Tuesday, May 17, 2011

Kesabaran rakyat ada hadnya

Semalam, seluruh rakyat dah tahu bagaimana Hakim 'upahan Najib' berhujah dalam kes Liwat II. Pola hujahnya seirama dengan hakim gula-gula Hacks yang dah kojol, Augustine Paul. Jelas sekali skrip 1998 diulang kembali semalam.

Anwar telah diarahkan membela diri setelah Hakim mendapati pihak pendakwa berjaya mengemukakan kes prima-facie.

Jika Anwar gagal dalam pembelaannya, bermakna dia akan kembali ke Sungai Buloh untuk satu tempoh yang lama. Namun kita semua tak tahu apakah pula keputusan Allah SWT sebelum hari pembelaan tersebut.

Kita nak bagi ingat pada Najib dan seluruh pimpinan UMNO bahawa kesabaran rakyat ada hadnya. Mungkin selama ini UMNO kira rakyat boleh terus ditakutkan dengan Polis dan pelbagai akta.

Namun sayugia diingat bila Allah SWT mencabut rasa takut itu dari jiwa rakyat yang inginkan perubahan, nescaya 'Revolusi Mesir' akan berlaku dalam negara. Tunggu dan lihat sajalah.

Selain fitnah jahat dan kezaliman terhadap Anwar dan keluarganya, rakyat juga terus dizalimi, ditindas dan diseksa dengan bebanan kenaikan harga minyak dan barangan dari masa ke semasa.

Bagi penulis, apa yang berlaku mutakhir ini merupakan isyarat jelas bahawa UMNO telah benar-benar menjadi sebuah parti dajjal yang melampaui batas.

Semuga Allah SWT terus mengurniakan ketabahan dan meningkatkan darjat iman dan taqwa Anwar, Kak Wan serta anak-anaknya.

Amin...

1 comment:

ginggolook said...

gingolok
biarlah bagi aku nuar tak penting... kalau dia buat dia tanggunglah akibatnya. lagipun dia ada banyak peguam yang handal2. tak payahlah kata yang nuar tak salah. janganlah nak jadikan nuar yang masih dalam perbicaraan mentuh bontot saifol sebagai bahan politik... kalau nak lawan umno bawaklah isu2 yang bernas yang boleh menarik orang untuk melawan umno...aku pun dulu sokong nuar juga tapi lama-lama bila aku buat kajian bodoh dan buang masa melayan specis yang macam nuar ni. biarlah hakim jer yang menentukan samada nuar salah atau tidak. kerana hakim adalah orang yang arif dalam ilmu udang2 di malaysia

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger