Thursday, December 25, 2008

Undi UMNO / BN Menempah Neraka

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tertanya-tanya mengapa saya berikan tajuk yang agak tegas untuk artikel ini. Saya tak berhajat untuk nak mengulas panjang tentang isu politik pada kali ini. Kali ini saya nak berterus-terang saja kepada seluruh masyarakat Islam dalam negara ini yang masih berdegil dan langsung tidak takut dengan amaran Allah s.w.t.

Orang Melayu khususnya perlulah insaf dan sedar bahawa tindakan kamu yang terus-menerus mengundi UMNO/BN sejak merdeka lagi telah menjadi punca pelbagai masalah timbul dalam negara ini tanpa ada penghujungnya.

Sebut saja gejala apa yang tak berlaku dalam Malaysia hari ini. Rasuah, bunuh, murtad, perzinaan di kalangan remaja, pelacuran, perjudian, pusat hiburan dan maksiat dan pelbagai lagi kebejatan masalah sosial yang mengundang kemurkaan Allah.

Kenapa saya kata UNDI UMNO/BN MENEMPAH NERAKA ? Siapa UMNO ? UMNO ialah sebuah Parti Kebangsaan Berfahaman Sekular. Sekular pula adalah fahaman Kristian yang memisahkan agama dengan pemerintahan (politik) dan kehidupan. Ini satu bukti jelas kesesatan UMNO.

Di antara bukti pimpinan UMNO zalim dan benci kepada Islam adalah seperti

(1) Dengan sengaja tidak mahu mengambil Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Negara.

(2) Jelas menentang Hukum Hudud dengan memberi alasan bodoh kerana Malaysia masyarakat majmuk.

(3) Membunuh ulama' dalam peristiwa Memali

(4) Menyekat kebebasan ulama' amilin untuk menyampaikan ilmu. Yang diberi ruang seluas-luasnya hanya golongan ulama' cari wang dan pengampu

(5) Sengaja membiarkan gejala murtad berlaku dengan berleluasa tanpa sebarang tindakan sehingga disahkan lebih 250,000 anak orang Melayu murtad.

(6) Pengeluaran lesen judi dan arak tanpa sekatan.

(7) Terus-menerus memberikan kebenaran seluas-luasnya terhadap program hiburan yang melalaikan.

(8) Sewenang-wenang menahan rakyat tanpa bicara di bawah Akta Zalim ISA.

(9) Rasuah sudah menjadi amalan biasa.

(10) Sekolah Agama Rakyat disisihkan

(11) Pertubuhan-pertubuhan anti-Islam seperti Freemason Yahudi, Sister In Islam, IFC, Jamaah Al-Qur'an Malaysia (anti Hadis), Pertubuhan Melayu Kristian dibiarkan bergerak bebas tanpa sekatan.

Sedarlah wahai orang Melayu. Jangan terus dilenakan dengan kesenangan dan kelapangan hidup kamu. Musuh Islam dari dalam (UMNO) dan luar sudah mula menyelinap tanpa kamu sedari.

Kepada seluruh umat Islam yang masih mahu memilih dan mengundi calon-calon UMNO/BN di dalam pilihanraya, saya nasihatkan sila buka dulu Tafsir Al-Qur'an dan rujuk di dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68.

Terjemahan ayat ini "Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya seandainya kami taat kepada Allah dan taat kepada Rasul". Dan mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali ganda dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar.

Dengan jelas Allah s.w.t. menyatakan di dalam ayat ini jika kita terus menyokong dan memilih golongan pemimpin yang zalim dan sesat, maka kita akan dihumban oleh Allah ke dalam neraka bersama dengan pemimpin yang kita pilih.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pimpinan UMNO sejak dari dulu lagi memang tidak mahu dan tidak akan mengambil Al-Qur'an sebagai Undang-Undang Negara. Mereka lebih suka mengekalkan Perlembagaan Persekutuan (Lord Reid) yang didraf oleh musuh Islam. Perlu diingat bahawa salah satu syarat pihak penjajah British yang mesti diterima untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu ialah menggunakan undang-undang mereka.

Terpulanglah kepada masyarakat Islam untuk membuat penilaian semula berhubung tindakan mereka mengundi UMNO/BN sebelum ini. Adalah menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk tunduk patuh dan taat kepada Allah dan taat kepada Rasul.

Tiada jalan lain untuk selamat di Akhirat kelak melainkan kita bertaubat dan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah. Sekali lagi saya menyeru tolong tinggalkan UMNO sebelum nyawa kita diambil. Sudah pelbagai bukti nyata yang Allah tunjukkan di hadapan mata kita tentang kebobrokan dan kesesatan UMNO.

Tanggungjawab saya hanya menyampaikan.

Jazakallah.

Kota Kinabalu.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger