Monday, February 7, 2011

Kabinet Mubarak terlibat dlm pengeboman gereja di Alexandria

Masihkah kita ingat dengan kejadian membakar gereja di Kuala Lumpur dulu? Sebelum tertangkap 2 pemuda yang terlibat, penulis sendiri merasakan tindakan tersebut adalah perancangan jahat UMNO untuk memburukkan imej PAS agar dilihat sebagai sebuah parti ekstrim agama. Malang bagi UMNO bila kerja kejinya itu terdedah dengan pengakuan 2 pemuda yang ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara. Mereka mengakui telah diupah oleh UMNO. Bila ditahan, UMNO lepas tangan.

Serupalah juga dengan kejadian pengeboman sebuah gereja di Alexandria, Mesir. Menteri Dalam Negeri Mesir dan mantan menterinya telah menuduh tentera Hamas di Gaza bertanggungjawab melakukannya.

Apakah motif tuduhan tersebut?

Samalah seperti apa yang berlaku di Malaysia. Matlamatnya ada untuk memfitnah dan memburukkan gerakan Islam agar dilihat sebagai pengganas.

Namun kebenaran tidak boleh disembunyikan selamanya. Akhirnya pekong rejim Hosni Mubarak yang bersekutu dengan Israel dan Amerika terbongkar bila pihak inteligen British sendiri mendedahkan bahawa Menteri dan bekas Menteri Dalam Negeri Mesir terlibat dengan pengeboman gereja tersebut.

Sila ikuti laporan beritanya di sini.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger