Sunday, May 15, 2011

Waduhhh... ada saham judi tapi declare perang salib

Kalau dengar cabaran yang dibuat orang ni tanpa melihat mukanya, nescaya kita percaya dialah pejuang Islam. Apa taknya, cabarannya berbunyi “Kalau nak perang salib boleh. Kalau kata keamanan yang kita ada tak memadai dan kemahuan tak mencukupi, kita akan sambut. Jangan ingat orang Melayu Islam diam kerana takut. Sebelum pengikut tewas di medan peperangan, ketua dulu akan mati di hadapan bergelimpangan dengan darah.”

Malangnya, orang yang membuat cabaran itu tidak lebih daripada seorang munafiq yang memiliki saham judi (sebagaimana didedahkan oleh Saifuddin Nasution). Beliau juga terkenal sebagai seorang Raja Katak. Melompat sana-sini demi mencari kepentingan politik peribadi.

Kalau inilah orang yang buat cabaran itu, nescaya pihak gereja akan mentertawakan saja cabaran tersebut. Sebabnya mereka sedar siapa Ibrahim Ali dan Perkasa.

Sayugia difahami bahawa pihak gereja sedar mereka tidak perlu mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sebab maksud agama rasmi itu sekadar bacaan doa' di dalam acara-acara rasmi kerajaan saja. Tidak lebih dari itu.

Apa bodohnya pihak gereja mahu sentuh isu agama rasmi sedangkan pada hakikatnya mereka sudah menguasai negara ini di sudut pemerintahan melalui sistem sekular ajaran mereka.

Kita lihat saja betapa bebasnya gerakan Kristianisasi dalam negara tanpa halangan hingga berjaya memurtadkan ratusan ribu anak orang Islam secara terbuka. Lihat saja dalam kes murtad Nor Aisyah Hj Bokhari. Secara terang-terangan pihak gereja menggunakan artikel 11 dalam Perlembagaan yang menyebut "Setiap warganegara yang berumur 18 tahun dan ke atas bebas menganut agama pilihan mereka."

Hasil daripada draf perlembagaan yang dibuat oleh penjajah Kristian dan dipersetujui oleh pemimpin UMNO sekular, akhirnya memerangkap orang Islam sendiri. Akibatnya, tiada jaminan keselamatan terhadap 'Aqidah umat Islam. Bila berlaku kes murtad, tiada harapan untuk selamatkan Aqidah mereka sebab perlembagaan itu sendiri merupakan perangkap murtad secara senyap (The Silence Trap).

Pada IBrahim Ali dan Perkasa, usahlah perbodohkan rakyat. Rakyat semakin sedar siapa kamu sebenarnya. Bolehlah tunjuk berani sebab UMNO di belakang bersama Polis. Selama ini UMNO yang tunduk pada Zionis dan Nasrani, kamu tak berani tegur. Segala penyelewengan dan rasuah pimpinan UMNO kamu diamkan saja. Tak berani lak nak tegur.

Percayalah, memang inilah perangai golongan munafiq. Berpura-pura di khalayak umum kononnya nak bela agama walhal dalam waktu yang sama mereka jugalah yang mendokong sistem dan fahaman sekular Kristian.

Just imagine, orang yang ada saham judi tapi cuba tonjolkan diri sebagai pembela agama. Serupalah juga dengan Presiden UMNO, Najib. Sendiri mengaku ada hubungan seks dengan Altantuya, lepas tu nak bercakap soal moral. Kemudian berbohong kepada rakyat tidak pernah kenal Altantuya.

Adalah menjadi kewajipan (fardhu 'Ain) bagi seluruh umat Islam tanahair untuk menumbangkan UMNO BN dalam PRU13 kelak demi menyelamatkan negara ini daripada terus musnah sama-sekali.

Sementara usia masih ada, marilah bersama lakukan hijrah meninggalkan toghut UMNO dan menuju kepada kebenaran cahaya Islam.

Salam4all.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger