Saturday, October 29, 2011

Aziz Bari terima peluru

Pakar perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari hari ni menerima sepucuk sampul surat berisi peluru. Dipercayai peluru itu sebagai tanda amaran ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Sebelum ni pun Aziz Bari pernah menerima ancaman bertulis ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

Andai katalah kita ni sebagai anggota CSI, tentunya siasatan kita akan menjurus kepada
jenis peluru yang dihantar kepada Aziz Bari sebab Malaysia antara negara yang begitu ketat undang-undang senjata apinya. Kalau jenis peluru yang oleh senjata yang tiada dalam rekod KDN sendiri, bermakna ianya diseludup masuk oleh pihak-pihak tertentu khususnya geng kongsi gelap atau pihak berkuasa sendiri bagi tugas-tugas rahsia.

Kita tunggu saja siasatan pihak Polis 'UMNO' Malaysia selepas Aziz Bari membuat laporan esok.

Sebelum ni Menteri 'Pondan' KDN juga pernah menerima ugutan peluru. Dia ingat rakyat bodoh dan bulat-bulat akan percaya dengan dakwaannya. Minta maaflah... Rakyat tak pernah lupa bagaimana Polis boleh mereka-reka bukti palsu untuk memfitnah DSAI dulu. Sapa yang nak percaya lagi dengan Polis la ni. Kalau sebut pasal rasuah, dari A sampai Z makan hasil haramjadah tu.

Dah terlampau banyak kes 'bunuh misteri' yang melibatkan anggota Polis. Baru-baru ni di Keningau Sabah, seorang Inspektor Polis direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam seorang gadis yang dipercayai kekasih 'part time lover'.

Berbalik isu peluru yang diterima Aziz Bari hari ni, pembaca boleh buat penilaian sendiri secara adil dan waras. Kita tak menuduh mana-mana pihak tapi banyak kejadian sebelum ni ada kaitan dengan kepentingan politik pihak tertentu.
Peluru dipos ke rumah Aziz Bari

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

"(Dihantar dengan) pos biasa saja.

"Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai," katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

Ketika dihubungi Malaysiakini awal petang ini, Aziz berkata, peluru itu dihantar oleh posmen dalam sampul surat biasa warna coklat ke peti surat rumahnya pada jam 11.45 pagi tadi.

Oleh kerana dalam keadaan tergesa-gesa, laporan polis akan dibuat akan dibuat selepas ini, selewat-lewatnya esok, kata Aziz.

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata "tidak" kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

"Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata 'natang'. Itu jauh sekali.

"Saya cuma bercakap tentang exercise of power," kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis "kami nak Idris, natang".

"Natang", dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya. - malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger