Thursday, October 1, 2009

PRK Bagan Pinang - Pakatan Rakyat Kalah ?

Walaupun media pro Pakatan Rakyat menyiarkan berita yang positif tentang peluang PAS dalam PRK Bagan Pinang namun jauh di sudut hati saya berkata "Bolehkah PAS menang ?" Walaupun sebagai ahli PAS tetapi saya lebih suka berpijak di bumi nyata. Memang kita mahu PAS menang dalam pilihanraya tetapi biarlah kita tahu mengukur sejauh mana kemampuan dan gerakerja yang telah dilakukan.

Memang dalam 'tabiat' politik, propaganda (psywar) itu perlu bagi menggertak musuh dan 'menggosok' minda pengundi tetapi kadangkala perlu diubah teknik perang psikologi ini. Sebagaimana yang kita maklum pihak musuh UBN ada segalanya. Dalam konteks PRK Bagan Pinang ini UBN akan memanipulasikan kira-kira 4,500 undi tentera (undi pos). Dan inilah 'nyawa' BN untuk menang.

Memang kita sedia maklum bahawa majoriti anggota tentera pro Pakatan Rakyat. Masalahnya adakah anggota tentera di Kem Port Dickson ini akan membuang undi sebagaimana biasa seperti orang awam. Atau kertas undi akan diberikan kepada mereka dalam sampul surat yang tertulis No Tentera masing-masing dan kemudian akan diserahkan kepada Pegawai atasan mereka yang dilantik sebagai wakil SPR. Selepas itu barulah pegawai mereka akan keluarkan kertas undi tersebut untuk dimasukkan ke dalam peti Undi Pos.

Jika benarlah kaedah ini yang digunakan, maka jangan diharap majoriti anggota tentera yang berani untuk mengundi PR kerana identiti mereka boleh dikenalpasti melalui sampul surat tersebut. Bagi anggota tentera yang sokong Pakatan Rakyat, mereka ada 2 opsyen saja yaitu,

1- Jika berani menanggung risiko, maka keluar mengundi di kem dan UNDI PAS.

2- Jika tak sanggup berhadapan dengan tindakan, tak payah buang undi.

Bila melihat dari rekod PRU12, memang PR ada peluang untuk memenangi DUN Bagan Pinang jika tiada 'gangguan' undi pos tentera yang begitu besar jumlahnya. Dipercayai SPR yang jadi 'pecacai bangsat' UBN tidak akan sesekali memansuhkan Undi Pos ini walaupun ianya sudah tak perlu lagi pada masa ini. Tentera hari ini bukan lagi macam dulu asyik masuk hutan kejar komunis. Tentera kita sekarang kerja dah mudah. Paling tidak pun buat latihan ketenteraan sesekali saja. Selebihnya terbang sana terbang sini ikut misi bantuan PBB. Balik Malaysia dapat elaun banyak.

Ekoran dari masalah penipuan Undi Pos ini, Pakatan Rakyat perlu lakukan 'silent psywar' terhadap anggota keselamatan yang ada dalam negara. Kita jangan lupa ramai di kalangan anggota tentera dan Polis yang sokong dan simpati kepada PR namun mereka terpaksa 'membisu' disebabkan tak mahu kerjaya mereka tergugat. Kita dah tahu undi pos ini akan terus digunakan oleh UBN untuk menang, maka kita jangan terlampau banyak buang masa 'complaint' pasal ini lagi. Sudah sampai masanya PR ubah strategi dan pendekatan sehingga undi pos ini pulak beri advantage pada kita.

Dulu bila SPR menguatkuasakan peraturan baru di mana tempat mengundi adalah mengikut alamat yang tertera dalam kad pengenalan. Sebenarnya peraturan ini menguntungkan Pakatan Rakyat namun disebabkan kelalaian dan kelemahan jentera, maka ianya hanya menguntungkan UBN saja. Sepatutnya Pakatan Rakyat menubuhkan satu task-force dalam setiap Parlimen bagi melakukan tugas 'Kad Pengenalan' ini. Tapi malangnya hanya 'hangat-hangat tahi ayam'. Lepas tu bila kalah mulalah menyalahkan UBN yang menipu begitu dan begini. Kita sendiri dah tahu memang kerja mereka menipu, mengugut dan membeli undi. Habis yang kita ni pulak tak tahu nak 'menipu'. Bukankah tipu helah itu adalah salah satu strategi dalam peperangan.

Saya begitu optimis jika Pakatan Rakyat buat kerja sungguh-sungguh dari dulu, tak mustahil PRU12 dulu kita dah perintah negara tapi ini tak berlaku sebab salah sendiri. Cuba tanya jentera kita pasal pengundi di lokaliti masing-masing beberapa soalan berikut ;

1- Berapa buah rumah yang ada dalam lokaliti ini ?

2- Siapa tuan-rumahnya, berapa ramai anaknya, berapa orang yang telah bekerja dan sokong apa ?

3- Ada tak maklumat lengkap tentang setiap isi rumah ?

4- Bagaimana status culaan setiap isi rumah itu dan sekerap mana dibuat ?

5- Ada tak disimpan maklumat lengkap tentang individu yang keluar mengundi dalam pilihanraya lalu bagi setiap lokaliti ?

6- Tahukah berapa jumlah pengundi tempatan yang bekerja di luar ? Adakah mereka balik mengundi ?

Percaya atau tidak, kita akan dapat jawapan bagi setiap soalan ini lebih kurang begini ;

Jawapan 1 - Rasa-rasanya ada dalam lebih kurang 50 buah rumah kot.

Jawapan 2 - Tuan rumahnya si pulan bin pulan, anaknya lebih kurang 5 orang. Tak tahulah pulak jika ada yang bekerja. Rasanya macam sokong PAS.

Jawapan 3 - Takde.

Jawapan 4 - Ada juga buat culaan bila dekat pilihanraya. Itu pun secara rambang.

Jawapan 5 - Takde.

Jawapan 6 - Tak tahu.

Macamana kita nak menang jika maklumat penting sebegini takde dan tak lengkap. Main agak-agak saja. Hasilnya kerja dakwah dan penerangan tidak menepati sasaran. Macamana nak tepat, takde maklumat. Risalah menimbun-nimbun dalam bilik gerakan. Dah bubar Parlimen, barulah nak diedarkan. Sapa yang nak baca risalah yang datang berpuluh keping. Akhirnya mereka buat bungkus nasi lemak atau dibuang ke dalam tong sampah. Bila kalah, mudah saja lidah beri alasan "Allah belum lagi mahu beri kita menang..." Tak malukah kita pada Allah dengan alasan yang kita beri ini ? Dahlah kerja yang kita buat secara sambil lewa, lepas tu kita tawakkal.

Jika senario ini tidak diubah, jangan kita bicara soal kemenangan.

Sebelum tidur, marilah kita berdoa' semuga Allah berikan kemenangan kepada calon PAS di Bagan Pinang. Dengar khabar jentera PR di Bagan Pinang telah bertungkus-lumus sejak sebelum PRU12 bagi mencapai kemenangan. Yakinlah, Allah pasti bantu kita jika kerja yang dibuat secara teratur, bermaklumat lengkap dan istiqamah.

Takbir 3x ...

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger