Monday, December 9, 2013

Freemason

Hubungan antara manusia (sosial) merupakan fitrah semulajadi manusia. Justeru, bagi merealisasikan misi menguasai dunia, tentunya gerakan rahsia ini memliki rangkaian organisasi yang sempurna bagi tujuan itu. Di Malaysia, kita biasa dengar nama Lion Club dan Rotary Club yang kerap membantu masyarakat dengan program kebajikan dan seumpamanya. Malah ada sesetengah kampung mendapat bantuan dalam bentuk projek bekalan air bersih hingga masyarakat sangat menghormati dua NGO ini, namun ramai yang tak menyedari siapa di belakang Lion dan Rotary? Kedua-dua kelab ini sebenarnya dimiliki oleh organisasi rahsia Freemason.

Kuil Freemason (Masonic Temple)

Lihat rahsia kami. Dalam usaha menghancurkan agama Kristian, dan semua agama, kami berpura-pura menganut agama yang benar. Orang bijaksana, melakukan kebaikan di tempat orang jahat melakukan kejahatan. Perkara ini tidak dapat dilakukan kecuali melalui organisasi-organisasi rahsia, secara berperingkat, dan secara halus menguasai kerajaan dari negara-negara bersekutu. Misi Pemerintahan Dunia ini adalah menghapuskan Kristian dan menggulingkan semua kerajaan sekarang."

Pada 1 Mei 1776, Adam Weishaupt, ahli falsafah Jerman mendirikan sebuah kumpulan rahsia yang disebut sebagai Order of Iluminati. Weishaupt ialah seorang profesor dari Canon Law di Universiti Ingolstadt di Bavaria, Jerman. Hingga sekarang, May Day menjadi hari yang sangat penting bagi komunis Soviet. Bahkan kadangkala mengadakan Parade Tentera pada hari itu. Iluminati berusaha bagi membentuk New World Order.

Tujuan mereka adalah seperti berikut;

- Penghapusan dan penguasaan kepada seluruh pemerintahan
- Penghapusan dan penguasaan kepada seluruh harta peribadi
- Penghapusan dan penguasaan kepada kekayaan keturunan
- Penghapusan dan penguasaan kepada jiwa pejuang
- Penghapusan dan penguasaan kepada keluarga
- Penghapusan dan penguasaan kepada agama
- Penciptaan sebuah pemerintahan dunia

Garis keturunan Iluminati yang utama ialah keturunan Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onasis, Reynolds, Rockefeller, Rothschild, Russles dan Merovingin (Keturunan Bangsawan Van Duyn). Manakala kaitan kekeluargaan ialah keluarga Disney, Krupp dan McDonald.

Iluminati dan Freemason adalah musuh utama Islam, Kristian dan dunia yang merdeka.

Michael McArthur seorang yang terselamat daripada ideologi Freemason telah mendedahkan maklumat rahsia dalam CIA dan FBI. Menurutnya, kedua-dua badan ini kerap menculik kanak-kanak bagi tujuan korban dalam ritual-ritual sesat mereka. Nama ejen-ejen yang menggunakan waktu kerja mereka bagi menculik kanak-kanak demi korban ritual yang diketahui olehnya adalah seperti berikut;

- Chucky, pembunuh upahan FBI di Sektor 5, FBI terlibat dalam kes undang-undang.
- Nical Harrah, ejen FBI yang melakukan penculikan.
- Unda Krieg, pengikut yang berkerja di FBI.
- Ken Lanning, ejen FBI.
- Nick O Hara.
- Kape Richardson, ejen CIA

Menurut Gary Kahl, dalam bukunya En Route to Global Occupation (1991), aktiviti pada zaman pertengahan masih dilakukan pada zaman sekarang. Pada Julai 1782, Iluminati bergabung dengan Freemason dalam Perhimpunan Wilhelmsbad. Comte de Virieu hadir dalam perhimpunan itu dengan tubuh yang menggeletar. Ketika ditanya mengenai rahsia yang tragis itu, dia menjawab, "Saya tidak akan menceritakannya. Apa yang dapat saya katakan, semua ini lebih serius daripada apa yang kita fikirkan. Konspirasi ini akan benar-benar menjadi kenyataan, dan adalah mustahil bagi golongan raja dan gereja melepaskan diri daripadanya". Menurut penulis biografi Comte de Virieu, M.Costa de Beauregard dalam buku New World Order: The Ancient Plan of Secret Societies (1990), sejak itu, Comte de Virieu menceritakan perihal Freemason dengan rasa takut.

bersambung.....

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger