Tuesday, September 1, 2009

Khidmat Musa Hasan Akan Dilanjutkan

Walaupun PAS memohon kepada Yang Dipertuan Agong agar tidak memperkenankan cadangan kerajaan untuk melanjutkan tempoh khidmat Musa Hasan sebagai KPN yang berakhir pada 14 September ini, namun diyakini tempoh perkhidmatan Musa akan dilanjutkan juga.

Kita semua tahu kerajaan UBN di bawah Najib pasti mahukan orang macam Musa ini terus berkhidmat sehingga PRU13 kelak bagi memudahkan segala perancangan jahat dan kotor UBN berjalan dengan lancar. Perlu diingat Musa Hasan bukanlah orang baik. Walau dahi lebam kuat tahajjud, namun jiwa dan hatinya sudah terlampau kotor dek makan 'duit haram'.

Sapa tak kenal dengan Musa Hasan ni. Salah seorang yang terlibat dengan konspirasi kotor menjatuhkan Anwar dalan tahun 1998. Beliau juga didakwa membela "King Of Along" dalam negara. Bukan setakat tu saja, banyak kepala-kepala gengster yang 'dijaganya'. Sebagaimana yang didakwa, dalam tahun 2007 beliau terlibat secara langsung dalam pembebasan sekumpulan gengster dengan menerima suapan berjumlah RM2.1 juta.

Ada sumber pula menyebut terdapat individu yang telah lulus dalam permohonan dan temuduga untuk memiliki senjata api tetapi masih gagal untuk mendapatkan lesennya kerana sangkut di meja Musa Hasan. Di sini timbul kemusykilan mengapa Musa tidak mahu keluarkan lesen tersebut. Setelah diselidiki, akhirnya pecah tembelang. Rupanya Musa kenakan 'tol' sebanyak RM50 ribu bagi sesiapa yang mahu lesen senjata mereka keluar.

Perlu kita akui sejak zaman Mahathir lagi semua jawatan tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara, Kehakiman, Polis dan BPR dipegang oleh kumpulan 'manusia kotor' yang sedia bersekongkol dengan pemerintah. Semuanya 'Yes Bos'. Begitu juga dengan SPR dan SPRM. Seluruhnya menjadi 'pecacai' kepada pemerintah.

Semuanya ini amat penting bagi pemerintah UBN kerana tanpa kerjasama dari puak-puak penyamun ini, maka semua perancangan 'kerja kotor' akan tergendala. Dengan menguasai semua kepala-kepala di jabatan tersebut, maka mudahlah bagi UBN untuk merealisasikannya.

Selagi tak bertukar parti yang memerintah negara ini, maka selagi itulah masalah yang berlaku ini tidak akan selesai. Apa yang telah dan sedang berlaku dalam negara hari ini merupakan kesinambungan dari pemerintahan Mahathir selama 23 tahun. Ianya sudah menjadi barah. Barah yang sudah merebak sehingga ke peringkat akar umbi.

Mana ada lagi jabatan kerajaan yang bersih hari ini. Semuanya terlibat dengan rasuah. Kalau dah dalam Jabatan Agama Islam sendiri pun boleh berlaku penyelewengan wang zakat, apatah lagi jabatan-jabatan lain. Sejarah Tabung Haji sendiri yang pernah terlibat dengan pelaburan judi sudah cukup membuktikan betapa dahsyatnya pemimpin UMNO yang sedang memerintah hari ini. Jika duit rakyat yang menabung untuk pergi menunaikan Haji pun boleh diperlakukan sedemikian, jangan diharaplah dengan Skim Pelaburan lain yang dibuat oleh kerajaan.

Nasib baik ada pembangkang seperti PAS di Parlimen. Dengan desakan yang dibuat oleh MP PAS, akhirnya Menteri di JPM mengakui memang Tabung Haji ada melabur dalam syarikat perjudian. Atas desakan itu, akhirnya wang rakyat dalam Tabung Haji dapat diselamatkan daripada terlibat dengan benda haram. Kalau tak penat saja umat Islam kat Malaysia pergi Haji dengan duit yang sudah bercampur dengan dividen dari sumber yang haram. Orang lain pergi Haji dapat Haji Mabrur tetapi rakyat Malaysia pergi ke Mekah dapat Haji Marlboro.

Inilah senario yang melanda negara dan rakyat hari ini akibat memilih dan membiarkan terus pemimpin 'jahat' berkuasa.

Lakukanlah perubahan dalam PRU13 kelak. Ingatlah, kita hidup bukan setakat di dunia saja malah ada kehidupan yang abadi sedang menanti kita di sana...

Jazakallah...

1 comment:

hjanuar said...

Assalamualaikum
Mengapakah anda mencemuh dan berperangsaka buruk serta menfitnah tanpa bukti terhadap seorang ketua polis negara yang telah banyak berjasa sehinggakan amalan tahjjud dan hatinya pun anda katakan kotor. Adakah anda tuhan sehingga mengetahui isi hati orang lain. Seorang Islam tidak akan mengatakan semua itu kepada seorang islam. Apalah jasa anda berbanding KPN Musa Hassan. Yang saya nampak anda hanyalah seorang penghasut dan penyebar fitnah murahan politik.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger