Sunday, May 15, 2011

Usah terperangkap dalam isu agama rasmi

Umat Islam tanahair dinasihatkan jangan terpedaya dengan tipu-muslihat parti Umat Munafiq Number One (UMNO) berkaitan isu Kristian agama rasmi yang sibuk bermain di dada akhbar milik parti toghut itu. UMNO mahu menonjolkan diri sebagai pembela agama walhal merekalah musuh No.1 kepada Islam itu sendiri.

Kita nak tanyalah, bukankah fahaman sekular yang menjadi pegangan dan amalan UMNO selama ini datangnya daripada ajaran Kristian. Jadi, tak usahlah nak jadi hero dan mendakwa diri sebagai pembela Islam. Porahhh. Dok sibuk perbesarkan isu agama rasmi yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan tiada siapa yang mempertikainya.

Sedarkah kita bagaimana liciknya musuh Islam (penjajah Inggeris) menubuhkan Suruhanjaya Reid bagi membuat draf Perlembagaan Tanah Melayu sebelum memberikan kemerdekaan tanahair.

Pihak Inggeris sedar orang Melayu (nenek moyang kita) ketika itu akan memberontak jika 4 perkara utama diusik. Yaitu Islam, Sultan, hak Melayu dan tulisan jawi. Justeru dalam draf perlembagaan itu telah termaktub Islam sebagai agama rasmi Tanah Melayu, Sultan sebagai ketua agama, hak keistimewaan orang Melayu dijamin dan jawi menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan.

Dalam konteks Islam sebagai agama rasmi, ramai di kalangan kita tidak sedar apakah maksudnya dan muslihat jahat Inggeris.

Maksud Islam sebagai agama rasmi ialah segala acara rasmi kerajaan akan dimulai dan ditutup dengan bacaan doa oleh Mufti (penasihat Sultan). Sekadar itu sajalah. Dalam soal lain, semuanya mengikut ajaran sekular Kristian.

Visi Yahudi dan Nasrani adalah memastikan setiap ketua negara umat Islam akan melaksanakan sistem ciptaan mereka. Sebab mereka sedar dengan cara itu sudah memadai untuk menguasai corak pemikiran dan ideologi umat Islam. Yahudi dan Nasrani sedar bila umat Islam menuruti jejak langkah mereka di sudut pemerintahan, ideologi dan kehidupan, maka dengan sendirinya 'Aqidah Islam menjadi rosak.

Lagipun Malaysia ni bukan negara Islam. Cuma negara umat Islam. Malangnya orang Melayu UMNO yang tak mahu mengaji dan terus-menerus mempertahankan kebebalan mereka dok percayalah mati-mati bahawa Malaysia ni negara Islam.

Sayugia diingat bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja termasuk menggunakan Polis dan ISA demi mempertahankan kuasanya. Jika Altantuya boleh dibunuh sebegitu kejam demi melindungi kepentingan politik Najib dalam UMNO yang hanya setapak lagi untuk ke tahta NO.1 negara, apatah lagi di saat berada di puncak kuasa dengan pelbagai bukti jenayah, penyelewengan dan rasuah yang bertimbun. Cumanya 'kebal' sebab seluruh jentera penguatkuasa undang-undang dah jadi cawangan UMNO.

Mudah benor nak faham apakah motif isu sensitif ini digendang di dada akhbar sepanjang minggu lalu.

Najib dan UMNO sedar kebangkitan rakyat yang berlaku di Timur Tengah sebenarnya mempengaruhi pola pemikiran rakyat negara ini. Mungkin sebelum ini UMNO boleh berpeluk tubuh kerana masih ramai pengundi Melayu Islam yang bengong dan boleh diperbodohkan dengan RM50.

Namun selepas PRN Sarawak, Najib dan UMNO cukup bimbang kerana Pakatan Rakyat berjaya menambah kerusi dari 9 kepada 15 walaupun BN Sarawak masih menguasai dua pertiga. Keputusan di Sarawak merupakan indikator jelas bahawa rakyat di bumi kenyalang itu memang mahukan perubahan.

Sebab itu sejurus selesai PRN Sarawak, ada usaha mahu memujuk DAP bersama BN tetapi gagal. Kemudian secara terbuka di Terengganu, Najib pula meminta PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat. Antara yang disentuhnya, apa perlunya PAS berkawan dengan DAP sebab parti pimpinan Lim Kit Siang itu tidak membela Islam. Dan sehingga ke saat ini pun UMNO masih cuba memujuk PAS namun sia-sia.

Segala kronologi isu politik semasa yang berlaku sepanjang April - Mei ini menjelaskan betapa desperatenya UMNO dalam nak menghadapi PRU13. Ditambah dengan tindakan MCA yang secara terang-terang mendesak rakyat memboikot utusan. Samada tindakan MCA itu hanya gimik politik semata-mata atau sebaliknya, itu bukan soalnya. Yang penting ianya memberi impak positif kepada Pakatan Rakyat.

Setelah pelbagai strategi kotor dan tak bermoral dilakukan UMNO itu menemui jalan buntu, malahan sokongan rakyat terhadap PR semakin meningkat, akhirnya UMNO menggunakan Utusan Meloya untuk letupkan pula isu Kristian agama rasmi.

Apa motifnya?

UMNO mahu menjadikan isu sensitif ini sebagai 'modal besar' untuk meraih kembali sokongan pengundi Melayu Islam. Itu saja.

Kita jangan lupa peristiwa membakar gereja di Kuala Lumpur dulu. Akhirnya terdedah UMNO yang menjadi dalangnya bila 2 pemuda yang dibicarakan mengakui akan hal itu.

Penulis ingin tegaskan sekali lagi bahawa UMNO sebenarnya lebih jahat dari golongan bukan Islam. UMNO bukan sebuah parti pembela agama, bangsa dan negara, tapi merupakan sebuah parti syaitan yang hanya mementingkan kuasa politik rasuah semata-mata.

Selepas kejatuhan Hosni Mubarak laknatullah, satu-persatu kezaliman, kejahatan dan penyelewengannya didedahkan kepada rakyat Mesir dan dunia. Terbongkar segala skandal rasuahnya, juga jumlah kekayaannya yang mencecah hampir USD70 billion. Juga terbongkar segala jenayah politik yang dilakukan sepanjang kekuasaannya hingga ke peringkat bersekongkol dengan rejim Zionis Yahudi membunuh umat Islam Palestin.

Malah selepas kejatuhannya, terbongkar rahsia siapakah dalang di sebalik pengeboman sebuah gereja di Iskandariah. Rupanya rejim Hosni Mubarak yang merancang konspirasi pengeboman itu dengan tujuan untuk memfitnah gerakan Islam.

Apa bezanya Mahathir, Najib dengan Hosni Mubarak? Hangpa fikirlah sendiri.

Yang pasti Najib dan UMNO sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan Putrajaya daripada kena masuk penjara ekoran segala jenayah dan penyelengan mereka selama ini.

Dan isu ini juga direka semata-mata mahu mengalihkan perhatian rakyat daripada isu sebenar seperti kenaikan harga minyak dan barangan, isu penyelewengan, isu Altantuya, isu hilangnya wang negara hampir RM1 trilion, isu jenayah, isu kematian misteri Teoh Beng Hock dan Sarbani, isu kemiskinan, isu tanah Felda dan sebagainya.

Yang terbaru, Najib mengarahkan Utusan Munafiq menghentam Buku Jingga. Jelas sekali bapa anak Altantuya ini cukup takut dengan buku itu sebab dia sendiri tahu Pakatan Rakyat memang mampu melaksanakannya demi kepentingan rakyat.

Jangan dilayan segala pembohongan UMNO berkaitan isu agama rasmi ini. Sudah termaktub dalam Perlembagaan bahawa Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Penulis yakin isu sensitif ini akan memakan diri UMNO sendiri.

Penulis rasa sedih mengenangkan sikap majoriti umat Islam yang masih percaya dengan UMNO walhal tanpa sedar sejak sekian lama mereka telah disesatkan oleh parti toghut itu di sudut Tauhid Uluhiyyah.

Sokong UMNO, confirm Musyrik.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger