Monday, September 28, 2009

Aqidah Boleh Rosak Dengan Menyokong UMNO

Tiada satu nikmat pun dalam dunia ini yang boleh menandingi nikmat Iman dan Islam. Hatta jika dilonggokkan seluruh kekayaan yang ada di dunia ini sekalipun , namun ianya sama sekali tidak mampu menandingi nikmat hidup sebagai sebagai seorang Muslim.

Tanpa disedari sebenarnya kita adalah di kalangan insan yang dipilih oleh Allah sejak azali lagi untuk dizahirkan ke dunia sebagai seorang Islam. Keluar dari perut ibu kita yang Muslim. Bayangkanlah jika ibu yang melahirkan kita itu kafir. Sudah tentu kita akan menuruti saja kekafiran ibu kita tanpa usul periksa samada agama anutan mereka benar atau tidak. Na'uzubillah.

Adalah amat malang sekali bagi kita yang telah diberi nikmat Iman dan Islam tetapi dalam waktu yang sama kita dengan sengaja membiarkan diri terus jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Lihat saja apa yang berlaku dalam masyarakat Islam negara kita khususnya dan seluruh dunia amnya. Semakin hari semakin jauh dari Islam malah ada yang terus meninggalkan ibadah fardhu yang telah diwajibkan yaitu solat. Lebih dahsyat lagi apabila kita dikejutkan dengan gejala murtad yang berlaku di kalangan umat Islam di negara ini sudah mencecah angka suku juta orang.

Hari ini umat Islam telah berpecah kepada pelbagai golongan sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud "Umat Nabi Musa berpecah kepada 71 golongan, umat Nabi Isa pula berpecah kepada 72 golongan manakala umat aku berpecah kepada 73 golongan. Hanya 1 golongan saja yang selamat".

Di padang Mahsyar kelak Allah memberitahu Nabi Adam bahawa dari 1,000 orang Islam hanya seorang saja layak masuk syurga. Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Adakah kita termasuk dalam golongan yang dimaksudkan oleh Allah dan RasulNya...

Apa yang nak saya utarakan di sini ialah bagaimana kedudukan orang Islam yang menjadi ahli dan menyokong UMNO.

Sepatutnya sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui tentang latar belakang dan dasar perjuangan sesebuah parti atau persatuan itu. Jangan kita main masuk saja. Cuba tanya diri kita. Kenapa kita tak minum arak, main judi, zina, merompak ? Sudah tentu kita jawab dengan satu perkataan saja yaitu HARAM. Begitu juga dengan riba'. Semenjak dilaksanakan sistem perbankan Islam, maka kita memilihnya sebab kita tahu riba' itu haram dan termasuk dalam 7 dosa pembinasa.

Kalau dalam bab solat, puasa, zakat, haji, halal dan haram boleh kita patuhi, mengapa dalam bab politik dan pilih pemimpin kita tak mahu ikut Islam ? Kita sendiri tahu Islam adalah Ad-Din (way of life). Ad-Din itu bermaksud lengkap segala-galanya. Tiada yang kurang. Semuanya ada dalam Islam termasuklah bab politik dan pilih pemimpin.

Allah yang ciptakan manusia, maka sudah tentu Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua dalam nak menjalani hidup yang sempurna, aman dan bahagia di dunia ini. Sebab itulah Allah mengutuskan para Rasul dan Nabi serta menurunkan Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an sebagai panduan hidup manusia agar beriman dan mentauhidkanNya.

Lihat saja apa yang telah terjadi kepada umat Islam di seluruh dunia mutakhir ini. Semakin rosak dan jauh dari rahmat Allah. Sebab apa ?

Salah satu sebab utama ialah salah pilih pemimpin. Islam amat menitik beratkan soal pilih pemimpin sebab pemimpinlah akan menentu dan mencorak sistem dalam negara masing-masing. Jika pemimpin yang dipilih itu tidak beriman, maka negara akan diperintah secara zalim manakala rakyatnya hidup dalam ketakutan, kesusahan dan akhirnya semakin jauh dari agama. Kita boleh singkap balik bagaimana rosaknya akhlak dan iman rakyat Turki sewaktu zaman pemerintahan bapa sekular Kamal Ataturk. Sehingga ke hari ini masih ramai rakyat Turki yang berfahaman sekular dan mengamalkan cara hidup Barat. Kesan 'kerosakan' yang dibuat oleh Kamal Ataturk terhadap rakyat Turki amat payah untuk dipulihkan walaupun dia dah mampus hampir 100 tahun.

Begitulah juga dengan kita di Malaysia. Hasil dari pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO sejak zaman merdeka menyebabkan ramai umat Islam yang murtad hari ini. Yang tidak bersolat pula tak tahulah berapa ramai. Manakala yang bersolat, berpuasa, berzakat dan pergi haji tapi Aqidah rosak entah berapa juta orang pulak...

Sedarkah kita selama ini jika mengikut susunan keutamaan dalam Islam, yang pertama adalah AQIDAH. Kemudian baru diikuti dengan ibadah. Jika aqidah rosak, maka segala amal ibadah kita sia-sia belaka. Malangnya majoriti kita umat Islam hari ini tak faham apa itu Aqidah. Kita hanya menganut Islam keturunan saja. Jika keluarga kita menganut Islam sekular, maka kita pun turut sama seperti mereka tanpa usul periksa. Bagi yang lahir dari keluarga yang berpegang teguh kepada Aqidah Islam yang betul dan beramal dengannya, maka beruntunglah mereka.

Mengapa saya katakan UMNO itu sesat ?

Fakta 1 - Almarhum Tunku sendiri mengakui bahawa UMNO adalah parti kebangsaan yang berfahaman sekular.

Fakta 2 - Sekular itu sendiri adalah ajaran Kristian yang memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).

Fakta 3 - Sejak merdeka UMNO menggunakan Perlembagaan Lord Reid sebagai undang-undang tertinggi negara.

Fakta 4 - Pemimpin UMNO sendiri pernah menyebut bahawa Hudud tak boleh dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majmuk.

Fakta 5 - Mahathir (bekas Presiden UMNO) menyatakan "Jika kita terlalu ikut Islam maka bangsa Melayu akan ketinggalan" dalam buku Malay Dilemma.

Takkanlah kita tak boleh fikir sendiri. Apakah hukumnya jika kita sengaja menyokong dan menjadi ahli sebuah parti yang jelas mengamalkan ajaran Kristian (sekular)? Bolehkah diterima Islam kita ?

Lu Fikirlah Sendiri... sebelum nyawa sampai di urat mereh. Seingat saya dalam posting sebelum ini saya ada sertakan sekali dengan hujah Al-Qur'an. Nak lebih jelas lagi, carilah sendiri buku atau Video CD kuliah tentang perkara yang boleh merosakkan Aqidah.

Niat saya hanyalah mahu menyatakan kebenaran.

1 comment:

Anonymous said...

Fakta 2 - Sekular itu sendiri adalah ajaran Kristian yang memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).

aku tak sokong umno or mana2 pihak, bagi aku politik ni bagi kat org2 yg susah dan takde kerja lain dalam hidup. lainlah kalau aku org politik,politik boleh buat duit.

by the way, fakta ko tu nmpak sgt ko bodoh dan buta sejarah.
sjak bila kristian ajar pisahkan agama dgn politik bahlul?

ke mmg org islam suka reka fakta sendiri kut?patut org2 islam bodoh bengap.

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger