Thursday, December 18, 2008

Rasuah Amalan Wajib Dalam UMNO

Penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hanyalah merupakan 'gimik dan lakonan' bagi menunjukkan kepada rakyat betapa kerajaan UMNO/BN di bawah kepimpinan Pak Lah memang begitu serius dalam menangani gejala rasuah yang melanda negara.
Memang ada dibuat tangkapan dan dakwaan rasuah ini tetapi hanya melibatkan para perasuah kecil-keciilan saja. Para perasuah besar-besaran yang terdiri daripada para pimpinan tinggi UMNO terus bebas lepas meneruskan agenda 'merompak' harta rakyat dan negara.

Mengikut Indek CPI 2007, Malaysia berada di tangga ke 43 (5.1) sebagai negara perasuah manakala Singapura berada di tangga ke 4 (9.3) sebagai negara hampir tiada rasuah.

Siapa PM Singapura dan siapa pula PM Malaysia. Semua tahu bahawa PM Singapura adalah berbangsa Cina dan non-muslim. PM Malaysia pula seorang Melayu dan muslim. Kenapa sebuah negara yang diperintah oleh seorang yang bukan Islam mempunyai kedudukan yang baik sebagai negara yang hampir bersih rasuah. Malangnya Malaysia yang diperintah oleh seorang yang mengaku Islam dari sebuah parti Melayu yang bernama UMNO menjadi sebuah negara yang kuat rasuah.

Mengapa senario mengaibkan ini berlaku dalam negara kita ? Sebenarnya jawapan kepada permasalahan ini mudah saja. Kita perlu sedar bahawa di dalam Al-Qur'an ada dinyatakan bahawa orang Islam terdiri dari beberapa golongan. Golongan yang dimaksudkan di sini ialah yang beriman, munafiq, fasik atau zalim.

Hakikat sebenarnya bahawa Malaysia hari ini sedang diperintah oleh golongan MUNAFIQ. Sebab itulah negara kita sejak zaman pemerintahan Mahathir lagi sudah dilanda gejala rasuah yang keji ini. Dah berpuluh tahun masalah rasuah ini menular tanpa ada surutnya. Dan kita perlu ingat bahawa puak munafiq adalah lebih jahat daripada gologan kafir. Jadi, tidak hairanlah mengapa Malaysia lebih buruk indek CPI berbanding Singapura.

Selagi UMNO/BN memerintah negara, maka selagi itulah gejala rasuah terus bermaharajalela. Jangan kita mimpikan negara ini akan bersih rasuah selagi puak-puak munafiq ini memerintah. Kita perlu ingat bahawa UMNO akan berkubur tanpa rasuah. Rasuah adalah salah satu rukun dalam UMNO. Dari pimpinan peringkat tertinggi sehinggalah peringkat cawangan, semuanya dah biasa dengan istilah 'percent'. Setiap projek mega sehinggalah yang kecil-kecilan, semuanya ada 'percent' untuk para pimpinan UMNO di semua peringkat.

Perlu kita ketahui bahawa nilai harga setiap projek kerajaan telah siap sedia dinaikkan harganya. Sebagai contoh, jika nilai sebenar harga sesuatu projek itu RM 35 juta, maka harga akan dinaikkan kepada RM 50 juta. Nilai tambahan itu adalah untuk diagih-agihkan kepada parti-parti komponen Barisan Nasional seperti UMNO, MCA, MIC dan GERAKAN. Inilah cara mereka menjana 'duit haram' untuk parti mereka.

Kita juga pernah didedahkan bagaimana setiap seorang pimpinan tertinggi UMNO yang terlibat dengan pertandingan merebut jawatan di peringkat pusat yang sanggup menabur duit puluhan juta malahan sehingga ratusan juta untuk diberikan kepada setiap perwakilan yang mengundi. Sebab itulah setiap perwakilan mendapat 'durian runtuh' sekembalinya dari perhimpunan agong.

Inilah budaya dan amalan UMNO. Duit adalah segalanya bagi setiap pimpinan UMNO. Siapa yang banyak duit, maka dialah akan cepat naik ke atas. Dalam UMNO, tiada tempat untuk golongan manusia yang beriman. Hanya golongan manusia yang fasik, munafiq dan kafir saja yang layak untuk memohon dan menjadi ahli UMNO.

Apa yang dibimbangkan oleh YB Hj Mahfuz Omar bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menjadi pelindung para perasuah 'besar' pasti akan berlaku. Akhirnya akan bertukar kepada Suruhanjaya Pelindung Rasuah Malaysia.

Kepada seluruh orang Melayu yang masih ada sekelumit iman di dalam hati dan masih mengharapkan kehidupan yang selamat di Akhirat kelak, saya menyeru agar segera tinggalkan UMNO sebelum terlambat. Perlu diingat bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri mendedahkan bahawa UMNO adalah sebuah Parti Kebangsaan Berfahaman Sekular. Sekular adalah satu fahaman Kristian yang menyesatkan. Fahaman yang memisahkan agama dengan politik.

Kesimpulannya, adalah tidak keterlaluan bahawa UMNO memang sebuah parti yang berfahaman sesat dari sudut pandangan Islam.

Sebagai seorang muslim, adalah WAJIB hukumnya kita meninggalkan UMNO. Marilah sama-sama kita menyertai PAS sebuah jamaah yang terbukti keikhlasannya untuk melaksanakan Pemerintahan Islam yang syumul.



No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger