Monday, February 14, 2011

Tentera bersiap untuk pulihkan Mesir

Anggota tentera meminta pemprotes beredar dari Dataran Tahrir dan kembali pada kehidupan normal.

Pemimpin tentera Mesir dilaporkan bersedia untuk melarang mogok dan akan bertindak terhadap "kekacauan dan gangguan" dalam usaha untuk memulihkan ketenteraman awam di negara itu ekoran protes berminggu yang menyebabkan penggulingan Presiden Hosni Mubarak.

Satu sumber tentera berkata, Dewan Tentera Agung akan mengeluarkan surat perintah pada hari Isnin, yang melarang pertemuan dengan kesatuan pekerja atau badan profesional, berkesan melarang mogok, dan akan memberitahu semua orang Mesir untuk kembali bekerja.

Namun, beratus-ratus orang berkumpul di Dataran (Pembebasan) Tahrir, Kaherah sekitar tengah hari, sebahagian besar daripada mereka memprotes terhadap polis.

Polis mengadakan protes berasingan, beberapa kumpulan mereka berbaris menuju kementerian dalam negeri. Mereka mahu gaji yang lebih baik dan cuba untuk membersihkan nama polis yang dibenci, yang dituduh menggunakan kekerasan melampau semasa pertempuran maut di hari-hari pertama pemberontakan.

Ada di kalangan mereka yang membawa potret polis yang maut dalam pertempuran, dengan satu plakat mengatakan "Ini adalah korban rejim lalu".

Di awal hari itu, penunjuk perasaan pro-demokrasi di dataran itu mengatakan bahawa mereka telah diberitahu oleh pihak tentera supaya beredar dari situ atau ditangkap.

Pemandu ambulan dan pekerja pengangkutan terus mengadakan demonstrasi bagi menuntut gaji dan keadaan yang lebih baik.

Penganjur protes telah menyeru "Victory March" yang akan diadakan di seluruh negara pada hari Jumaat.

Pertemuan aktivis

Sementara itu, dua aktivis talian mengatakan pada hari Isnin bahawa mereka telah membincangkan reformasi dengan tentera.

"Kami bertemu tentera ... untuk memahami sudut pandang mereka dan menyatakan pandangan kita," ujar eksekutif Google Wael Ghonim dan blogger Amr Salama dalam catatan dalam halaman pro-demokrasi yang membantu memulakan pemberontakan.

Mereka mengatakan dewan tentera, yang menggantung perlembagaan dan membubarkan parlimen pada hari Ahad, bersumpah untuk mendraf semula perlembagaan dalam masa 10 hari dan meletakkannya untuk referendum dalam masa dua bulan, selaras dengan tuntutan penunjuk perasaan untuk perubahan demokratik.

Dewan tersebut, sebelumnya, mengatakan tentera akan bertanggungjawab "untuk jangka waktu sementara enam bulan atau sehingga selesai pilihanraya peringkat atasan dan bawahan parlimen, dan pemilihan presiden."

Terinspirasi oleh kejayaan 18 hari protes sehingga memaksa Mubarak menamatkan 30 tahun kekuasaannya pada hari Jumaat lalu, kini pekerja di Mesir mula menghasut untuk kesepakatan yang lebih baik.

Pemprotes meminta pihak atasan agar jadikan hari Isnin sebagai hari cuti tidak berjadual. Bank akan dibuka semula pada hari Rabu, kerana Selasa juga merupakan hari cuti umum.

"Saya fikir tentera bimbang bahawa ini boleh berubah menjadi siri protes di seluruh negera," kata Al Jazeera James Bays, melaporkan dari Kaherah,.

"Kalau itu terjadi, satu-satunya cara yang boleh menghentikan protes itu dengan menggunakan kekerasan. Dan jika kekerasan digunakan, ianya akan menghilangkan rasa hormat dan legitimasi pihak tentera di mata orang awam."

Pada hari Ahad, sekitar 2,000 angota polis berdemonstrasi di depan Kementerian Dalam Negeri, mengeluh tentang jurang gaji antara pegawai dan anggota bawahan.

Ada juga laporan menyebut tentang berlakunya protes dan mogok di bursa saham, syarikat tekstil, organisasi media, syarikat baja, perkhidmatan pos, kereta api dan perkhidmatan kesihatan.

"Akhirnya kita telah didorong untuk keluar dan berbicara," Hala Fawzi, 34 tahun yang memprotes pada hari Ahad di luar pejabat syarikat insurans milik negara di mana dia bekerja hanya untuk $20 sebulan. "Kami ingin kesetaraan," katanya.

Tapi selepas tiga minggu keadaan ekonomi tidak menentu yang mana dilihat para pelancong meninggalkan negara dan perdagangan dan kilang-kilang menghadapi kesulitan, berjuta warga Mesir berhadapan situasi sukar untuk memulihkan ekonomi mereka bagi meneruskan hidup.

Sumber : aljazeera

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger