Thursday, December 2, 2010

Hutang Negara RM446.7b - Hasil 'kecerdikan' UMNO

Inilah Malaysia tanahair ku yang ditimpa musibah besar kerana diperintah oleh spesis manusia yang paling celaka di mukabumi ini. Mana tak celakanya. Sejahat-jahat pemimpin Zionis Yahudi tapi mereka tidak mengkhianati bangsanya sendiri. Malangnya spesis manusia yang sedang menguasai negara hari ini bukan setakat bangsanya sendiri ditipu malah hak mereka pun turut dirampas sama. Itulah UMNO yang berjaya melahirkan barisan pemimpin yang lebih jahat dari Zionis. Habis segala kekayaan negara yang wajib disalurkan demi kepentingan rakyat jelata masuk ke dalam kantong mereka semua. Satu untuk kau, sepuluh untuk aku.

Akibatnya, hari ini negara menanggung hutang berjumlah RM456 bilion. Apakah pemimpin UMNO merasa risau dengan hutang ini? Sudah tentu jawapannya tidak? Apa mereka peduli berapa banyak pun hutang negara. Hatta RM 1 trilion sekalipun, bukan mereka yang kena tanggung. Yang penting kantong mereka telah penuh dengan wang dan aset bernilai puluhan dan ratusan juta.

Kalau negara ini bankrap sekalipun, mereka tak akan tergugat. Bagi mereka apa yang penting diri dan keluarga telah 'secure' dengan hasil menyamun harta rakyat. Bila-bila masa saja mereka boleh lari meninggalkan negara kerana telah tersedia segala aset di luar negara bagi menjamin kelangsungan hidup mewah mereka sekiranya UMNO BN jatuh kelak.

Biarlah rakyat yang menanggung segala bebanan hutang negara ciptaan mereka. Bagi mereka, pergi mampus sama rakyat. Sapa suruh jadi bodoh dengan terus memilih UBN dalam setiap PRU sejak merdeka.

Samada pembaca mahu percaya atau tidak terpulanglah. Sebenarnya seluruh pimpinan UMNO yang sedang berada di takhta ketika ini hanya mentertawakan saja rakyat bangang yang terus mengundi mereka. Tak mustahil bila mereka berbual sesama sendiri, mungkin antara yang dibualkan ialah "Punyalah bodoh orang Melayu ni. Dah beratus juta kita sapu wang mereka, tipu dan biasiswa pun kita tarik tapi masih juga mengundi kita. Inilah untungnya kita sebab masih ramai lagi bangsa Melayu Bumiputera yang bodoh. Sebab itulah kita tak mahu golongan Melayu Bumiputera ini hidup senang Kita biarkan mereka terus berada dalam kemiskinan supaya mudah kerja kita bila menjelang PRU..."

Betapa bebalnya ahli dan penyokong UMNO yang ada la ni, tak taulah macamana nak habaq. Kalau yang bebal tu setakat ketua kampung dan yang tidak berpendidikan tinggi, penulis tak hairan sangat. Yang sedih tu golongan profesional pun boleh jadi bebal sama. Hingga yang ada PhD.

Kenapa golongan intelek pun boleh turut sama jadi bodoh sedemikian rupa? Mudah saja jawapannya. Yaitu hubbud dunia. Alfulus sufid dunya walmampus fil Akhirat (nukilan dari kata Ustaz Ismail Kamus).

Namun bila penulis teringat kisah-kisah yang disebut oleh Allah dalam Al-Qur'an, maka takde apa yang nak dihairankan tentang golongan manusia yang bebal lagi bangang ini.

Kita jangan lupa bagaimana penduduk kota Mekah yang telah memeluk Islam tapi enggan menuruti Hijrah Rasulullah ke Madinah. Mereka enggan berhijrah kerana malu alah dengan pembesar Musyrikin Mekah ketika itu, Abu Jahal dan Abu Lahab. Malunya mereka kerana terhutang budi dengan Abu Jahal yang telah mengurniakan projek itu dan ini, subsidi baja, tabung Amanah Ikhtiar dan sebagainya.

Lebih malang lagi, golongan yang enggan mengikuti Rasulullah berhijrah ini adalah ahli Neraka walaupun mereka telah Islam.

Hari ini seorang lagi 'pecacai UMNO', Timbalan Menteri Kewangan cuba menutup 'pekong' bosnya Najib dalam menjawab pertanyaan MP Pakatan Rakyat berkaitan hutang negara.

Bila penulis baca laporan Malaysiakini, serta-merta hati ini menyumpah "Bodoh punya Tim Menteri. Masih juga nak sorokkan segala kepincangan kerajaan yang diketuai UMNO Celaka dalam soal mengurus ekonomi negara hingga Malaysia menanggung bebana hutang berjumlah RM 446,700,000,000 (RM446.7 bilion).

Walhal dalam Laporan Rasmi yang diedarkan kepada seluruh Ahli Parlimen ada dinyatakan jumlah hutang negara yang masih belum berbayar sebanyak RM446.7b tetapi si Tim Menteri bahalol ini seboleh-boleh menafikan jumlah tersebut dengan hujah dangkalnya "Hutang negara adalah wang yang dihutang negara kepada negara asing, dengan lain perkataan adalah hutang asing. Hutang asing negara menunjukkan trend yang menurun. Pada September 2010, hutang asing jatuh kepada RM227.5 billion."

Persoalannya ialah hutang hakiki negara berjumlah RM446.7b tapi si bahalol ini masih nak menyelewengkan fakta. Tak kiralah hutang domestik maupun asing, semuanya adalah hutang yang mesti dibayar segera kerana boleh mengancam kestabilan ekonomi negara serta membebankan rakyat.

Inilah jadinya bila negara diperintah oleh segolongan manusia celaka yang telah dipilih oleh segolongan rakyat yang bangang.

Semuga Allah SWT menyelamatkan tanahair ku yang tercinta.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger