Saturday, May 7, 2011

Sokong sekular, confirm Musyrik!!!

Sebagai Muslim, kita ada contoh ikutan terbaik di alam maya ini. Yaitu Rasulullah S.A.W. Dan meman pun sebagai orang Islam, kita diperintahkan oleh Allah untuk merujuk kepada 2 sumber utama, Al Qur'an dan Sunnah. Manakala dalam soal khilaf yang tidak melibatkan Hukum Qat'ie, kita boleh rujuk kepada para Ulama' yang haq. Bukan Ulama' pengampu dan pecacai kepada pemerintah jahat.

Hairan bagaimana masih ramai lagi umat Islam tanahair yang lebih percaya pada sistem ciptaan manusia (sekular) daripada sistem Allah (Islam), walhal ianya melibatakan soal 'Aqidah di sudut Tauhid Uluhiyyah. Ini bukan soal main-main. Mufti di zaman Pemerintahan Khilafah Uthmaniyah Turki, Syeikh Mustafa Sabri pernah berfatwa "Jalan pintas untuk jadi kafir ialah dengan memisahkan agama dengan politik."

Assyahid Syed Qutb dalam membahaskan soal perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an sebagai perlembagaan) dalam pemerintahan, beliau menegaskan mana-mana pemerintah (orang Islam) yang menafikan hak Allah (perlaksanaan Undang-Undang Al-Qur'an) dalam negara masing-masing, mereka adalah Musyrik. Dan bagaimana pula dengan rakyat yang menyokong (mengundi) mereka? Juga termasuk dalam golongan Musyrik.

Almarhum Prof Dr Hamka pula menegaskan "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik dari sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat." - Tafsiran ayat 159 (Al An'am).

Dalam skop negara, kita semua tahu UMNO memang jelas menentang perlaksanaan Undang-Undang Allah (Al-Qur'an). Bukan setakat menentang, malah pemimpin utama UMNO secara terang-terang memperlekeh Hukum Allah. Pelbagai alasan dibuat bagi menyembunyikan kemunafiqan mereka agar tidak nampak sangat penentangan mereka terhadap Al-Qur'an.

Antara alasan yang diberi;

- "Hukum Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara sebab masyarakat majmuk".
- "Kalau laksana Hudud, habislah orang Islam kudung tangan dan tak boleh kerja cari makan"
- "Kalau kita terlalu ikut Islam, maka kita akan ketinggalan dan negara tidak boleh maju."
- "Kerajaan Pusat tidak akan membenarkan Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan Enakmen Hudud."

Tidak sesat lagikah kenyataan-kenyataan sedemikian yang keluar dari mulut Presiden dan pimpinan utama UMNO? Memang confirm sesat barat... Penulis tak hairan kalau orang macam Mahathir dan Najib sesat. Begitu juga pimpinan UMNO yang lain. Sebab mata hati mereka telah dikunci oleh Allah dari melihat kebenaran.

Yang jadi pelik bin ajaib bila golongan lulusan agama sendiri boleh disesatkan oleh mereka. Lihat sendiri apa dah jadi dengan Jamil Khir, Firdaus Ismail dan Mashitah Ibrahim. Semuanya jadi Ulama' Jahat. Inilah hebatnya pimpinan utama UMNO hingga golongan agama sendiri boleh tunduk dan patuh pada kehendak mereka. TIdak lagi tunduk dan taat pada Allah. Ekoran ramainya golongan Ulama' Pengampu seperti mereka ini, sebab itulah umat Islam semakin rosak jadinya. Jahil dan bebal.

Dan yang paling kesian ialah seluruh ahli UMNO yang Islam. Dahlah hidup tak sesenang mana. Nak kata kaya-raya jauh sekali, malah banyak yang susah dan miskin. Lainlah kalau di dunia hidup mewah, ada rumah banglo, kereta BMW sebiji dua, setiap tahun melancong dan wang simpanan ratusan ribu atau jutaan ringgit. Ini tak. Dahlah kat dunia tidak dapat mengecapi kemewahan sebagaimana pemimpin mereka, lepas tu di Akhirat kelak akan ikut pungkok pemimpin masuk Neraka. Pendek kata rugi bertimpa-timpa.

Masih belum terlambat lagi untuk seluruh ahli UMNO kembali ke jalan yang benar. Ingatlah, setiap undi yang diberi pada UMNO BN bermakna redha dengan sistem sekular amalan mereka selama ini.

Takde gunanya segala amal ibadah kita selama ini jika kita mati sebagai Musyrik.

Na'uzubillah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger