Thursday, October 6, 2011

Isu Hudud : Haiyaa... MCA kena tempelak maaa

Hati qalbu manusia itu berada di dalam genggaman Allah. Hanya Allah Yang Maha Menguasai hati setiap manusia ciptaan-Nya. Justeru, dalam isu Hudud yang sedang hangat diperkatakan mutakhir ini, kita sendiri lihat pro dan kontranya. Dan penulis juga tidak hairan bila UMNO sejak dulu, kini dan selamanya menjadi penentang No.1 perlaksanaan Hudud dalam negara, khususnya di Kelantan. Sebab UMNO memang parti sesat berfahaman sekular. Munafiq. Parti yang lahir dari perancangan penjajah Inggeris bagi meneruskan kesinambungan agenda jahat musuh Islam itu.

Baru-baru ini Najib sekali lagi membuat kenyataan menentang perlaksanaan Hudud. Kita boleh faham akan percaturan UMNO dalam isu ini. Puak munafiq UMNO kira isu Hudud ni boleh memulihkan sokongan pengundi bukan Islam terhadapnya dan BN. Sebab UMNO cukup sedar tanpa sokongan padu pengundi Cina, BN akan menghadapi masalah besar dalam PRU13.

Sebagaimana penulis sebut di awal tadi, hati anak Adam berada dalam genggaman Allah. Tanpa diduga UMNO, hari ini sekutu rapatnya MCA ditempelak oleh masyarakat Cina di internet dalam isu Hudud.

"Berambuslah MCA!" Warga internet Cina tampil bela PAS

Memang sesuatu yang dijangka apabila MCA menggunakan "Hukum Hudud" untuk menyerang Pakatan Rakyat, ketika isu ini kembali semula ke persada politik menjelang PRU ke-13. Namun, ia mungkin sesuatu di luar jangkaan apabila serangan MCA kali ini mengundang reaksi sebaliknya di ruang internet, menyaksikan bagaimana parti Cina ini dibidas sehabis-habisnya oleh warga internet.

Artikel berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!" ditulis oleh seorang penulis dengan nama samaran "yue" (maksud: bulan), disiarkan oleh seorang rakannya melalui laman sosial Facebook pada jam 2 petang, 4 Oktober 2011. Tulisan ini telah dikongsi oleh kira-kira 1,500 rakan Facebook, dalam masa 48 jam.

Meskipun diselit dengan kata-kata kesat yang mencaci MCA, namun tulisan ini sempat mengulas alasannya memperlekehkan MCA dan mengapa PAS dibela. MCA dibidas kerana tunduk dan bersekongkol dengan UMNO; sementera PAS disanjung kerana beberapa langkah yang memperlihatkan "keterbukaannya" terhadap golongan bukan muslim.

Bagaimanapun, penulis tidak menunjukkan pendirian untuk menyokong pelaksanaan Hukum Hudud, hanya menyebut ia sebagai matlamat tertinggi PAS, dan realiti politik hanya membenarkan pelaksanaan dasar bersama dalam "Buku Jingga", seandainya Pakatan Rakyat memerintah. Malah, menurut penulis, seandainya masyarakat Cina tidak suka jika Hukum Hudud dilaksanakan, maka tukarlah semula kepada Barisan Nasional dalam PRU ke-14 kelak.

Berikut adalah terjemahan dan suntingan tulisan berjudul "Orang Cina Malaysia wajib baca! MCA, Saya nak undi PAS!"

Saya, sebagai warga Malaysia kaum Cina, tiada Roket mahupun Keadilan bertanding di kawasan pengundian saya, hanya pertembungan terus antara UMNO dengan PAS. Sekarang, secara rasminya saya mengumumkan di sini, bahawa pada PRU yang akan datang, saya akan mengundi PAS!

Melihat kepada pemimpin MCA yang haprak berucap menyerang Hukum Hudud Islam dalam perhimpunan agung tahunannya, kononnya mempertahankan kepelbagaian budaya Malaysia, saya teringin nak berkata, MCA, pergi mampuslah!

XXX, saya sebagai orang Cina di Malaysia, sekarang saya ingin berkata kepada MCA, pada pilihan raya umum yang akan datang, saya pasti akan mengundi PAS! Malas saya nak layan kau!

Jangan kata kepada saya penubuhan Negara Islam, akan dipotong tangan dan dipotong kaki, XXX, Malaysia di bawah perintah kau dan UMNO - Teoh Beng Hock pun boleh jatuh dari bangunan! Polis boleh tembak sewenang-wenangnya! Tak kurang tahanan yang mati dalam lokap! Belum sempat kami dipotong tangan dan kaki oleh PAS, mungkin dah mati kena aniaya unit penguatkuasa!

XXX, MCA, parti yang haprak, saban hari memfitnah PAS dalam akhbar. Tahukah kau, PAS memperuntukkan tanah untuk 'menyara' sekolah menengah Cina di Kelantan; di Perak, benda yang sama berlaku ketika pemimpin PAS menjadi Menteri Besar. XXX... Dah berapa tahun kau MCA menjadi kerajaan, tapi gagal menginstitusikan peruntukan kepada sekolah Cina, dan sekarang kau suruh kami jangan mengundi PAS, gila!

XXX, satu parti yang besar, dalam perhimpunan agungnya, boleh menggunakan sepenuh masa untuk mengecam idealisme Islam, pada masa yang sama akur secara senyap kepada perkauman sempit UMNO, parti apa yang haprak sebegini? Memang parti haprak yang tidak boleh diselamatkan!

Apabila UMNO menyerang, bahawa Cina adalah "pendatang", suruh kami balik ke Tiongsan, PAS yang tampil mempertahankan kita!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim menggunakan kalimah Allah, PAS yang tampil mempertahankan hak bukan muslim!

Apabila UMNO melarang bukan-muslim ke dalam masjid/surau, PAS yang tampil membantah UMNO!

Apabila PERKASA yang pro-UMNO menyerang bahawa Pakatan Rakyat mengkhianati Melayu, PAS yang tampil menyanggah mereka!

XXX, apa yang kau MCA lakukan? Hanya mampu berkata UMNO tak harus begini, tak patut begitu, kalau betul kau hebat, takkan Cina masih menjadi rakyat kelas kedua? Kalau betul ada tulang belakang, keluarlah kau dari Barisan Nasional-lah, bodoh!

Semakin meluap-luap kemarahan saya... Sekian lama kau MCA makan duit, satu projek PKFZ kau telan RM12.5 bilion, satu Facebook RM1.8 juta, dan wang kopi yang sikit-sikit tu? Kau yang telan wang rakyat! PAS? Pernahkah kau dengar PAS terima rasuah? PAS terkenal dengan bersih dan amanah, 20 tahun memerintah di Kelantan, tiada satu kes rasuah, Menteri Besar duduk dalam rumah kampung, makan nasi lemak! Kau orang senang saja kata kalau menang makan udang galah, masih nak kami undi kau?

MCA, berambuslah kau! Apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan ISA kerana terdesak dengan tekanan rakyat, kau bagaikan anjing, segera bersetuju! XXX, untuk sekian lama kau menyokong akta yang mencabul hak asasi manusia, kini sikap kau berubah dalam sekelip mata? Kau ingat rakyat ni bodoh? Untuk sekian lama, PAS memimpin rakyat untuk berjuang, sama ada perhimpunan anti ISA, BERSIH 1.0 mahupun BERSIH 2.0, PAS berada di baris paling depan untuk menentang kezaliman - menahan gas pemedih mata, menghalang meriam air berkimia!

Ketika 9 Julai, UMNO mengecam kami kerana berarak di jalan raya. Pada saat yang paling genting, Unit Amal PAS membuka jalan, kemudian berkata, 'Bagi Cina semua keluar dulu, kita lindung mereka!' XXX, mana kau MCA? Di mana kau sorok ketika itu? Sekarang kau panggil kami jangan undi PAS, mampuslah kau!

XXX, dah sekian tahun menjadi kerajaan, Presiden video lucah itu masih berada di atas pentas untuk menggesa agar kerajaan begini, supaya kerajaan begitu... Pernahkah kau anggap diri kau sebagai kerajaan? Kalau kau sendiri tak mampu, tak larat, tukarlah orang! Bodoh!

Apa yang paling hebat, Liow Tiong Lai, mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Ketika hukum Islam diluluskan di DUN Kelantan dan Terengganu, ADUN UMNO menyokong dengan mengangkat kedua-dua tangan mereka. Satu undi pun tidak pernah diluluskan DAP. Mengapa tidak kau memimpin MCA untuk keluar dari Barisan Nasional?

PAS ingin melaksanakan Hukum Hudud, ini matlamat tertinggi parti mereka. Ia bagaikan Parti Demokratik Progresif di Taiwan yang menuntut kemerdekaan, sudah pasti ia tak jadi, kerana tidak dibenarkan realiti politik. Apatah lagi PAS bersekutu dengan dua parti komponen Pakatan Rakyat, semestinya memerintah berdasarkan Buku Jingga apabila berkuasa - bukan matlamat tertinggi PAS mahupun DAP. Mungkin ada yang akan tanya, bagaimana pula di Kelantan?

Saya teringin nak tanya mereka, jikapun terlaksana di Kelantan, apa susahnya? Kau bukannya muslim, apa kena-mengena dengan kau? Lebih-lebih lagi, kau tunggulah sehingga Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga untuk meminda perlembagaan. Buat masa sekarang, kerajaan pun belum tukar. Kini bertimbun-timbun pengundi hantu, Pakatan Rakyat nak pertahan satu pertiga kerusi pun payah!

Ramai lagi Cina bertanya, matilah kalau Pakatan Rakyat memperolehi majoriti dua pertiga. Saya kata XXX, kepala otak kau, kalau Pakatan Rakyat memperolehi dua pertiga, sudah pasti DAP ada 50 kerusi dalamnya. Kalau DAP tidak mengundi untuk sokong, maka tak jadilah pindaan tu.

Kemudian lebih ramai Cina tanya, kalau DAP menjadi pengecut, menyokong pelaksanaan Hukum Hudud? Kalau kau tak suka, tukar balik Barisan Nasional-lah! Takkan tiada lagi pilihan raya selepas pertukaran kerajaan pada PRU akan datang? Kan pilihan raya memberi peluang kepada kita untuk tukar kerajaan apabila kita tidak setuju dengan dasar kerajaan yang sedia ada?

Sesetengah Cina bodoh betul, saya terus terang di sini. Seandainya pada PRU akan datang, kami menyokong satu kerajaan yang sudah lama korup dan mencabul hak asasi manusia, hanya kerana takut kepada Hukum Hudud yang langsung tak pernah wujud, maka saya perlu kata, benar orang Cina ni hina. Nasib orang Cina dan rakyat akan tergadai pada tangan sendiri!

Sedarlah orang Cina, jangan lagi ditipu MCA! Hanya apabila kami mengundi Roket, Keadilan dan Bulan, bersatu menukar kerajaan yang haprak ini, barulah nasib orang Cina di tanahair ini dapat diperbaiki. Seandainya kamu mencintai bangsa kau, seandainya kamu mencintai rakyat kau, seandainya kau mencintai negara kau, berkongsilah tulisan ini dengan setiap orang kawanmu. PRU yang akan datang, kami bernyanyi bersama "Bulan lambang hatiku" (lagu Cina terkenal)!

*XXX di atas adalah kata kesat. - Merdeka Review

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger