Sunday, May 22, 2011

Hantu dalam kereta penulis

Kira-kira jam 12 tengah malam, penulis keluar untuk mengisi minyak kereta di stesen Shell berdekatan. Lepas isi minyak, penulis menuju ke Taman Putera Jaya untuk membuang sampah. Tiba-tiba bunyi 'buk' seperti benda jatuh dalam kereta. Terkejut juga dibuatnya.

Rupa-rupanya seekor anak burung hantu termasuk dalam kereta penulis. Bersamanya seekor anak tikus yang baru ditangkapnya untuk hidangan malam.

Penulis terus naikkan cermin kereta agar dia tidak terbang keluar. Sampai di rumah, penulis cuba tangkap dengan tangan tapi dia nak gigit. Penulis guna kupiah dan serkup dia. Kemudian baru gunakan tangan.

Berdarah juga jari penulis akibat cengkaman kukunya yang sangat tajam. Agak sukar untuk melepaskan cengkamannya. Terpaksa gunakan tangan satu lagi untuk lepaskan kukunya yang dah terbenam ke dalam jari penulis.

Penulis kurung dia dalam bekas simpanan plastik. Esok selepas anak yang bongsu tengok, barulah lepaskan semula.

Tak sangka 'hantu' kecil menjadi tetamu yang tidak diundang malam ni.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger