Friday, October 28, 2011

Antara UMNO, Munafiq dan Musyrik

Kalau nak diambil kira segala macam jenayah termasuk penyelewengan dan rasuah oleh UMNO yang pernah didedahkan selama ini, Peristiwa Berdarah Memali yang meragut nyawa Ustaz Ibrahim Libya dan 13 rakannya, gejala murtad yang melanda umat Islam telah mencecah angka ratusan ribu, kebejatan gejala sosial dan rosaknya akhlak remaja dan muda-mudi hari ini, kos sara hidup yang terus meningkat naik, jenayah berlaku di sana-sini dan terkini hutang negara telah mencapai jumlah RM437,200,000,000, logiknya ia dah cukup untuk menginsafkan semua pihak betapa negara ini berada di ambang 'maut' angkara kerakusan pemimpin UMNO sepanjang pemerintahan mereka lebih 52 tahun.

Penulis sengaja sebut UMNO saja, tak sebut BN sebab parti MUNAFIQ itulah jadi kepala pada segala macam jenayah BN selama ini. Manakala MCA, MIC dan komponen yang lain hanya ikut saja rentak ketua mereka. Kalau baik kepalanya, maka eloklah anggota badannya dan begitulah sebaliknya.

Dari jenayah rasuah hinggalah ke peringkat membunuh. Semua orang tahu siapa yang bertanggungjawab di sebalik pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 lainnya dalam Peristiwa Memali. Rakyat juga tahu siapa di sebalik pembunuhan kejam Altantuya. Dan banyak lagi kes bunuh yang melibatkan VVIP UMNO yang disorok oleh Polis.

Juga kes kematian misteri Teoh Beng Hock dan pegawai kastam Sarbani di pejabat SPRM. Dan dalam Himpunan Bersih 2.0, seorang pesara tentera menemui ajal akibat tindakan biadap Polis yang menjadi 'anjing' UMNO.

Nak sembang pasal bela Islam? UMNO sebenarnya musuh Islam No.1. Kalau benar UMNO bela Islam, nescaya tak akan berlaku gejala murtad seperti sekarang. Penulis pernah sentuh sebelum ni bahawa UMNO memang parti MUNAFIQ. Yang lucunya, puak-puak UMNO bebal ni tak marah kalau dipanggil MUNAFIQ. Tapi kalau sebut KAFIR, bukan main melenting lagi mereka. Walhal mereka tak sedar golongan munafiq tu lebih teruk daripada kafir.

Pada orang Islam yang masih setia bersama UMNO, penulis tak tahulah samada mereka faham atau bebal dalam soal yang merosakkan 'AQIDAH. Ini bukan soal main-main. Kalau mati dalam keadaan 'Aqidah rosak, jawabnya ke mana lagi, kalau tak ke Neraka dan kekal di dalamnya. Atau mungkin para ahli dan penyokong UMNO memang dah training untuk menahan siksaan Neraka Allah demi setianya pada pemimpin mereka. Atau baru nak menyesal bila dah dihumban ke dalam Neraka sebagaimana yang Allah tegaskan dalam Surah Al Ahzab (33), ayat 66 - 68;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Penulis ingin tegaskan sekali lagi bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan Melayu yang berfahaman SEKULAR. Hal ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman. Dan apa itu SEKULAR? Fahaman sesat yang memisahkan agama daripada politik (pemerintahan).

Berikut penulis nukilkan beberapa fatwa Ulama' muktabar berhubung perkara yang boleh merosakkan 'Aqidah dalam soal politik dan kepimpinan.

1. Fatwa Almarhum Syeikh Mustafa Sabri. Beliau pernah menjadi mufti di zaman pemerintahan Islam Khilafah Uthmaniyyah Turki. Fatwanya berbunyi;

"Jalan pintas menjadi kafir ialah memisahkan agama dengan politik".

2. Fatwa Assyahid Syed Qutb dalam menyentuh soal perlaksanaan Al Hakimiyyah Allah (Undang-Undang Islam) dalam sesebuah negara. Fatwa beliau berbunyi;

"Sesiapa saja di kalangan umat Islam yang mendokong mana-mana pihak yang enggan melaksanakan perlaksanaan Undang-Undang Allah, maka mereka termasuk dalam golongan MUSYRIK".

3. Fatwa Almarhum Prof Dr Hamka dalam menafsirkan Surah Al An'am (6), ayat 159. Fatwanya berbunyi;

"Barangsiapa ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat".

Penulis kira 3 fatwa Ulama' tersohor itu sudah memadai untuk dijadikan renungan oleh golongan yang mengaku dirinya Islam tapi masih menyokong UMNO. Beringatlah sebelum terlambat sebab ajal boleh datang bila-bila masa saja.

Dan antara percakapan yang boleh menggelincirkan 'Aqidah tanpa sedar, antaranya;

"Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang..."

"Kalau laksana Hudud, habislah batu-batu untuk buat jalan..."

"Kalau laksana hukum potong tangan, habislah orang Islam semuanya kudung tangan dan tak boleh cari kerja untuk menyara hidup..."

*Hudud tak sesuai dilaksanakan kerana masyarakat pelbagai kaum dan agama...."

Penulis sekadar menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Mana yang penulis tahu, maka ianya wajib untuk disampaikan.

Akhir sekali, penulis menyeru pada seluruh umat Islam agar segera meninggalkan UMNO demi menyelamatkan 'Aqidah.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger