bagi mempengaruhi minda pengundi Melayu. Antaranya ;

1- Seorang wanita bernama Norwati yang didakwa ahli PAS dari Pekan, Pahang telah bertindak meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO disebabkan begitu kagum dengan Najib sebagai PM baru.

2- 230 ahli PKR bertindak meninggalkan parti untuk menyertai UMNO kerana merasakan PM baru ini mampu membela nasib rakyat serta dilihat lebih telus dan adil.

3- Semalam Mahathir dan Asmah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Najib. Media menyiarkan tajuk berita 'Dr.M sedia pulih UMNO'.

4- Kata Mahathir "Walaupun saya berada di luar UMNO tetapi dalam hati saya masih orang UMNO. Walaupun saya tegur UMNO, saya fikir teguran itu adalah untuk membina UMNO, bukannya untuk menghancurkan UMNO".

5- Kata Najib "Saya ucapkan selamat kembali ke pangkuan UMNO kepada Tun. Sebagai negarawan, saya percaya Tun dapat memainkan peranan yang sangat bermakna dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO".

Sikap Pengundi di P059

Sejak Najib dilantik sebagai PM, tidak dinafikan ianya memberi kesan terhadap sikap pengundi Melayu di Bukit Gantang. Dilaporkan 60% pengundi Melayu pada ketika ini memihak kepada BN. Manakala pengundi Cina dan India tidak membimbangkan kerana lebih 80% mereka menyokong PAS.

Senario ini membuktikan betapa pengundi Melayu 'amat mudah' ditipu dengan 'permainan' berita media perdana. Lebih-lebih lagi sejak Najib 'Altantuya' dilantik sebagai PM baru.

Tak tahulah apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang mengaku Islam ini. Sudah jelas di depan mata mereka yang UMNO sebuah parti yang dipimpin oleh para perasuah sebagaimana laporan SPRM, namun begitu mudah terpedaya. Mereka langsung tak boleh menilai secara rasional apa yang berlaku di hadapan mata bila masyarakat Cina dan India yang majoritinya bukan Islam boleh menyokong PAS.

Hairan bin pelik bila mengenangkan sikap pengundi Melayu ini. Sudah berpuluh kali ditipu dan diperbodohkan oleh UMNO tapi masih mahu menyokong parti yang korup ini. Tak tahulah apa nak jadi dengan bangsa Melayu yang masih berada pada tahap rendah pemahaman politiknya.

Kita berserah saja pada Allah. Semuga PAS berjaya menang di P059 ini.

Jazakallah.

Saturday, April 4, 2009

'Pembunuh Altantuya' Jadi PM Juga Akhirnya

Akhirnya segala 'teka-teki' selama ini terjawab. Ingatkan Tuanku Mizan akan 'taking action' sebagaimana yang pernah dia buat di Terengganu apabila tidak perkenan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Tak tahulah kita apakah sebab dan alasan Tuanku menerima perkenan Najib Razak sebagai PM keenam. Mulalah hati kecil ini merasakan ada sesuatu yang 'tak kena' telah berlaku sehingga Tuanku Mizan telah perkenan dan melantik Najib sebagai PM menggantikan Pak Lah pada hari semalam.

Adakah Tuanku telah 'disihirkan' oleh Najib sewaktu menerima mengadap anak Tun Razak pada hari Khamis lalu ? Tidak mustahil ianya boleh berlaku sebab Najib memang menggunakan khidmat seorang bomoh Hindu dari India yang dikenali sebagai 'Mr Ji'. Didedahkan Najib meminta tolong dengan bomoh iblis ini agar mendapat keselamatan dan kekal berkuasa. Mahathir pun sewaktu menjadi PM ada menggunakan khidmat bomoh yang 'sewaktu' dengan Mr. Ji ni.

Kita jangan lupa peristiwa Dato' Mazlan (ADUN Batu Talam) yang dibunuh dan dikerat 18 oleh Mona Efendy dan pasangannya. Heboh satu Malaysia seorang pimpinan UMNO Pahang mati dibunuh dengan kejam. Pimpinan UMNO yang ada sekarang bukan setakat sinonim dengan rasuah, skandal seks dan penyelewengan malahan hidup mereka juga tidak boleh dipisahkan dengan 'khidmat bomoh iblis'.

Apa Alasan Tuanku Mizan Menerima Perkenan Najib sebagai PM ?

Tuanku Mizan seorang yang educated, tegas dan beriman. Juga mendapat 'tarbiyyah' secara tidak langsung dari TG Haji Hadi sewaktu PAS memerintah Terengganu. Dan Tuanku sendiri yang meminta TG Haji Hadi menyampaikan Kuliyyah Mingguan di Istana. Di sudut 'aqlinya, adalah sukar dipercayai Tuanku Mizan begitu mudah untuk menerima perkenan Najib sebagai PM.

Ayuh, mari kita explore beberapa fakta berikut ;

1- Adalah mustahil Tuanku tidak tahu tentang penglibatan Najib dalam kes pembunuhan Altantuya.

2- Tuanku juga tahu tentang penyelewengan Najib dalam kes pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan RM500 juta wang rakyat dirompak sekelip mata.

3- Selaku pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, Tuanku juga tahu siapa sebenarnya yang mengarahkan bahan letupan C-4 dikeluarkan dari simpanan ATD untuk meletupkan mayat Altantuya.

4- Mustahil Tuanku tidak boleh mempertimbangkan rayuan yang dibuat oleh seluruh 81 orang MP Pakatan Rakyat melalui satu surat yang diutuskan ke Istana agar menangguhkan dahulu perlantikan Najib sebagai PM bagi membolehkan satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat segala tuduhan dan dakwaan terhadapnya. Jika didapati 'bersih', barulah layak untuk dilantik sebagai PM.

Persoalannya ?

1- Sebagai rakyat, adakah kita yakin Tuanku benar-benar 'suka' Najib sebagai PM sehingga berkenan melantiknya ?

2- Jika Tuanku tidak 'dipukau' oleh Najib, mungkinkah Baginda juga ada 'strategi politiknya' sendiri bagi mengelakkan sebarang kekerohan berlaku antara pihak istana dengan kerajaan yang memerintah ?

3- Adakah Tuanku 'mengharapkan' akan berlaku undi tak percaya terhadap Najib sebagai PM dalam Dewan Rakyat selepas ini ?

4- Mungkinkah pada fikiran Tuanku Mizan jika Najib dilantik sebagai PM secara tidak langsung akan menghancurkan UMNO itu sendiri ?

5- Adakah Tuanku memberi 'amaran keras' dan meletakkan 'syarat' yang mesti dipatuhi oleh Najib ?

Adakah Ini Bala' Daripada Allah ?

Di dalam Al-Qur'an dengan jelas Allah menyebut jika penduduk di sesebuah negara itu masih berdegil dan tidak mahu kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya serta menentang Islam, maka Allah akan melantik pemimpin yang sangat zalim sebagai satu peringatan kepada mereka. Jika penduduk itu masih berdegil juga, akhirnya Allah akan musnahkan seluruh penduduk negara itu dan gantikan dengan golongan manusia yang beriman dan bertaqwa.

Kita patut bersyukur kepada Allah kerana masih ada satu jama'ah Islam (PAS) yang berjuang untuk menegakkan Daulah Islamiyyah, menegakkan amar makruf dan menentang kemungkaran. Jika ditakdirkan tiada PAS sebagai sebuah jama'ah Islam yang syumul, rasanya dah lama bumi Malaysia ini 'dilingkupkan' oleh Allah dengan pelbagai bala' bencana. Kita jangan lupa apa yang berlaku di Acheh. Sekelip mata saja lebih 200 ribu nyawa terkorban.

Saya menyerulah kepada seluruh umat Islam dalam negara ini, kembalilah kepada Islam yang sebenar. Tinggalkan UMNO. Jangan kamu rosakkan 'AQIDAH hanya semata-mata kerana mahu pertahankan sebuah parti berfahaman Kristian (sekularisma) yang sesat dan menyesatkan orang lain.

Allah SWT hanya menerima Islam di kalangan hamba-Nya yang mendukung perjuangan Islam sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Perlu diingat, hanya golongan manusia yang benar pegangan 'Aqidah Islam saja akan menyokong perjuangan menegakkan Daulah Islamiyyah.

Sokong UMNO/BN, confirm masuk Neraka (sila rujuk posting terdahulu).

Jazakallah.

Wednesday, April 1, 2009

PRK P059 : PAS Akan Menang

Rentetan isu rampasan kuasa yang berlaku di Perak sebenarnya memberi 'impak maksima' kepada PRK P059 Bukit Gantang. Berdasarkan fakta melalui soal-selidik yang dilakukan oleh Merdeka Center menunjukkan majoriti rakyat Perak tidak bersetuju dengan cara 'tidak bermaruah' UMNO/BN merampas kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat.

Antara soalan yang dikemukakan kepada responden yang di pilih secara rambang melalui perbualan telefon adalah seperti berikut ;

1. Tubuh Kerajaan Melalui ADUN Lompat Parti

Peratusan yang tidak setuju dengan pembentukan kerajaan melalui lompar parti ;

Cina - 87 % India - 73% Melayu - 47%

2. Pembubaran DUN Perak dan Piliharaya Semula

Bersetuju dibubarkan DUN dan diadakan Piliharaya semula ;

India - 88 % Cina - 85% Melayu - 59%

3. Siapa Yang Berhak Menentukan Pembentukan Kerajaan Perak ?

Responden menunjukkan kematangan apabila ditanya siapakah yang lebih berhak menentukan pembentukan kerajaan negeri. Samada rakyat atau Sultan ? Keputusan yang diperolehi ;

Rakyat - 72% Sultan - 21% Tak Tahu - 3% Tiada Respons - 1%

4. Adakah Keputusan Istana Mencerminkan Kehendak Rakyat ?

Keseluruhan : Ya - 29% Tidak - 62% Tak Tahu - 9%

Melayu : Ya - 50% Tidak - 42% Tak Tahu - 8%

Cina : Ya - 9% Tidak - 82% Tak Tahu - 9%

India : Ya - 13% Tidak - 68% Tak Tahu - 17% Tak Respons - 2%

5. Adakah Krisis Di Perak Meningkat / Mengurang Sokongan Pakatan Rakyat ?

Pandangan Melayu : Meningkat Banyak - 19% Mengurang Sedikit - 17%

Mengurang Banyak - 26% Mengurang Sedikit - 20%

Tak Tahu - 14% Tak Respons - 3%

Pandangan Cina : Meningkat Banyak - 32% Meningkat Sedikit - 43%

Mengurang Banyak - 1% Mengurang Sedikit - 8%

Tak Tahu - 14% Tak Respons - 2%

Pandangan India : Meningkat Banyak - 50% Meningkat Sedikit - 20%

Mengurang Banyak - 3% Mengurang Sedikit - 22%

Tak Tahu - 5%

Analisa Ringkas

1- Secara keseluruhan di sudut kesedaran politik, masyarakat Melayu masih di tahap sederhana dan pendirian mereka boleh berubah pada bila-bila masa saja. Khususnya golongan pengundi 'atas pagar'. Bagi masyarakat Cina, mereka memang terkenal dengan sikap 'cerdik berpolitik'. Dan yang paling menonjol sekali sejak PRU12 ialah masyarakat India. Kesedaran politik mereka begitu ketara sekali.

2- Tindakan UMNO/BN merampas kerajaan Perak melalui lompat parti merupakan satu tindakan 'menikam diri sendiri'. Jelas menunjukkan kerakusan mereka, penyalahgunaan kuasa dan rasuah politik. Rakyat semakin meluat.

3 - Kredibiliti Sultan juga terjejas di mata rakyat ekoran tindakannya 'merestui' cara UMNO/BN merampas kerajaan Pakatan Rakyat.

4- Isu Perak ini secara tidak langsung meningkatkan populariti Pakatan Rakyat di mata masyarakat.

5- Kebarangkalian PAS menang di Bukit Gantang adalah tinggi. Begitu juga di Bukit Selambau. Manakala peluang di Batang Ai, Sarawak adalah 50-50 ekoran laporan Mafrel yang menjangkakan wujudnya jumlah pengundi hantu yang ramai.

Saya menjangkakan PAS dan PKR mampu menang di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan peningkatan majoriti antara 30 hinga 35 peratus.

Jazakallah.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger