Tuesday, July 12, 2011

Menteri dan Polis tiada kuasa

Menteri dan Polis tidak memiliki kuasa untuk mengisytiharkan kesalahan yang tidak disebut mana-mana undang-undang bertulis. Menteri dan kakitangan awam seperti Polis tidak ada kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu, mesti disebut secara jelas dalam sesuatu akta, kata Prof Dr Aziz Bari sambil menegaskan kuasa membuat undang-undang terletak di bawah Parlimen.

"Apa yang dilakukan oleh Menteri dan Polis merupakan satu kesalahan jenayah baru kerana ianya di luar bidang kuasa mereka", kata pakar Perlembagaan itu.

Beliau mengulas arahan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein yang juga sepupu PM Najib Razak, mengarahkan KPN Ismail Omar menangkap sesiapa saja yang memakai pakaian kuning kerana dianggap mempromosi himpunan 9 Julai lalu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perhimpunan aman sebagai perbuatan jenayah sebagaimana yang disebut Hishamuddin dan Ismail dan orang ramai bebas mengendahkan larangan mereka.

"Apa yang dilakukan oleh Menteri dan Polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka", tegasnya.

Ekoran tindakan Menteri KDN mengisytiharkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram dan tindakan memakai, menjual dan membeli T-Shirt Bersih sebagai satu kesalahan serta mengarahkan Polis membuat tangkapan sewenang-wenangnya, Dr Aziz Bari menegaskan bahawa Malaysia bukan lagi negara hukum, sebaliknya perlahan-lahan menjadi Negara Polis atau Negara Diktator berikutan pemerintahnya bersikap "Bersultan di mata, beraja di hati.

"Negara Berperlembagaan (Constitutional State) ialah negara yang dipandu Perlembagaan. Semua orang dari raja hingga ke rakyat mesti bertindak mengikut peruntukan dan semangat Perlembagaan", katanya.

Tambahnya, negara berperlembagaan ada kedaulatan undang-undang (rule of law), semak dan imbang (check and balance) tetapi peristiwa yang berlaku menunjukkan sebaliknya.

Polis bertindak mengikut kehendak parti pemerintah. Mahkamah sudah tidak kelihatan simpati dengan Perlembagaan negara dan rakyat dihalang daripada menikmati hak dan kebebasan mereka yang tertera dalam Perlembagaan.

"Kalau Perlembagaan hanya dipakai untuk diri sendiri sedangkan hak orang lain dilanggar, itu bermakna tiada Perlembagaan. Dan inilah yang berlaku di Malaysia sekarang", katanya ketika mengulas penggunaan Ordinan Darurat terhadap pemimpin PSM dan pengharaman Bersih.

Menyentuh tentang pengharaman baju kuning, Aziz menjelaskan kerajaan telah melanggar prosedur Perlembagaan dan tidak peduli lagi terhadap konsep kemunasabahan dalam perlaksanaan undang-undang.

"Kerajaan dan Polis perlu ingat bahawa undnag-undang merangkumi semangat tertentu. Polis perlu menggunakan pertimbangan, khususnya prinsip kemunasabahan (reasonableness) dan tidak keterlaluan (proportionality)", katanya.

PRU13 Masa Untuk Berubah.

Monday, July 11, 2011

Land Rover Polis rempuh saya - Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mendakwa polis menggunakan trak merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 kelmarin.

Melawat Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam dengan berkerusi roda, pemimpin yang selalu ceria itu kelihatan serius menceritakan kembali pengalamannya itu.

Mohamad (kiri) berkata, ketika dalam perjalanan dari Masjid Negara, tiba-tiba sebuah Land Rover merempuhnya.

Ketika itu, tambahnya, beliau tidak tahu bahawa kenderaan itu dipandu pihak polis.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, setelah terjatuh di jalan, beliau dan penunggang motosikal itu dibawa dengan Land Rover itu ke klinik di Jinjang sebelum kes itu dirujuk ke hospital.

"Kezaliman Wajib Ditentang"

4 tulang dada dan 3 batang gigi Allahyarham patah

Pengarah Hospital HKL mesti bertanggungjawab atas keengganan pihaknya menyerahkan laporan bedah-siasat kepada pihak keluarga Allahyarham Baharudin Ahmad yang menemui ajalnya akibat terkena gas pemedih mata di KLCC pada 9 Julai lalu. Tindakan pihak HKL itu seolah-olah 'membenarkan' dakwaan yang menyebut 4 tulang dada dan 3 batang gigi Allahyarham patah. Mesti ada yang mahu disembunyikan daripada pengetahuan pihak keluarga hasil laporan bedah-siasat itu bila usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL turut gagal untuk mendapatkan laporan itu.

Salah seorang anak saudara Allahyarham, Azhar Kasim mendedahkan "Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah."

Walau pihak HKL menafikan hak keluarga Allahyarham untuk mendapatkan laporan bedah-siasat itu, namun sampai bila mahu dirahsiakan. Pihak Peguam Bersih 2.0 akan mendapatkan perintah Mahkamah bagi tujuan itu.

Jika benarlah dakwaan Azhar Kasim, ini satu kes yang amat serius dan Menteri KDN, Ketua Polis Negara dan timbalannya mesti bertanggungjawab.

Kematian Allahyarham wajib dibela.

Bersih 2.0 : Video bukti keganasan Polis

Media utama milik UMNO tentunya tidak akan menyiarkan rakaman video keganasan Polis pada 9 Julai lalu. Namun, sayugia diingat oleh UMNO bahawa di era teknologi maklumat berkelajuan tinggi hari ini, seluruh dunia telah menyaksikan rejim korup Najib begitu takut dengan kebangkitan rakyat hingga mengarahkan pasukan Polis melakukan apa saja termasuk 'membunuh' jika perlu bagi memastikan himpunan 9 Julai itu gagal. Namun, perancangan Allah SWT tiada sapa yang tahu. Tanpa diduga, seorang rakyat menemui ajalnya setelah terkena gas pemedih mata di KLCC. Mudah-mudahan Allahyarham Baharuddin diterima Allah sebagai syahid.

Melihat pada tindakan biadap dan ganas Polis menendang dan membelasah penyokong Bersih 2.0 dengan cotarnya, jelas memperlihat sikap anggota Polis yang menggunakan peluang itu sebagai 'pesta membelasah' rakyat secara percuma.

Rakaman video oleh Aljazeera ini boleh menceritakan segalanya.


Fikir dan renung-renungkanlah...

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 : Photo di menara Maybank

Seperti biasa media munafiq milik UMNO BN akan melaporkan berita bohong bagi menjaga kepentingan pemerintah korup dan zalim. Manakala gambar yang disiarkan di dada-dada akhbar mereka akan menceritakan seolah-olah himpunan Bersih 2.0 gagal mendapat sambutan rakyat dan penyokong yang hadir bertindak liar hingga pasukan 'anjing UMNO' terpaksa menggunakan water cannon dan gas pemedih mata.

Berikut adalah photo yang sempat penulis rakamkan di Menara Maybank Kuala Lumpur semalam.











Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger