Wednesday, May 26, 2010

UMNO suka Melayu buta Islam....

Kita pergilah ke mana saja negara di bumi ini, pasti kita akan menemui pelbagai kaum di sana sebab sudah menjadi Sunatullah sejak azali lagi bahawa manusia memang diciptakan terdiri dari pelbagai etnik dan bahasa. Sebab itulah kita diperintahkan oleh Allah supaya saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Yang membezakan di kalangan mereka hanyalah di sudut iman dan taqwa masing-masing. Bukan warna kulit, bangsa, kaya atau miskin yang dipandang oleh Allah.

Tapi malangnya di akhir zaman ini umat manusia hanya memandang di sudut kebendaan bagi menilai siapa yang mulia atau sebaliknya. Lebih menyedihkan bila mana fahaman kebendaan ini sudah menjadi pegangan majoriti umat Islam di seluruh dunia. Lihat saja apa yang berlaku mutakhir ini.

Perlu diakui, fahaman materialistik dan budaya hedonisme ini berjaya disebarkan oleh pihak penjajah Eropah dan Barat ke dalam dunia Islam melalui sistem pemerintahan tajaan mereka yang menjadi amalan pemimpin negara umat Islam.

Sejarah kejatuhan Empayar Islam Uthmaniyah Turki menjadi titik tolak kepada penguasaan musuh Islam kepada seluruh negara umat Islam termasuk Malaysia. Kejayaan Kamal Atarturk laknatullah mensekularkan Turki dan rakyatnya telah diperbesarkan oleh media yang dikuasai Yahudi Freemason ke seluruh dunia. Tujuannya adalah semata-mata untuk mempromosi fahaman dan sistem sekular ciptaan mereka agar menjadi ikutan oleh negara-negara umat Islam yang lain.

Pada ketika itu seluruh media Eropah dan Barat telah menjulang nama Kamal Ataturk sebagai Bapa Pemodenan Turki. Juga diwar-warkan Turki akan menjadi sebuah negara Islam maju dan setanding negara-negara Eropah dan Barat. Ramai pemimpin negara umat Islam tertipu dan terpesona dengan propaganda musuh ini sehingga ada di kalangan mereka yang begitu mengagumi si Kamal Ataturk dan beranggapan silaknat ini sebagai pemimpin Islam contoh. Begitulah juga dengan pemimpin tanahair kita termasuk golongan agama yang buta mata hati.

Semua tahu apa yang sebenarnya berlaku pada Turki sepanjang penguasaan Kamal Ataturk. Hanya menjadi sebuah negara sakit yang terus diperbodohkan oleh Eropah. Akhirnya Kamal Ataturk mampus dalam keadaan hina. Kejayaan Kamal Ataturk hanyalah meruntuhkan sistem Khalifah Islam dan merosakkan aqidah rakyatnya. Dan kesannya amat parah sehingga ke hari ini.

Apakah kita mahu Malaysia terus diperintah oleh golongan sesat dan celaka UMNO?

Kenapa kita sebagai umat Islam tak pernah mahu insaf dan belajar daripada apa yang berlaku kepada Turki dan rakyatnya sepanjang penguasaan si Bapa Sekular Turki itu ? Di mana letaknya minda dan kewarasan kita sehingga begitu dungu tak tahu nak membezakan yang mana satu sistem Islam dan yang mana pulak sistem sekular?

Lihat saja apa yang berlaku dalam negara hari ini?

Dua blok telaga minyak dijual kepada Brunei dan hari ini pula tanah KTMB di Woodlands dijual kepada Singapura.

Kadang-kadang terfikir juga di benak minda ni, apakah jenis manusia yang sedang memerintah negara ni ? Manusia atau iblis ? Belum pernah berlaku dalam sejarah mana-mana negara di dunia ini bila mana pemimpinnya sanggup menjual wilayah negaranya kepada orang lain. Hanya pimpinan celaka UMNO je yang buat.

Setelah ekonomi negara hampir musnah akibat salah urus-tadbir negara, penyelewengan dan amalan rasuah, rizab simpanan negara semakin tiris sehingga defisit perbelanjaan terus meningkat, lepas tu rakyat yang dijadikan mangsa dengan segala kenaikan cukai itu dan ini walhal kekayaan negara melimpah-ruah. Seharusnya rakyat negara ini dah lama menikmati hidup yang selesa dan terbela. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Segala kekayaan negara hanya berlegar di sekeliling sang penguasa celaka, keluarga dan kroni mereka.

Dalam konteks ini, sapa yang bodoh ? Mereka ataupun kita yang terus-menerus memberi undi dalam setiap PRU ?

Tak payah jauhlah... Kalau di Jepun atau Korea, dah lama pemimpin seperti Mahathir, Pak Lah dan Najib dibuang ke dalam tong sampah oleh rakyatnya. Tapi nak buat macamana... kerana masih ramai orang Melayu Bumiputera di negara kita ni berfikiran kelas hapraq.

Mungkin pembaca marah kat saya kerana menggunakan bahasa kesat terhadap pemimpin UMNO yang ada hari ini. Bagi saya hanya inilah bahasa yang sesuai digunakan kepada golongan manusia yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

Kita jangan lupa golongan munafiq UMNO ini lebih jahat dari kafir. Dan telah terbukti pun di depan mata kita semua bila mana Najib meluluskan lesen judi bolasepak kepada Vincent Tan sedangkan ramai pemimpin bukan Islam daripada Gerakan, DAP dan PKR yang menentang pemberian lesen ini.

Saya nak tanya kepada seluruh ahli dan pimpinan UMNO, tak malukah kamu sebagai seorang yang mengaku Muslim tapi boleh terus-menerus menyokong sebuah parti berfahaman sesat yang diketuai oleh manusia laknat seperti Najib ni. Di mana duduk Aqidah kamu semua ?

Tak habis-habis bercakap soal Melayu. Dah 52 tahun UMNO memerintah tapi apa jadi dengan orang Melayu ? Nothing... ditipu dan terus diperbodohkan semahunya. Yang ada hanyalah 250,000 orang Melayu murtad, anak remaja Melayu yang rosak akhlak dan semakin jauh daripada Islam, hak orang Melayu dirampas semahunya, Melayu yang terus dibebani kemiskinan dan hutang, Melayu yang memberhalakan pemimpin UMNO. Hari ini majoriti Melayu sudah jadi bangsa yang tertindas di tanahairnya sendiri. Yang menindas bukan orang lain tapi pemimpin UMNO sendiri.

Inilah bahananya bila terus mendokong dan menyokong perjuangan toghut (syaitan) UMNO. Negara semakin menuju kehancuran dan terus dipandang hina oleh masyarakat luar. Hanya media tempatan saja yang diperalatkan untuk melaporkan segala berita yang 'cantik dan molek' tentang kerajaan Malaysia pimpinan UMNO celaka walhal hakikat sebenarnya Malaysia dipandang lekeh oleh dunia luar.

Dalam satu persidangan yang diadakan di Beirut baru-baru ini, seluruh wakil negara umat Islam telah hadir. Malaysia diwakili oleh seorang Prof universiti tempatan. Dalam persidangan tersebut, antara yang dibincangkan mereka ialah tentang kecanggihan pesawat risik tanpa pemandu buatan Amerika. Sedang para perwakilan sibuk berbincang, tiba-tiba bangun seorang wakil mencelah sambil berkata "Kita jangan lupa ada sebuah negara tu pesawat tempur mereka lebih canggih dan hebat kerana tidak menggunakan enjin." Seluruh perwakilan ketawa manakala wakil dari Malaysia hanya mampu menundukkan muka menahan malu.

Sebagai insan yang dikurniakan akal, seharusnya kita jadi rakyat yang cerdik.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger