Monday, August 6, 2012

Orang bangang percaya Shahrizat

Tak taulah bahasa apa lagi nak digunakan bagi menggambarkan betapa kejinya perangai dan sifat munafiq pimpinan UMNO ni. Paling dikesalkan bila ada lagi orang yg ngaku Islam kat negara ni masih boleh terpedaya dengan tipu-helah dan pembohongan para pimpinan UMNO. Inilah padahnya bila beriman pada sebahagian Al Qur'an dan kufur sebahagiannya lagi. Justeru, Allah SWT mematikan hati mereka daripada melihat kebenaran hakiki.

Semalam, bekas Menteri Wanita bagitau yang dia tak tahu menahu pasal Projek Lembu Fidlot NFC yang melibatkan wang rakyat RM250 juta. Sapa yang nak percaya dengan si Shahrizat ni sedangkan projek itu dikurniakan kepada syarikat suaminya.

Pendedahan beserta dokumen bukti yang didedahkan oleh Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya tentang penyelewengan yang dilakukan oleh keluarga Shahrizat namun betina lidah bercabang itu tanpa harga dan maruah diri masih boleh menafikan penglibatannya.

Projek NFC ini diluluskan di zaman Pak Lah. Sepatutnya peruntukan itu digunakan untuk membantu rakyat di kalangan penternak-penternak lembu yang sedia ada dan juga mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka.

Tentunya peruntukan yang besar itu bukan saja untuk membekalkan lembu-lembu baka yang bermutu tinggi, juga menyediakan latihan khusus agar penternak ada ilmu dan kemahiran tinggi dalam bidang ternakan agar misi dan visi projek NFC itu mencapai matlamat dan sasarannya. Malangnya, apa yang berlaku sebaliknya. Pengumuman peruntukan Projek Lembu Fidlot dibuat sekadar menyedapkan hati rakyat saja. Hakikatnya bukan untuk rakyat tapi untuk mengkayakan kroni mereka sendiri.

Shahrizat boleh buat penafian semahunya tapi rakyat hari ini semakin celik mata hatinya, juga semakin kenal siapa UMNO sebenarnya. Penyelewengan wang rakyat oleh UMNO dah tak boleh disorok lagi. Satu demi satu kebobrokan UMNO didedahkan oleh 'orang dalam' sendiri.

Gulingkan rejim UMNO BN dalam PRU13 bagi menyelamatkan negara ini.

Saturday, August 4, 2012

Keluarga Shaaribu dihalang masuk M'sia

Tahun lepas, peguam 'Scorpene' William Bourdon telah ditahan di dalam pesawat oleh pihak imigresen sebaik tiba di KLIA daripada Penang. Beliau telah dihantar pulang menaiki pesawat ke Paris pada malam itu juga. Hari ini, seluruh ahli anggota keluarga Shaaribu pula dihalang untuk masuk Malaysia. Soalnya kenapa mereka dihalang masuk ke negara ini?

Penulis dapat maklumat ini dari seorang rakan FB. Katanya, seorang sahabatnya yang bertugas sebagai Pegawai Imigresen telah mendedahkan bahawa pihak Imigresen telah mendapat arahan pihak atasan untuk menahan siapa saja di kalangan ahli keluarga Shaaribu yang masuk ke negara ini.


Bagi penulis, tentu arahan ini datangnya dari Najib Rosmah. Jelas sekali arahan menghalang keluarga Shaaribu dari memasuki negara ini membuktikan yang pasangan No.1 negara itu terlibat secara langsung dengan pembunuhan Altantuya 6 tahun lalu.

Nampaknya Najib dan Rosmah terus dibayangi Altantuya sepanjang hidupnya apatah lagi tempoh Parlimen hanya berbaki 7 bulan lagi.

Sampai bila Najib Rosmah mahu menyembunyikan dosa besarnya atas kematian Altantuya? Apakah pasangan No.1 itu mengira boleh terus memperalatkan pihak berkuasa untuk melindungi pekung kedurjanaannya itu? Walau pihak Polis dan Mahkamah digunakan untuk menafikan penglibatan mereka namun satu-persatu pekong mereka dibongkar oleh orang dalam sendiri.

Enough is enough. Sudah sampai masanya Najib Rosmah menerima pembalasan Allah atas segala kejahatan dan kekejian yang dilakukan. Semakin hari rakyat semakin bijak dan tahu menilai antara yang hak dan bathil.

Sebagai rakyat, penulis memang mahu Najib Rosmah dibicarakan di mahkamah terbuka. Jika bersalah, pasangan iblis ni memang patut dijatuhkan hukuman mati.

Wallahu'alam

Wednesday, August 1, 2012

Skandal $38 Trilion Musa Aman

Salah seorang pegawai tertinggi bank HSBC telah meletak jawatan secara sukarela semalam, sambil mengumumkan bahawa bank itu telah membisu seribu bahasa terhadap kegiatan memindahkan wang sebanyak $38 trillion, yang melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Laporan dari pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai wang sogokan pembalakan (suatu kes yang, menurut Najib Razak, boleh disabitkan dengan Musa Aman) mengandungi banyak maklumat mengenai penglibatan HSBC memproses berjuta-juta ringgit yang akhirnya menjurus ke dalam akaun-akaun bank milik Musa Aman.

Begitu juga, Sarawak Report telah mendedahkan maklumat terperinci mengenai siri-siri akaun HSBC yang dikaitkan dengan Musa Aman, yang akhirnya terpaksa ditutup dalam tahun 2006 dahulu.

Maka, tidak hairanlah jika Jawatankuasa Senat US di Homeland Security telah melaporkan bahawa dalam tempoh masa 2006 – 2010, pihak HSBC telah membantu penyelewengan wang merentah antarabangsa yang berskala besar untuk kemudahan geng-geng dadah, kegiatan-kegiatan pengganas dan negara-negara penyangak, menjauhkan dana-dana bersyak-wasangka di antara cawangan-cawangan luar negaranya, di Amerika Syarikat, Switzerland dan tempat-tempat lain.

Fail-fail mahkamah dari Sarawak Report ke atas Musa Aman telah jelas menunjukkan bahawa hasil rasuah pembalakan di Malaysia sepatutnya dimasukkan ke dalam senarai hitam itu juga!

Rasuah pembalakan

Mangsa-mangsa skandal multi-juta dollar ini termasuklah orang-orang asli Sabah, yang telah dimusnahkan tanah dan kawasan pemburuan mereka; pembayar-pembayar cukai, di mana wang-wang cukai mereka telah dicuri dan juga perniagaan-perniagaan yang dilakukan dengan jujur, di mana peluang mereka telah dieksploitasi oleh jenayah rasuah.

Sementara itu, tempias dari jenayah ini telah merangkumi kemusnahan yang amat buruk ke atas salah sebuah alam sekitar yang tinggi nilainya yang masih tinggal di muka bumi kita ini – yang sejak kebelakangan ini mengandungi suatu kawasan hutan hujan yang tertua dan berbio-divesiti.

Pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan telah musnah dan pupus akibat ketamakan yang tiada batasannya hanya dalam masa sedekad sahaja.

Sedikit masa dahulu Musa Aman telah sekali lagi cuba menafikan kesemua bukti yang tinggi menggunung untuk mendakwanya. Namun Speaker di Dewan Undangan Sabah telah tidak membenarkan suatu usul tidak percaya diundi – suatu usaha putus asa yang telah mencemarkan proses demokrasi dilaksanakan. Terdapat juga cubaan yang mencadangkan Musa telah mengumumkan bahawa jutaan dollar itu telah dimasukkan ke dalam akaun-akaunnya di Swiss Bank kerana kononnya dia bertindak selaku penama bagi pihak partinya UMNO dan juga bagi pihak bosnya Perdana Menteri Najib Razak!

Sekiranya senario ini benar, adakan para pelindung Musa akan percaya untuk menjadikannya tidak bersalah dalam kegiatan merompak kekayaan negerinya sendiri? Kerana jika Najib dan Musa disabitkan sama dalam perkara ini, maka mereka berdua sama-sama bersalah!

Peranan yang dimainkan oleh bank-bank HSBC dan UBS bersekongkol merompak khazanah kekayaan Borneo

Sejak sedekad yang lalu, ketika hutan-hutan Sabah hampir ranap ditebang, Musa terus mengeluarkan lesen-lesen untuk menebang kawasan-kawasan hutan yang dilindungi dan kawasan-kawasan cerunan bukit digondolkan oleh para kroni-kroni pembalakannya.

Ketamakannya telah memusnahkan hutan Sabah, sama seperti ketamakan dan kerakusan Abdul Taib Mahmud menebang kawasan hutan yang amat luas di Sarawak.

Dan setelah kami mendedahkan maklumat secara terperinci pada minggu-minggu yang lalu, para kroni Musa telah membayarnya berpuluh-juta dollar wang sogokan menerusi para penamanya, termasuk “orang tengahnya”, Michael Chia.

Kegiatan ini telah dibantu oleh cawangan-cawangan dua buah bank global HSBC dan UBS di Singapura dan Hong Kong bahawa Musa Aman dan Chia telah menyelewengkan wang itu dan menyalurkannya, sebagai mana telah kita laporkan, menerusi beberapa siri akaun luar negara ke dalam akaun Musa Aman sendiri di bank di Zurich.

Kedua-dua bank itu harus disiasat dengan terperinci dan dikendalikan oleh pihak pendakwaraya di Switzerland dan dalam pada itu pihak NGO pejuang alam sekitar Bruno Manser Fund telah, pada minggu ini, mengambil tindakan yang selanjutnya untuk menggesa dan mempastikan bahawa siasatan tetap dijalankan.
Bruno Manser Fund telah mengutuskan surat aduan kepada dua badan perundangan di Singapura, dan pihak Pengawal Kewangan dan Bahagian Siasatan Kewangan bagi mendesak mereka mengambil tindakan atas tindak-tanduk bank HSBC dan UBS mengendalikan akaun-akaun Musa Aman di Singapura.

Aduan-aduan ini tidak seharusnya dipandang ringan kerana pejabat Pendakwaraya Persekutuan Swiss telah pada beberapa hari kebelakangan ini mengumumkan bahawa mereka telah secara rasminya membuka fail siasatan berhubung bank UBS, setelah mereka menerima fail-fail mahkamah daripada Sarawak Report.

Kes berkenaan telah dimaklumakan berdasarkan maklumat menyeluruh yang diberikan oleh pihak berkuasa Hong Kong kepada pihak berkuasa Swiss, yang pada mulanya telah menahan Michael Chia kerana membawa $16 juta dalam tahun 2008.

Pihak-pihak berkuasa di Malaysia juga telah dipaksa mengumumkan mengenai siasatan yang dijalankan oleh negara-negara luar. Hari berganti hari, banyak persoalan ditimbulkan mengapakah Peguam Negara Malaysia (saudara Musa sendiri) telah gagal bertindak berdasarkan fail-fail mahkamah mengenai Musa Aman sebagaimana disahkan oleh Najib Razak.

..... seterusnya di sini

Monday, July 30, 2012

Tsunami Politik Sabah

Jam 5.00 petang tadi penulis bersama MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli bertolak ke Beaufort bagi menghadiri program berbuka puasa bersama Anwar Ibrahim atas undangan Datuk Lajim Ukim yang telah meletakkan semua jawatannya dalam UMNO. Kami sampai di Masjid Jamek Kuala Klias kira-kira jam 6.50 petang.

Program dimulakan dengan majlis berbuka puasa di perkarangan masjid tersebut, diikuti solat Maghrib berjamaah dan tazkirah oleh Anwar. Sebaik selesai solat Isyak dan Tarawih, kami bergerak pula ke perkarangan rumah Lajim Ukim yang terletak kira-kira 700 meter dari masjid itu.

Agak mengejutkan bila penulis dapati ribuan penduduk tempatan telah memenuhi ruang puluhan kanopi yang dipasang bagi mendengar ucapan dari pemimpin Pakatan Rakyat dan Lajim Ukim sendiri.

Penulis kurang bernasib baik kerana tak dapat masuk ke situ kerana tiada sudah ruang letak kereta di kiri-kanan jalan sepanjang 4 km. Sekadar memerhati saja dari jauh.

Apa yang dapat penulis simpulkan daripada pemerhatian kasar tadi, memang tidak dinafikan pengaruh Lajim Ukim amat kuat di Beaufort. Penulis sendiri membuat kajian terperinci berkenaan kekuatan Lajim di kawasannya. Dan malam tadi terbukti di depan mata penulis sendiri dengan kehadiran ribuan rakyat, malahan suasananya sudah seperti program Pakatan Rakyat di Semenanjung.

Persoalannya, apakah fenomena yang berlaku malam tadi menjadi signal awal bahawa satu perubahan drastik bakal berlaku atas landskap politik Sabah???

Anda boleh buat penilaian sendiri.

Saturday, July 28, 2012

Barack Obama seorang ahli politik bijak

Hampir 3 bulan penulis tak update blog ni kerana sibuk update status di FB. Entah nape pagi ni macam ada satu semangat untuk kembali menulis. Kali ni penulis nak melontarkan satu pandangan secara umum yang tidak dipengaruhi oleh sentimen mana-mana parti pun.

Memang tak dinafikan dalam konteks politik Malaysia, agak sukar untuk kita membuat ramalan hampir tepat berkaitan peluang Pakatan Rakyat ekoran sikap autokratik kerajaan UMNO BN yang telah mendominasi kerajaan pusat lebih 52 tahun.

Melalui penguasaan sepenuhnya instrumen media perdana tanpa diberi peluang langsung pada pihak pembangkang untuk bersiaran, telah menyebabkan majoriti rakyat hanya mendapat maklumat dari pihak penguasa saja. Selain penguasaan media, pihak penguatkuasa undang-undang turut dipergunakan semahunya bagi melindungi kepentingan politik pemerintah, khususnya UMNO.

Namun, pentas politik Malaysia serta-merta berubah dalam PRU12 2008 apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai 5 negeri di Semenanjung. Sejak itu, rejim UMNO dilihat macam cacing kepanasan ekoran keputusan PRU12 yang tidak diduga. Pelbagai konspirasi dan fitnah terus dirancang untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat. Namun akhirnya, segala fitnah dan propaganda yang dirancang itu telah memakan diri UMNO sendiri.

Dalam suasana bahang PRU13 yang semakin dekat, ditambah pula dengan kemudahan internet jalur lebar yang semakin laju serta kemudahan akses internet di mana saja melalui telefon bimbit canggih, hari ini rakyat semakin bijak menilai siapa yang berada di pihak yang benar walau pentadbiran Najib telah 'merasuah' rakyat dengan BR1M RM500 tahun lalu dan diulangi sekali lagi baru-baru ini.

Penulis agak kesal dengan sikap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat yang dilihat agak kurang cerdik dalam politik. Beberapa isu yang belaku sebelum ini jelas menampakkan betapa tak matangnya cara mereka berpolitik. Dan perlu diakui sikap gelojoh mereka itu sebenarnya lebih dipengaruhi oleh ego (bodoh sombong), gila kuasa dan sentimen kepentingan peribadi hingga memberi ruang kepada pihak musuh melakukan serangan dan mengakibatkan kecalaran imej kerajaan PR itu sendiri.

Sewajarnya, peluang dapat memerintah 4 negeri itu dijadikan landasan bagi mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan yang diterajui, bukannya menimbulkan polemik bodoh yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah merugikan diri sendiri. Apa yang sepatutnya dilakukan adalah memberi fokus kepada kebajikan majoriti rakyat di bawah sana, bukannya menimbulkan spekulasi dan isu-isu picisan dalaman parti.


Penulis agak tertarik bagaimana cara Presiden Obama berkempen untuk pilihanraya Presiden yang seterusnya. Fokus beliau adalah rakyat kelas menengah (middle-class). Dalam kempen Presiden yang lalu, Obama berjanji akan membela nasib rakyat kelas menengah dalam sektor pekerjaan, kemudahan perubatan dan pendidikan serta menurunkan kadar potongan cukai bagi seluruh rakyat Amerika.

Sebelum Obama mengambil-alih Rumah Putih, lebih 3 juta rakyat Amerika yang kehilangan pekerjaan, menanggung bebanan hutang kad kredit, tiada kemudahan insuran perubatan dan pendidikan serta pelbagai bebanan sara hidup yang tinggi ekoran cukai yang dikenakan.

Dalam tempoh 2 tahun pemerintahannya, sejumlah 4.2 juta rakyat Amerika telah kembali bekerja semula dan masuk tahun ke empat pula, sejumlah 850 ribu lagi mendapat peluang pekerjaan. Begitu juga kejayaan pentadbiran Obama menyediakan kemudahan insuran perubatan dan pendidikan, perlaksanaan Akta Kad Kredit baru bagi mengawal perbelanjaan rakyatnya dan beberapa dasar lain yang menguntungkan golongan kelas menengah.

Penulis yakin Obama akan memenangi Pilihanraya Presiden buat penggal kedua dengan sokongan yang lebih besar lagi ekoran kejayaannya menunaikan sebahagian besar janji dalam kempen pilihanraya 2007 lalu.

In person, penulis tertarik dengan pendekatan Obama dalam kempennya kali ini. Fokusnya ialah kebajikan golongan middle-class rakyat Amerika. Bukan sibuk dengan 'great ideas' yang belum tentu menawan hati rakyatnya.

Sewajarnya muka lama dan muka baru ahli politik PR perlu belajar memahami kemahuan dan aspirasi rakyat. Bukannya sibuk dengan idea besar yang dah lapuk. Apa yang rakyat mahukan adalah pembelaan buat mereka.

Waima apa pun, penulis ucapkan syabas pada Tan Sri Khalid Ibrahim dan KM Lim Guan eng yang cepat belajar daripada kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang telah mengetuai kerajaan Kelantan lebih 20 tahun.

Wallahu'alam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger