Wednesday, February 2, 2011

Rakyat Tunisia, Mesir ,Yemen dah bangkit, kita bila lagi?

Hanya rasa syukur dan gembira penulis panjatkan ke hadrat Ilahi bila melihat kebangkitan umat Islam di Tunisia, Mesir dan Yemen saat ini. Kepulangan pemimpin Islam Tunisia ke tanahair disambut oleh ratusan ribu rakyat negara itu dua hari lalu. Di Yemen pula, puluhan ribu rakyatnya turun ke jalan mendesak ketua negara mereka turun dari takhta. Manakala di Mesir, jutaan rakyatnya terus melancarkan demo dan bertempur dengan pihak berkuasa negara itu bagi mendesak sekutu jahat Israel, Hosni Mubarak segera letak jawatan.

Kalau ditakdirkan penulis sedang menuntut di Mesir, nescaya tidak akan melepaskan peluang untuk bersama rakyat negara itu turun berdemo mendesak regim Hosni Mubarak laknatullah turun dari takhtanya. Kezalimannya bukan sekadar terhadap rakyat Mesir, juga terhadap Palestin. Bagi penulis, orang macam Hosni Mubarak dan Mahmoud Abas ini selayaknya ditembak mati saja sebagaimana Anwar Saddat dulu.

Sejak sekian lama rakyat Tunisia, Mesir dan Yemen mendiamkan diri dan bersabar atas segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin negara masing-masing. Hanya menanti saat saja 'bom' meletup. Bila picunya ditarik oleh seorang pemuda Tunisia pada Disember lalu, lalu ledakannya meliputi seluruh bumi negara itu hingga terguling Presiden Ben Ali yang berkuasa selama 23 tahun.

Tanpa diduga oleh warga bumi, rupanya ledakan 'bom' di Tunisia serta merta merebak ke rantau Timur Tengah dan menyaksikan ledakan yang lebih hebat berlaku di Mesir. Kemudian merebak ke Yemen pula. Percayalah, ledakan ini akan terus merebak ke seluruh rantau negara Teluk dalam waktu terdekat ini. Mana-mana pemimpin negara Teluk yang menjadi talibarut Amerika dan Israel, bersiaplah untuk 'diajar' oleh rakyat.

Bagaimana Malaysia?

Penulis yakin gelombang kebangkitan umat Islam yang sedang berlaku di Timur Tengah hari ini akan sampai juga ke tanahair dalam waktu terdekat. Terpulang kepada rakyat, khususnya umat Islam. Mungkin caranya berbeza ataupun sama, bergantung pada keadaan.

Umat Islam seharusnya insaf dan sedar bahawa tiada bezanya pemimpin UMNO dengan Hosni Mubarak, Mahmoud Abas, King Abdullah Jordan dan pemimpin Liga Arab yang menjadi talibarut Amerika.

Kezaliman yang dilakukan oleh rejim Hosni Mubarak terhadap rakyatnya dan gerakan Islam, juga dilakukan oleh rejim UMNO di Malaysia.

Umat Islam seharusnya tidak tertipu dengan kemunafiqan para pemimpin yang beragama Islam. Malangnya apa yang berlaku di Malaysia, majoriti Melayu masih beranggapan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Inilah fahaman khurafat yang menyebabkan ahli dan penyokong UMNO begitu mudah diperbodoh dan disesatkan oleh pemimpin mereka.

Sedarlah, umat Islam hanya diperintahkan untuk taat dan patuh kepada Allah dan Rasul. Tidak cukup lagikah segala bukti penyelwengan, rasuah dan jenayah yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sejak sekian lama.

Selepas UMNO menang di Tenang, serta-merta harga petrol dinaikkan lagi 10 sen secara senyap-senyap. Inilah hadiah kerajaan UMNO pada rakyatnya. Sapa yang bodoh? Yaitu orang Melayu yang mengundi BN dalam PRU12 dan PRK Tenang lantaran takde iman.

Kenapa masih mahu mengambil ajaran toghut ciptaan manusia kafir sedangkan kita umat Islam mempunyai rujukan terbaik, Al-Qur'an dan Sunnah.

Dah terang-terang UMNO itu sendiri mempertahankan sistem pemerintahan toghut sekular peninggalan Inggeris, lepas tu orang Melayu yang mengaku Islam masih terus mengundi (menyokong) parti sesat itu. Tak sesat lagikah hukumnya jika terus mendokong sebuah pertubuhan yang menolak pemerintahan Islam.

Ginilah... penulis nak bawa satu hujah mudah untuk renungan ahli UMNO.

Kalau anda dihidangkan segelas jus Oren yang dicampurkan dengan setitis arak, mahukan anda meminumnya? Sudah tentu tidak. Sebab jus tersebut dah jadi haram untuk diminum hanya kerana setitis arak.

Jika segelas jus Oren boleh jadi rosak dan haram kerana setitis arak, maka begitulah juga dengan Aqidah Islam seseorang pun boleh jadi rosak (kufur) bila menolak sebahagian ajaran Al-Qur'an dan Sunnah.

Sokong UMNO = Redha dengan Sekular = Menolak Al-Qur'an = Menentang Islam = Kufur

Sudah sampai masanya umat Islam tanahair kembali kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah seluruhnya agar termasuk dalam golongan Jundullah (tentera Allah) yang akan menjadi penolong agama Allah.

Era Kebangkitan Islam Sudah Tiba.

Takbir!

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger