Sunday, October 30, 2011

300 tinggalkan UMNIO

Sebelum ni kita kerap terbaca tajuk berita dalam media dan akhbar perdana yang mendakwa beratus-ratus ahli PAS masuk UMNO tapi bila pihak PAS mendesak parti Melayu cokia tu membuktikan dakwaannya, senyap pulak. Hari ni harakahdaily pula mendedahkan seramai 300 ahli UMNO meninggalkan parti. Apa yang bezanya di sini, pihak harakah amat bertanggungjawab pada setiap berita yang dikeluarkan berserta bukti jika diminta.

TANAH MERAH, 30 Okt: Dalam tempoh seminggu lebih 300 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu di bahagian Tanah Merah.

Ini secara tidak langsung memberi cabaran kepada ketua bahagian, Datuk Ikmal Hisyam Aziz yang sebelum ini mengimpikan laluan mudah di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Bagaimanapun kemenangannya pada pertandingan merebut jawatan ketua bahagian dua tahun lalu dipertikai ahli Umno atas dakwaan cawangannya dianggap tidak sah.

Bekas Setiausaha Umno Tanah Merah, Amran Abdul Rahman sebelum ini membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun ekoran tindakan itu Amran dilucut keahlian Umno pada 1 Mac 2010.

Ikmal Hisyam bukan sahaja terpaksa berdepan dengan Amran, malah bekas anggota parlimen Tanah Merah, Datuk Shaari Hassan kini dikatakan berganding bahu dengan abangnya, Datuk Ismail, seorang tokoh korporat menggugatkan kedudukannya.

Kemelut yang tidak sudah berpenghujung dalam Umno di Tanah Merah menyebabkan sebahagian ahli dan penyokong Umno di peringkat akar umbi semakin bosan.

Maka sebahagian daripada mereka mengambil jalan pintas keluar daripada parti itu dan menyertai PAS beramai-ramai. Pada 21 Oktober lalu seramai 160 ahli dan penyokong Umno dari lima kampung di Dun Gual Ipoh keluar daripada parti itu.

Mereka diketuai Rustam Musfafa daripada Cawangan Umno Bukit Kelidang mewakili rakan-rakan menyerah borang menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan selang tiga hari kemudian seramai 155 lagi bekas ahli Umno di Kampung Bechah Peleting di Dun Bukit Panau diketuai Mohd Saidi Abdul Rahman, 39 mengisytihar secara terbuka menyertai PAS.

Mohd Saidi bekas anggota tentera yang kini berniaga berkata, banyak peristiwa yang berlaku ke atas dirinya membawa beliau mengambil keputusan meninggalkan Umno.

“Kalau sebelum ini kita pernah mendengar di Tanah Merah ada tukang kebun sekolah yang boleh mendesak guru sekolah ditukar kerana kedudukannya dalam Umno di peringkat bahagian.

“Semua perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku kerana Umno mahu mempamerkan kuasa politik mereka. Inilah membuat saya semakin muak dengan Umno,” katanya ketika ditemui selepas menyerah borang menyertai PAS kepada Menteri Besar.

Hadir sama di program ceramah tersebut Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Yang Dipertua PAS Tanah Merah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood.

Beliau juga mendedahkan ketika berkhidmat sebagai anggota tentera pernah diarah pegawai atasan memangkah kertas undi milik anggota tentera lain.

Menurutnya beliau melakukan perkara itu tanpa kerelaan hatinya biar pun tahu menyalahi peraturan SPR.

Bechah Peleting sebelum ini merupakan kubu kuat Umno dan sukar ditembusi PAS. (Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). - harakahdaily

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger