Monday, December 13, 2010

Fitnah Liwat II : Kifarah dosa buat Anwar

Dua hari lalu Wikileaks pula mendedahkan Anwar telah 'masuk perangkap' yang dipasang oleh musuh-musuh politiknya dalam kes Liwat II. Lebih mengejutkan bila Wikileaks turut mendedahkan segala dakwaan terhadap Ketua Pembangkang itu benar berdasarkan laporan inteligen Singapura dan Australia.

In person, penulis yakin Anwar tidak bersalah dan difitnah. Hanya orang yang mereng dan senteng saja yang percaya dengan segala dakwaan keji itu.

Menyentuh laporan Wikileaks serta berhubung maklumat dari pihak inteligen Singapura dan Australia itu, penulis tak rasa terkejut kerana di belakang Inteligen kedua-dua negara itu adalah Zionis. Penulis percaya pendedahan tersebut ada kaitan dengan tindakan Anwar membongkar penglibatan syarikat Yahudi APCO dalam kerajaan.

Persoalannya kenapa Anwar boleh 'terperangkap' buat kali kedua dengan fitnah yang sama? Walhal dalam kes Liwat I, Mahathir sendiri mengakui ianya adalah fitnah dan Anwar memang tak bersalah.

Pepatah ada menyebut "Jangan sampai masuk lubang dua kali". Kalau masuk juga, bermakna kita memang bodoh dan sengaja menempah maut.

Adakah Anwar bangang?

Bukan bangang, tapi cuai. Dalam kes Liwat I, para konspirator celaka UMNO menggunakan Azizan Abu Bakar (pemandu peribadi Anwar) sebagai 'pak sanggup' untuk memfitnahnya. Dan dalam kes Liwat II pula, Najib menggunakan pemuda 'murahan' Saiful Buhari untuk memerangkap Ketua Pembangkang itu.

Yang jelas modes operandinya serupa. Menggunakan individu yang rapat dengan Anwar dan dikenalpasti boleh 'dibeli' dengan wang bagi tujuan jahat para konspirator. Dalam kes Liwat 2, Saiful mengaku sebagai pembantu Anwar di pejabat PKR Pusat. Walhal Anwar sendiri tidak pernah melantiknya sebagai personal assistant. Si budak murahan ini datang sendiri ke pejabat PKR kononnya nak membantu parti dalam PRU12. Almaklum sajalah... Dah kena buang universiti, takde kerja pulak... Manakala di pihak PKR pula yang kekurangan petugas, sudah tentu tanpa banyak soal terus menerima sapa saja yang ingin membantu kerja-kerja dalaman parti secara sukarela.

Seharusnya, setelah jalan sukar ditempuhi dalam fitnah Liwat I, seharusnya Anwar dan PKR berhati-hati dengan sesiapa saja 'muka baru' dalam parti. Apatah lagi mereka muncul di saat PRU semakin hampir. Jika orang seperti Ezam, Lokman Nur Adam, Roslan Kasim dan ramai lagi boleh mengkhianati Anwar dan PKR, apatah lagi budak murahan seperti Saiful. Letak duit RM100 ribu depan mata, terus mengong dan bodoh.

Memanglah di kalangan rakyat yang bersama Pakatan Rakyat tidak percaya akan segala fitnah itu. Masalahnya di negara kita ni masih ramai lagi spesis yang bangang tujuh keturunan. Khususnya Melayu dan Bumiputera yang saban hari duduk depan TV mengikuti laporan berita daripada media penipu dan penyebar fitnah No.1 dunia milik UMNO.

Kadang-kadang penulis berprasangka buruk juga terhadap Anwar. Terlintas di benak hati apa yang sedang dilalui oleh Anwar sekarang adalah manifestasi daripada segala dosanya terhadap Islam. Mungkin kifarah dosanya belum habis dan ditambah pula dengan sikapnya yang sering berdolak-dalih terhadap isu negara Islam.

Anwar seharusnya sedar bahawa hati seluruh umat manusia berada dalam genggaman Allah SWT. Jangan kerana dek terlalu ghairah nak jadi PM dan mengharapkan sokongan masyarakat bukan Islam, maka sewenang-wenangnya buat kenyataan seolah-olah mahu menafikan Al Hakimiyyah Allah dalam aspek kenegaraan.

Dari pemerhatian penulis, Anwar sebenarnya seorang sekularis sebagaimana pimpinan UMNO juga. Kalau bukan sekularis, nescaya dia tidak akan masuk UMNO dalam tahun 1983 dulu. Bezanya, dia seorang pejuang rakyat, bersih dari rasuah serta berprinsip. Itu saja.

Kita nantikan saja PRU13 kelak.

Wallahu'alam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger