Sunday, September 27, 2009

Ibrahim Ali Si Pengkhianat

Bila sebut saja nama Ibrahim Ali, semua orang kat Malaysia ni tau sapa dia. Orang Pasir Mas lagi kenal Abe Yim ni. Dengar cerita punyalah 'baik' Abe Yim ni sampai elaun Parlimen pun dia serah bulat-bulat kat orang Pasir Mas.

Aku tak hairan bila dia tak ambil elaun Parlimen ni. Berapalah sangat elaunnya. Campur tolak ada le lebih kurang RM 7,000. Perlu diingat waktu Ibrahim Ali dalam kerajaan zaman Mahathir dulu dia dah kaya raya. Projek Jambatan Tendung di Pasir Mas saja dia sapu puluhan juta. Aku dapat tahu hal ni bila pergi ke Kelantan dalam tahun 1998. Waktu tu pergi menemani sahabat bertemu dengan salah seorang Jurutera Daerah di sana. Jurutera tulah yang ceritakan pada kami tentang projek jambatan tersebut.

Jadi apa yang kita nak hairan kalau dia tak ambil elaun Parlimen tu.

La ni Ibrahim Ali dah mula tunjuk belang dan nak lawan tauke. Ada ke patut dia cabar TGNA letak jawatan sebagai MB. Tak tahulah aku jenis apakah manusia yang bernama Ibrahim Ali ni. Betul-betul tak sedaq diri punya orang. Dia boleh bertanding kat Pasir Mas dalam PRU12 dulu tu pun pasai TGNA dan pimpinan PAS Kelantan beri laluan padanya. Bukan setakat tu saja malah diberi izin menggunakan lambang BULAN. Sepatutnya YDP PAS Pasir Mas yang bertanding namun demi 'walaq' pada pimpinan, maka Ustaz Ismail Noh redha dan rela memberikan laluan padanya.

Perlu diingat sebenarnya Ibrahim Ali ni tiada jiwa Islam. Hatinya masih condong kepada UMNO namun disebabkan UMNO Kelantan dah tendang dia, maka dia terhegeh-hegeh minta belas kasihan TGNA dan pimpinan PAS Kelantan agar membenarkan dia bertanding di Pasir Mas sebagai calon bebas tapi menggunakan lambang bulan. Biasalah golongan fasik dan munafiq macam Ibrahim Ali ni memang pandai bermuka-muka. Sebelum PRU12 dulu bukan main lagi dia hentam kerajaan pusat. Ceramah kat pentas PAS dah macam orang PAS gamaknya. Lepas dah dapat 'lesen' dari PAS Kelantan untuk bertanding di Pasir Mas dan menang pulak, alih-alih berubah sikap dan perangai. Habis semua pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat dia hentam sampai lumat. Dan yang terbaru pulak dia boleh buat kenyataan menggesa TGNA meletakkan jawatan sebagai MB kerana dah tua.

Nampaknya si 'katak' ni sengaja menempah 'maut' dalam karier politiknya. Percaya atau tidak, kita tengok saja nasib dia dalam PRU13 nanti. Kalau dia nak bertanding juga lagi kat Pasir Mas, silakan tapi atas tiket Bebas. Biar berlaku pertandingan 3 penjuru PAS, BN dan Bebas. Kita tengok saja sapa yang akan dipilih oleh pengundi Pasir Mas.

Memang tak dinafikan dia punya pengaruh dan penyokong dalam kawasan Parlimennya namun sikap dan tindak-tanduknya sekarang membuatkan para pengundi dan penyokongnya meluat. Yang pasti sokongan terhadapnya semakin merosot. Satu kesilapan besar yang dilakukan olehnya apabila mengkhianati TGNA selaku Mursyidul Am PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan. Pengkhianatan yang dilakukan oleh Ibrahim Ali ni memang tak boleh dimaafkan.

Jika dia ada maruah diri, sila letak jawatan segera sebagai MP Pasir Mas.

Tak dinafikan dalam nak memenangi pilihanraya kita memang perlukan sokongan rakyat. Sebab itulah mana-mana parti yang bertanding akan memastikan calon yang dipilih itu adalah orang yang mempunyai pengaruh dalam kawasan masing-masing. Selain daripada isu nasional dan tempatan, faktor calon juga memainkan peranan penting dalam nak mencapai kemenangan.

Fakta yang tidak boleh disangkal ialah tentang pengaruh dan penampilan peribadi TGNA itu sendiri merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kekuatan pengaruh PAS di Kelantan. Insya'Allah, pasti akan ada pengganti TGNA kelak apabila sudah tiba masanya. Hanya Allah yang Maha Berkuasa mengatur dan merencanakan perancanganNya.

Kadang-kadang kita yang jadi ahli PAS ni pun selalu 'lost contact' dengan Allah. Jika ahli biasa macam kita ni tak hairanlah sangat tetapi yang jadi masalahnya bila masih ramai di kalangan pimpinan pun sama juga. Almaklum sajalah bila dah berada di atas kadang-kadang pandai terlupa. Merasakan diri hebat dan jika beroleh kemenangan, maka kemenangan itu dirasakan hasil daripada usaha sendiri dan gerakerja yang dibuat.

Ekoran dari sifat 'mazmummah' yang masih bersarang dalam dada, maka tidak hairanlah jika cakap-cakap kita dalam pentas ceramah tidak masuk dalam jiwa yang mendengar. Takde rohnya. Berbeza dengan orang yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah. Kata-kata dan ucapan mereka memberi kesan kepada yang emndengar. Hatta musuh pun gerun dengan golongan Mutaqqin ini.

Berbalik pada Ibrahim Ali, kita doakan semuga dia cepat sedar dan bertaubat serta memohon maaf secara terbuka kepada TGNA, seluruh pimpinan dan ahli PAS Kelantan. Jika dia masih berdegil juga, kita serahkan saja urusan ini pada Allah SWT. Biar Dia yang menentukan apakah balasan yang terbaik untuknya.

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger