Sunday, May 9, 2010

Lagi kes remaja ditembak Polis : KPN mesti letak jawatan

Tak tahulah apa nak jadi dengan sesetengah anggota Polis dalam negara ni. Tanah di pusara Allahyarham Aminulrasyid masih basah lagi, tiba-tiba berlaku lagi kes serupa di Negeri Sembilan. Adakah sebahagian anggota Polis kita terpengaruh dengan cerita filem aksi Hollywood seperti Die Hard dan Lethal Weapon. Kalau dah kemaruk sangat atau gian nak menembak, letak jawatan dan pergi Palestin. Lapor diri kat sana untuk join Hamas bagi menentang penjajahan rejim Zionis. Hah... kat sana hangpa lepaskanlah gian dengan menembak tentera Zionis. Dapat pahala lagi dan kalau nasib baik, mati syahid.

Yang heran tu, baru je 2 minggu kes Aminulrasyid dibunuh Polis, lepas tu berlaku lagi kes yang serupa. Kali ni seorang remaja berusia 17 tahun cedera parah ditembak oleh seorang Konstabel Polis muda di Ampangan, Seremban.

Mangsa, Mohd Azizi Azri bin Aziz kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan dilaporkan keadaannya serius. Keluarganya merasa sedih dengan apa yang berlaku kerana mangsa telah ditembak sewaktu dalam perjalanan pulang dari membantu kawannya yang berniaga di Pasar Malam Ampangan kira-kira jam 2 pagi.

Apa jadahnya Polis kat negara kita ni. Nak tunjuk hero dengan budak sekolah walhal banyak lagi kepala penjenayah dan kumpulan kongsi gelap kat negara ni yang masih aktif dengan kegiatan jenayah mereka termasuk pelacuran, perjudian, dadah dan ah long.

Sepatutnya pasukan Polis harus fokus dan serius dalam membenteras jenayah dan membersihkan negara ini dari segala bentuk aktiviti jenayah, kongsi gelap dan sindiket haram. Bukannya dok sibuk tembak budak sekolah yang tak berdosa.

Malangnya apa yang kita lihat hari ini, Polis dok sibuk halang program ceramah Pakatan Rakyat, tangkap dan dakwa pemimpinnya, tangkap dan belasah rakyat yang berhimpun secara aman dan pelbagai lagi kerja 'keji' Polis untuk menjaga kepentingan dan kuasa 'big boss'. Lepas tu bila dah kurang kerja, datang pulak 'sawan menembak'. Tak pasal-pasal remaja sekolah jadi mangsa.

Yang kita geram tu, masih tak nak mengaku salah bila dah bunuh Aminulrasyid. Dok juga berdolak-dalih nak membela anggota Polis yang menembak mati mangsa. Lepas tu KDN menubuhkan satu Panel Khas yang diketuai oleh Timbalan Menteri. Apa jadahnya... Kalau dah Tim Menteri jadi ketuanya, kita boleh nampak ke arah mana condongnya hasil siasatan mereka ini nanti. Yang pasti mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan 'pekong dan najis' pasukan Polis di bawah Musa Hasan.

Sapa yang nak percaya dengan si Musa Hasan ni yang didedahkan terlibat melindungi 'big boss' kepada sindiket pelacuran, perjudian, dadah, ah long dan kongsi gelap.

Keluarga mangsa dan rakyat Malaysia mahukan satu Suruhanjaya Bebas DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kes Aminulrasyid. Bukannya panel khas KDN.

Selagi mana UMNO memerintah, janganlah kita impikan sebuah negara yang adil, aman, bersih, berdaya saing dan pasukan Polis yang waras.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger