Tuesday, May 3, 2011

Najib akui dirinya munafiq

Sebagai Muslim, rujukan utama kita adalah Al Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama' dan Qias. Bukan merujuk kepada fikrah-fikrah songsang golongan orientalis, sekularis dan musuh-musuh Islam yang bersepah di mukabumi ini.

Malangnya apa yang berlaku mutakhir ini, orang Islam sendiri menjadi musuh No.1 Islam dalam negara umat Islam.

Tak usah pergi jauh. Memadai buat penilaian dalam negara kita sendiri. Jika Amerika mengikut telunjuk Zionis Yahudi dalam agenda melabel umat Islam sebagai pengganas sejak peristiwa September 11, apa bezanya dengan kerajaan kita yang diketuai oleh UMNO. Sama saja.

Ahad lalu pihak Amerika mendakwa mereka telah berjaya membunuh Osama Laden dalam satu operasi di Pakistan. Sejak serangan ke atas World Trade Center New York pada 2002, Presiden Bush telah melancarkan kempen 'anti-pengganas' ke seluruh dunia dengan menuduh Al-Qaeda sebagai dalang serangan tersebut.

Bukan itu saja, malah Washington terus menggiatkan lagi kempen tersebut dengan melabel seluruh gerakan Islam dunia yang anti Amerika-Israel sebagai pengganas. Termasuk Taliban, Hizbullah, Mujahiddin dan Hamas.

Penulis ingin imbas kembali beberapa fakta 'pelik' dalam serangan September 11;

1- Dilaporkan terdapat kira-kira 3,000 pekerja berbangsa Yahudi yang bertugas di menara tersebut. Peliknya, tiada seorang pun di kalangan mereka yang datang bertugas pada hari serangan itu berlaku.

2- Bagaimana menara kembar itu boleh runtuh begitu mudah sedangkan asas binaannya diperbuat dari besi dan konkrit yang kukuh. Sama-sekali tidak logik bila rempuhan pesawat dan letupan di tingkat 80 boleh menyebabkan menara itu runtuh dan ranap sama-sekali. Yang peliknya pola runtuhannya sama dengan pola runtuhan bangunan yang diruntuhkan menggunakan bahan letupan.

3- Banyak pihak termasuk artis Hollywwod, jurutera dan arkitek Amerika sendiri mempersoalkan bagaimana runtuhan itu boleh berlaku. Malah salah seorang artis terkenal Hollywwod, Tom Cruise, secara terbuka menyebut serangan itu memang dirancang oleh pihak tertentu bagi menuduh pihak lain.

Apa bezanya dengan negara kita?

Jika Amerika-Israel membunuh umat Islam di Palestin, Iraq dan Afghanistan, kerajaan UMNO BN pula membunuh orang Islam dalam negara.

Kita jangan lupa pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya dalam Peristia Memali. Soalnya, mengapa Ustaz Ibrahim Libya difitnah, diburu dan dibunuh oleh Polis atas arahan UMNO???

Ustaz Ibrahim dibunuh kerana beliau mengajar dan mendidik umat Islam Baling agar mempraktikkan Islam yang sebenar dalam kehidupan mereka. Golongan munafiq UMNO Baling ketika itu cukup bimbang dengan pengaruh beliau yang semakin meluas hingga jumlah anak muridnya yang belajar di Madrasah Islahiah semakin hari semakin ramai.

Kebimbangan UMNO semakin kronik bila ceramah Ustaz Ibrahim di atas pentas PAS dihadiri oleh ribuan manusia dan sentiasa bergema dengan laungan takbir. Bemula di Baling, kemudian ke seluruh Kedah, Perlis dan Perak.

Ringkasnya, UMNO sanggup melakukan apa saja termasuk membunuh jika perlu demi kuasa politik jahat mereka.

Jika Amerika memburu dan membunuh (jika benar) Osama, maka sama saja dengan UMNO yang memfitnah, memburu dan akhirnya membunuh Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 sahabatnya pada tahun 1985.

Semalam, Najib dengan bangga membuat kenyataan "Dunia lebih selamat dengan kematian Osama". Dengan kenyataan itu, tanpa sedar Najib akui dirinya memang munafiq.

Kita nak tanya Najib, siapa sebenarnya pengganas dunia?

Kita nak habaq kat Najib dan seluruh pimpinan UMNO bahawa "Malaysia lebih selamat tanpa UMNO."

Memang dah dasar golongan MUNAFIQ begitu. Berpura-pura Islam tetapi merekalah sebenarnya yang menjadi duri dalam daging kepada Islam itu sendiri.

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon agar Engkau hancurkanlah UMNO segera. Jika Engkau biarkan mereka terus berkuasa, maka semakin ramai lagi umat Islam dalam negara ini akan menjadi sesat dan tidak mahu sujud lagi kepada Mu."

Amin.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger