Thursday, December 30, 2010

Buku Mujahid ditolak Dewan Ulama' PAS Kedah

Memang tak dinafikan dalam mana-mana pertubuhan maupun organisasi politik di dunia ini, pastinya wujud pelbagai pandangan berbeza di kalangan pemimpinnya, juga para pengikut. Namun dalam konteks sebuah jamaah dan juga parti seperti PAS, perbezaan idea maupun pandangan yang wujud mestilah dirujuk kepada 4 sumber sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti. Yaitu Al Qur'an, Hadis, Ijma' Ulama dan Qias.

PAS sebelum ini pernah dilanda badai seketika ekoran isu Unity Government, namun ianya reda dengan ketegasan Mursyidul Am TGNA. Dan hari ini sekali lagi PAS 'digeletek' oleh Dr Mujahid Yusuf Rawa melalui buku tulisannya yang berjudul PAS Baru. Mujahid ialah Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Ahli Parlimen Parit Buntar.

Oleh kerana penulis sendiri belum lagi membacanya, jadi tak tahulah apa yang dimaksudkan oleh Mujahid dalam bukunya itu. Samada beliau sengaja melontarkan pandangan itu bagi melihat sejauh mana pro dan kontranya, atau beliau sendiri memang mahukan PAS berubah mengikut keperluan semasa.

Mungkin intipati tulisannya itu agak kontroversi hingga Dewan Ulama' PAS Kedah awal-awal lagi menolak penerbitan buku tersebut sebagaimana laporan Bernama;

Alor Setar, Dec 29 – PAS Baru tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus “dinasionalkan”.

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

“Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata,” katanya dalam satu kenyataan.

Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain,” katanya.

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

“Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut,” katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

“Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

“Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya,” katanya.

Katanya idea “menasionalkan PAS” adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

“Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri,” katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

“Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil,” katanya.

Mujahid adalah juga Ahli Parlimen Parti Buntar.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger