Sunday, September 13, 2009

Mirzan Mahathir Dan Arak

Bila kita kata pemimpin UMNO takde beza dengan puak-puak kafir ramai orang marah. Kalau benar sebagaimana dakwa si PM Najib Altantuya yang UMNO tu parti Islam sebenar, maka sepatutnya Malaysia tiada kilang arak Carlsberg. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Jika kita melalui Federal Highway menuju ke Shah Alam, maka kita akan lihat sebesar-besar kilang Carlsberg di sebelah kiri lebuhraya tersebut. Jika pecahlah tangki yang menyimpan arak tersebut, satu Shah Alam dibanjiri arak. Bukan setakat orang saja yang mabuk, malah binatang yang melata pun turut sama terhuyung-hayang terhidu bau arak.

Apa yang takde kat Malaysia ? Semua ada. Pusat Kasino Genting Highland, pusat pelacuran, pusat hiburan melampau dan pelbagai lagi pusat-pusat maksiat yang tumbuh macam cendawan. Pendek kata apa yang ada di negara barat, ada juga di negara kita. Islam apa namanya ini ?

Sapa perintah Malaysia sejak merdeka ? Semua orang tahu UMNO yang mengetuai BN sebagai kerajaan. Sapa dia pemimpin UMNO tu ? Orang Melayu beragama Islam. Jika benar pemimpin UMNO itu Islam, mengapa mereka benarkan pembinaan kilang arak dan pusat judi ?

Ini menunjukkan bahawa pemimpin UMNO memang 'tunduk' kepada tuntutan golongan kafirun. Sebenarnya aku tak hairan langsung dengan perangai pemimpin UMNO ni sebab mereka adalah golongan munafiq. Golongan munafiq ni memang lebih jahat daripada kafir. Mereka hanya berpura-pura beriman dan menyembunyikan kekafiran mereka.

Cuba renungkan di mana letaknya Islam si anak Mahathir jika dia sanggup menerima perlantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah SMC (San Miguel Corp), sebuah syarikat pengeluar arak yang terbesar di Filipina. Dan kita jangan lupa si Mirzan nilah yang pergi jumpa Anwar untuk minta tolong selesaikan hutang syarikat perkapalan yang hampir bankrap. Waktu tu Anwar Menteri Kewangan. Mirzan pergi jumpa Anwar atas arahan ayahnya yang ketika itu sebagai PM. Mirzan minta Anwar keluarkan wang perbendaharaan untuk langsaikan hutang lapuknya tetapi Anwar enggan menolong. Mana boleh gunakan wang rakyat untuk langsaikan hutang seorang anak PM. Banyak cantik muka dia.

Bak kata orang kalau dah bapaknya buta kayu pasal Islam, apatah lagi anaknya. Mahathir memang dari dulu lagi anti-Islam. Salah seorang idolanya ialah Mustafa Kamal Ataturk yang dah mampus dan mayatnya tidak diterima bumi. Malangnya orang Melayu UMNO yang bodoh. Buta mata hati mereka sehingga tak boleh nampak betapa sesatnya para pemimpin mereka. Inilah akibatnya jika menganut Islam keturunan. Jika mak bapak sekular, maka anak cucu turut jadi sekular kecuali jika anak itu sendiri memang cenderung kepada Islam. Kalau tak, memang seisi keluargalah jadi penghuni Jahannam.

Jika Allah ciptakan kita hanya untuk hidup kat dunia semata-mata dan tak mati-mati, nescaya Allah tak akan mengutuskan RasulNya dan menurunkan kitab-kitabNya. Nak buat apa utus Rasul dan Nabi kalau manusia terus hidup kekal di dunia selamanya. Tiada Judgement Day.

Masalahnya sekarang kita semua dijadikan oleh Allah untuk hidup di dunia ini buat sementara saja. Kita dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan seluruh perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sebagai Muslim sudah tentu kita wajib beriman dengan seluruh isi kandungan Al-Qur'an dan Sunnah.

Bila Allah wajibkan semua umat Islam menegakkan Daulah Islamiyah, maka ianya menjadi Fardhu 'Ain bagi setiap Muslim untuk bersama dan menyokong mana-mana gerakan, parti atau jamaah yang berjuang ke arah itu. Dan kita tak boleh menolaknya. Jika kita berdegil dan masih enggan bersama perjuangan yang benar ini, maka bersedialah untuk menerima balasan siksaan yang amat pedih kelak di Akhirat.

Sudah jelas Allah sebut dalam Al-Qur'an tentang kewajiban melaksanakan segala Hukum dan Undang-Undang Islam tetapi para pemimpin UMNO masih berdegil dan mencari pelbagai alasan untuk membenarkan tindakan mereka menggunakan undang-undang ciptaan manusia (penjajah) sebagai undang-undang tertinggi negara.

Agaknya seluruh pemimpin, ahli dan penyokong UMNO ini memang dah 'training' serta bersedia untuk menahan kepanasan bakaran api Neraka Allah kelak. Sebab itulah mereka terus berdegil dan berani menentang Hukum Allah.

Iyalah... bukannya apa, cumanya aku hairan kenapalah puak-puak ni masih tak mahu mengambil Al-Qur'an sebagai Perlembagaan Negara.

Terpulanglah kepada seluruh ahli dan penyokong UMNO yang setia. Jangan sampai besok menyesal tak sudah. Sementara nyawa masih melekat kat badan, eloklah segera meninggalkan UMNO dan melakukan Hijrah dalam bulan Ramadhan ini.

Wassalam.

1 comment:

hjanuar said...

Saya amat bersetuju kalau anda mengatakan kerajaan BN gagal menghapuskan kilang arak tetapi bagaimana pula dengan Kerjaan PR yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP yang memerintah Selangor selangor sekarang. kenapa tak tutup kilang arak malah perkara yang kecil seperti penjualan arak di Shah Alam pun masih gagal nak dihapuskan. Seperkara lagi jangalah sedap mengatakan Tun Mahatir sebagai buta kayu tetang islam . Saya mengesyorkan agar anda berfikir dan menulis sebagai seorang ahli tasauf yang bercerita atas kebenaran bukan diatas kepentingan politik tertentu kerana kalau tersalah tulis dalam mengatakan sesautu tanapa ada kebenarannya akan menjerumuskan kita ke dalam neraka jahanam. Semoga ALLAH mengampunkan dan merahmati anda sekeeluarga dan semoga anda tidak terjerumus kedalam golongan yang rugi didunia dan akhirat. Wallahualam....

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger