Tuesday, October 25, 2011

Apa makna penarikan balik penggantungan Aziz Bari?

Pepatah ada menyebut "Jika sebatang lidi tak mampu menyingkirkan sampah yang banyak, namun bila beratus batang lidi diikat menjadi sebatang penyapu, nescaya sampah yang menimbun akan surrender". Dan inilah yang berlaku dalam isu penggantungan pakar perlembagaan negara, Prof Dr Aziz Bari minggu lalu. Belum sampai 10 hari, pihak UIAM terpaksa menarik balik keputusan untuk menggantung beliau. Soalnya apakah pihak pentadbiran UIAM telah sedar kebodohan tindakannya atau terpaksa bertindak sedemikain atas arahan UMNO?

Semalam, pihak UIAM telah menghantar surat kepada Aziz Bari agar memulakan tugasnya semula pada pagi ini.

Mengimbas kembali dari hari pertama beliau digantung, ramai di kalangan cendiakawan tempatan menyelar tindakan UIAM itu. Malah dilaporkan kira-kira 1,000 orang penuntut IPTA telah mengadakan demo membantah keras tindakan yang dikenakan terhadap Aziz Bari pada Juma'at lalu.

Jika dulu, seorang pensyarah UM dan juga pakar ekonomi yang diiktiraf antarabangsa, Prof Dr Jomo dilihat begitu lantang mengkritik dasar kerajaan UMNO BN dalam mengurus-tadbir ekonomi negara sejak berlaku krisis 97/98. Setelah beliau pergi ke PBB, rupanya ada seorang lagi ahli akademik yang berani seperti beliau.

Bagi penulis, penarikan balik penggantungan tugasnya di UIAM merupakan satu kemenangan kepada rakyat, khususnya penuntut universiti itu sendiri.

Jelas di sini bila rakyat semakin bijak, bersatu hati dan berani mempertahankan hak mereka, nescaya rejim UMNO BN semakin tersepit macam cacing kepanasan.

UMNO sedar jika penggantungan Aziz Bari dikekalkan, nescaya akan menimbulkan rasa tidak puashati di kalangan ahli akademik yang lain, juga para penuntut universiti. Ini tentunya membimbangkan UMNO dalam suasana bahang PRU13 semakin hampir. Bukan itu saja malahan di kalangan rakyat yang cerdik, tindakan jakun UIAM atas arahan UMNO itu akan menambahkan lagi rasa benci dan meluat terhadap parti Melayu hapraq yang semakin reput itu.

Dahlah dalam isu Mat Indera, UMNO sendiri macam tersampuk syaitan bila Timbalan Presiden PAS berjaya mencetuskan satu gelombang intelektual hingga rakyat kembali minat untuk mengkaji semula sejarah kemerdekaan Tanah Melayu bagi mengenal-pasti siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan tulen.

Nampaknya UMNO jadi serba tak kena. Semua isu yang cuba diputarbelitkan, akhirnya makan diri sendiri.

Memang tak dinafikan UMNO semaikin tenat. Ibarat penghidap kanser tahap 5. Cuma penulis sedih bila mengenangkan sikap majoriti Melayu yang masih bebal tak menentu dan masih percaya dengan segala pembohongan UMNO selama ini. Walau dah bermacam jenis pengkhianatan yang dilakukan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara, namun amat malang sekali bila masih ramai Melayu yang berfikir dengan kepala lutut mereka.

Wallahu'alam

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger