Tuesday, December 14, 2010

Kafir walau masih bersolat

Sebagai Muslim yang mengucap kalimah Syahadah, apakah kita dibenarkan berkiblat atau beriman dengan pelbagai fahaman, doktrin ataupun fikrah selain daripada Islam? Sudah tentu tidak. Hatta meragui mana-mana daripada sistem Islam itu sendiri boleh menyebabkan jatuh kafir.

Ungkapan seperti "Bolehkah Islam memerintah" atau "Hudud tak sesuai dilaksanakan dalam negara masyarakat majmuk" atau "Tiada politik dalam Islam" atau "Kalau ikut Islam nanti jadi mundur" atau "Kalau laksana Hudud nanti ramai yang kudung tangan" biasa didengar keluar daripada mulut pemimpin politik munafiq dan para pengikutnya yang bebal. Kata-kata sebegini tanpa disedari boleh menyebabkan terkeluar daripada Islam. Na'uzubillah...

Dalam konteks Malaysia, kenapa majoriti umat Islam masih berdegil dan enggan menjadi pendokong ke arah tertegaknya Daulah Islamiyyah di tanahair tercinta. Di manakah iman dan minda yang waras hingga boleh percaya dengan sistem sekular Kristian ciptaan penjajah Inggeris.

Ke mana perginya pengakuan "Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad Rasulullah" tapi dalam waktu yang sama menafikan hak Allah (Undang-Undang Islam) daripada terlaksana dalam negara. Juga menafikan kerasulan Muhammad bila kita enggan menuruti jejak langkah Baginda (Sunnah).

Mungkin selama ini umat Islam yang menyokong kerajaan toghut sekular menyangka dengan hanya mengucap kalimah Syahadah sudah memadai dan menjamin mereka sebagai Muslim dan akan masuk Syurga kelak. Mudah sangatlah kalau begitu.

Perlu diingat 'Aqidah Islam itu terbahagi kepada Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah. Di sudut Rububiyyah, semua umat manusia termasuk golongan kafir sendiri mengakui bahawa Allah adalah Tuhan. Malangnya di sudut Uluhiyyah, mereka menjadikan berhala, bintang, matahari, api sebagai sembahan selain daripada Allah.

Dan yang lebih kejam dan zalim lagi bila golongan Yahudi mendakwa Uzair anak Allah manakala Nasrani pula mempercayai Isa putera Allah.

Maha Suci Allah daripada apa yang mereka sangkakan.

Dan perlu difahami oleh umat Islam bahawa soal yang berhubung-kait dengan politik pemerintahan, perlaksanaan Hukum Al-Qur'an dan menegakkan Daulah Islamiyyah adalah termasuk dalam bab Tauhid Uluhiyyah.

Justeru mana-mana umat Islam yang mendokong perlaksanaan sistem toghut ciptaan manusia (sekular, komunis, sosialis dsb) dalam sesebuah negara, maka serupalah mereka dengan golongan kafir yang menyembah berhala, api dan seumpamanya. Sebabnya?

Sebab mereka dengan sengaja menafikan hak mutlak Allah sebagai pemerintah alam semesta ini. Bumi yang kita diami ini adalah milik kepunyaan-Nya secara mutlak. Bermakna kita sebagai Khalifah di mukabumi ini hanya wajib melaksanakan saja segala sistem-Nya yang telah termaktub dalam Al-Qur'an dan telah dipraktikkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W di Madinah.

Nak mudah faham lagi, begini.

Bila kita terus menyokong kerajaan sekular UMNO BN yang sedia ada, maknanya kita terus redha dengan perlaksanaan sistem dan undang-undang sekular ciptaan manusia. Redha ertinya setuju. Bila dah setuju, ertinya kita mengiktiraf bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam. Dalam erti kata lain, kita telah mengambil manusia sebagai tuhan selain daripada Allah dalam persoalan hukum.

Dalam konteks ini, Almarhum Prof Dr Hamka telah menafsirkan ayat 159 dalam Surah Al-An'am sebagai "Barangsiapa yang meyakini bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Dalam menyentuh persoalan 'Aqidah, kita wajib tahu apakah perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Malangnya hari ini umat Islam tanahair ambil mudah saja soal politik pemerintahan. Senario ini berlaku ekoran doktrin sesat sekular Kristian yang telah sebati dalam jiwa mereka hingga berani melahirkan keyakinan yang menyebut bahawa "Politik lain, agama lain". Tanpa sedar mereka telah dimurtadkan oleh penjajah sejak sekian lama walau masih bersolat.

Mereka lupa bagaimana golongan Yahudi dan Nasrani telah merancang lebih 500 tahun untuk menjatuhkan Pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah Turki. Selepas sistem Khilafah berjaya dihapuskan, Turki telah menjadi negara sekular di bawah pemerintahan anak didik Yahudi, Mustafa Kamal Ataturk.

Apa jadi dengan Turki selepas itu?

Segalanya rosak dan musnah. Majoriti rakyat Turki berjaya disekularkan oleh Kamal Ataturk dalam waktu yang singkat. Seluruh Ulama' dan Tok Guru Pondok ditangkap, dipenjara dan dibunuh. Semua sekolah agama ditutup. Sistem pendidikan Islam dihapuskan. Rakyat dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan. Pawagam diarah menayangkan filem-filem lucah secara percuma. Pelbagai jenis pesta yang menghidangkan arak dan perempuan percuma dianjurkan oleh kerajaan Ataturk di seluruh pelusuk Turki. Wanita diarahkan membuka aurat. Larangan memakai tudung dan kupiah dikuatkuasakan.

Sedarkah kita apa yang berlaku dalam negara hari ini menyamai apa yang berlaku di zaman pemerintahan Kamal Ataturk dulu?

Ingatlah... setiap tangan yang mengundi UBN dalam PRU13 kelak akan membawa ke Neraka.

Hanya menyampaikan kebenaran.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger