Friday, September 5, 2008

Ugutan Pak Lah - Tidak Serah Kerajaan

Semasa pembentangan Belanjawan 2009, Pak Lah selaku Perdana Menteri menegaskan tidak akan melepaskan kerajaan kerana rakyat telah memberikan mandat kepada BN. Pada zahirnya memang logik juga alasan Pak Lah ni. Tapi hakikatnya dia tidak sedar bahawa kemenangan BN pada PRU12 lalu adalah hasil penipuan yang dilakukan atas arahannya sendiri.

Kenapa kenyataan sebegini disebut PM ? Pastinya Pak Lah dah merasakan bahawa kerusi No.1 negara yang didudukinya sudah mula goyang. Dia sendiri dah mula yakin tentang Group 43 yang akan melompat ke Pakatan Rakyat.

Aku yakin Pak Lah akan bertindak mengisytiharkan darurat apabila 43 MP BN secara rasmi menyertai Pakatan Rakyat. Dia akan mengadap Yang DiPertuan Agong Tuanku Sultan Mizan dan menasihati Baginda agar mengisytiharkan darurat. Seterusnya pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihanraya Umum diadakan semula. Hanya ini sajalah cara terbaik buat Pak Lah bagi memastikan UMNO/BN akan mendapat mandat semula untuk memerintah negara. Itu pada perkiraan dia. Perkiraan rakyat Malaysia, takde sapa yang tahu.

Memang perkara ini dah dijangka. Mereka tidak akan menyerah kalah begitu saja. Apatah lagi dengan segala penyelewengan dan rasuah yang mereka lakukan. Sudah tentu mereka tak sanggup berhadapan dengan risiko penjara. Bagi Najib pula, terpaksa berdepan dengan tuduhan rasuah pembelian kapal selam dan jet Sukhoi serta kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan isterinya Rosmah.

Dalam situasi UMNO/BN merasakan akan kehilangan tampok pemerintahan, mereka pasti akan bertindak apa saja yang di luar jangkaan kita. Tak mustahil boleh berlaku Peristiwa Lalang yang kedua. Pihak Polis pastinya diperkudakan bagi menjayakan segala perancangan jahat dan keji mereka.

Kepada seluruh penyokong Pakatan Rakyat, anda dinasihatkan agar mengikut arahan pimpinan sekiranya berlaku suasana tegang dalam masa yang terdekat ini. Jangan termakan segala propaganda murahan BN yang pastinya disiarkan melalui media penyebar fitnah mereka.

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang cintakan keadilan, berdoa'lah kepada Allah semuga segala perancangan jahat puak-puak munafik ini gagal.

Kita yakin dengan kewibawaan Tuanku Sultan Mizan. Semuga Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk mengambil keputusan terbaik demi kesejahteraan rakyat Malaysia seluruhnya.

Jazakallah.

Thursday, September 4, 2008

Tarikh Keramat 16 September ?

Senario politik tanahair semakin menarik untuk diperkatakan ekoran kemenangan besar Pakatan Rakyat di Permatang Pauh. Petunjuk yang diberikan oleh para pengundi di Permatang Pauh dilihat memberi kesan psikologi yang tidak kurang hebatnya terhadap pemerintahan Pak Lah ketika ini.

Kesan ini sudah tentu lebih dirasai oleh Najib yang pastinya mengimpikan kedudukan kerusi No.1 negara ekoran adanya persetujuan dibuat dengan Pak Lah yang akan memberi laluan padanya menjelang 2010.

Hari ini dilaporkan ada 43 Ahli Parlimen BN telah bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat. Ada juga yang meramalkan bahawa peralihan kuasa ini berlaku lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh Anwar. Pada 11 September ini.

Seandainya benar akan berlaku peralihan kuasa dalam bulan September ini, secara zahirnya memang aku suka tapi pada hakikatnya banyak perkara yang merunsingkan kepala otak aku. Kita tak tahu apa yang dijanjikan oleh Anwar pada 43 orang Ahli Parlimen BN yang nak melompat ni. Adalah satu perkara yang hampir mustahil sekiranya Group 43 ini 'mulia hati' tanpa meminta syarat. Paling tidak mereka mesti mahu jawatan dalam Kabinet Anwar.

Kita kena ingat bahawa Group 43 ini adalah dari BN. Jadi perangai UMNO/BN tu masih ada dalam diri mereka. Tahu sajalah macamana perangai dia orang ni. Fakta sejarah yang membuktikannya. Dulu Pairin membawa keluar PBS dari BN sewaktu PBS memerintah Sabah. Setelah hilang kuasa dan pengaruh di Sabah semenjak UMNO memerintah, dia membawa balik PBS 'rujuk' kembali ke pangkuan BN. Begitu juga dengan Ku Li. Dulu Presiden Semangat 46. Bila S46 mula hilang pengaruh menjelang PRU 1994, Ku Li dan kuncu-kuncunya merujuk semula kepada UMNO/BN.

Jelas kepada kita bahawa Group 43 ini adalah golongan manusia yang tiada 'Aqidah Perjuangan. Mereka sanggup melompat ke sana sini demi menjaga survival politik dan kedudukan mereka. Aku yakin bahawa kumpulan ini akan menyertai PKR sebab mereka melihat PKR ini macam UMNO juga. Cuma bezanya PKR memiliki pemimpin yang bersih dan berani.

Memanglah kita yakin dengan kemampuan Anwar jadi PM memandangkan pengalaman beliau yang pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan memangku jawatan Perdana Menteri. Pimpinan tertinggi PAS juga sebulat suara bersetuju Anwar jadi PM.

Yang aku dok risau ni ialah pasal Timbalan Perdana Menteri. Adakah Anwar akan melantik Presiden PAS sebagai TPM ? Jika Dato' Seri Haji Hadi yang dilantik sebagai TPM, akulah orang pertama yang merasa lega dan bersyukur kepada Allah.

Aku bukannya apa. Dalam situasi sebegini macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Kita kena ingat Anwar tu bukan seorang Ulama'. Dia hanya seorang yang berfikrah Islam dan ini tidak menjamin bahawa dia benar-benar komited untuk melantik seorang ulama' sebagai timbalannya. Seperkara lagi, adakah Anwar berani dan bersedia untuk melaksanakan Undang-Undang Islam (Al-Qur'an) dalam negara kita.

Bagi aku, bukanlah satu masalah bagi Anwar untuk menukar perlembagaan yang sedia ada ini kepada Perlembagaan Al-Qur'an. Jika dia ada kemahuan, pastinya ada jalan. Tentang masyarakat bukan Islam, mereka pasti boleh menerimanya jika diberikan penerangan yang sejelas-jelasnya. Jika YAB Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa pemerintahan Islam yang terbaik, maka tiada alasan bagi Anwar untuk berdalih dalam hal ini.

Anwar kena sedar bahawa dalam keghairahannya untuk mengambilalih pemerintahan negara, jangan sekali-kali lupa bahawa Allah Yang Maha Berkuasa ke atas hati setiap manusia dalam negara ini. Jika Anwar tersilap langkah, sekelip mata kuasa di tangan boleh hilang.

Salam dari KK.










Wednesday, September 3, 2008

Hamba Yang Bertaqwa Dikasihi Seluruh Manusia

Bila menatap gambar ini pastinya berdetik hati dengan berkata "Janji Allah pasti berlaku."

Allah telah berjanji kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa bahawa Dia akan mengarah dan menggerakkan hati seluruh manusia untuk tunduk patuh dan kasih kepadanya.

Gambar ini jelas menunjukkan betapa mesranya hubungan di antara 2 pemimpin utama yang berlainan parti dan agama tetapi boleh duduk semeja sambil berbual. Apa agaknya yang diperkatakan oleh YAB Lim Guan Eng pada YAB Tuan Guru Nik Aziz sambil memegang tongkat milik Tuan Guru. Aku rasa mungkin inilah perbualan mereka berdua ;

Lim Guan Eng : Tuan Guru, cantiklah tongkat ni. Boleh tak bagi kat saya buat kenangan.

Tuan Guru : Kalau awak nak, ambil saja. Nanti hambo boleh beli yang lain.

Lim Guan Eng : Tuan Guru, betul ke pakai tongkat ni Sunnah Nabi ?

Tuan Guru : Benar. Nabi Muhammad sendiri pakai tongkat. Sebab tulah hambo pakai tongkat ni. Kalau kita ikut sunnah, Nabi kasih kat kita.

Semua sedia maklum bahawa Tuan Guru Nik Aziz ada menghadiahkan sebuah buku tentang Pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kepada YAB Lim Guan Eng.

Insan seperti YAB Lim Guan Eng sendiri mengakui bahawa hanya Pemerintahan Islam saja yang terbaik dan boleh menjamin kesejahteraan hidup seluruh manusia. Maka, setelah dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah berjanji bahawa dia akan memerintah dan mentadbir Kerajaan Pulau Pinang mengikut cara Pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Kita menaruh keyakinan terhadap YAB Lim Guan Eng untuk melaksanakan tugasnya. Pastinya beliau akan merujuk kepada YAB Tuan Guru Nik Aziz jika ada sebarang kemusykilan.

Islam For All.

Tuesday, September 2, 2008

Kita Yakin Pendedahan RPK Benar

Kita sebagai rakyat Malaysia mahu keadilan tertegak di dalam negara yang kita cintai. Allah SWT telah mengurniakan keberanian kepada seorang hambaNya yang bernama Raja Petra Kamarudin. Keberanian inilah yang mendorong Yang Mulia RPK membuat pendedahan demi pendedahan termasuklah kes pembunuhan Altantuya yang melibatkan Rosmah, bini Najib.

Baru-baru ini saya mengakses http:blog4pro.blogspot.com (kini telah digodam). Dalam blog ini, RPK menceritakan pertemuan beliau dengan Dato' Syed Abd.Rahman Al-Habsyi, Konsulat Mongolia di Malaysia. Dalam pertemuan yang diadakan di Bangsar, Dato' Syed Abd.Rahman memberitahu RPK bahawa Rosmah yang memberi arahan pembunuhan Altantuya termasuk meletupkan mayat mangsa dengan C4. RPK juga diberitahu bahawa ada 7 individu yang berada di tempat mangsa diletupkan. Rosmah, Lt. Kol Aziz Buyong, Lt. Kol Norhayati Hassan dan 4 orang lagi yang tidak dimaklumkan. Siapakah 4 orang ini ?

Sehari sebelum pertemuan ini, Dato' Syed Abd.Rahman ada membuat kenyataan di TV3 berkenaan keluarga Altantuya disembunyikan. Kita yakin beliau terpaksa membuat kenyataan media ini. Beliau juga ada memberitahu bahawa Ketua Polis Negara ada menghubunginnya dan menasihatinya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM.

Terkini, rumah RPK di Sungai Buloh digeledah oleh sepasukan Polis. Tindakan ini berhubung pendedahan RPK tentang Akuan Bersumpah Dr.Muhamad yang mempertahankan keputusan pemeriksaannya bahawa Saiful tidak diliwat. Malahan salinan rasmi Laporan Pemeriksaan Perubatan dari Hospital Pusrawi ini juga telah terpapar dalam website dan blog.

Kenapa pihak Polis menggeledah rumah RPK ? Apa perlunya tindakan biadap ini. Bukankah si Saiful telah disahkan tidak diliwat. Pengesahan ini dibuat oleh seorang doktor pakar yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam kes sebegini. Bukannya bomoh yang periksa Saiful. Sepatutnnya 'budak bangang' ni patut ditangkap. Nak buat macamana, inilah Malaysia Boleh. Orang yang membuat pendedahan ditahan dan disoalsiasat. Yang membuat tuduhan palsu dan fitnah lepas bebas sebab geng VVIP. Jadi, kepada rakyat Malaysia yang nak kaya cepat, nak makan rasuah beratus juta dan nak buat apa saja, anda dinasihatkan berkawan baik dengan pimpinan tertinggi UMNO/BN. Pastinya anda tidak akan ditangkap dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk melaksanakan hasrat dan cita-cita.

Senario ini mendedahkan lagi ketakutan pimpinan UMNO terhadap kemungkinan Anwar jadi PM. Apa tidaknya. Akuan bersumpah Saiful tak laku. Orang tak percaya. Sumpah laknat yang dirancang tak berjaya mempengaruhi pengundi Permatang Pauh. Malahan Anwar menang besar. Sekarang ni pimpinan UMNO khususnya Najib tak senang duduk. Mesti mencari jalan bagi mensabitkan juga Anwar dalam kes liwat ini. Hanya ini saja harapan bagi memastikan Anwar merengkok semula dalam penjara dan tidak boleh jadi PM.

Sebab tu pihak Polis diarahkan menggeledah rumah RPK untuk mencari salinan Akuan Bersumpah Dr.Muhamad dan Laporan Perubatan Hospital Pusrawi itu. Mereka tidak mahu kedua-dua helai kertas ini sampai di mahkamah.

Apalah punya bangang pimpinan UMNO ni. Dahlah buat fitnah yang serupa terhadap Anwar. Macamana orang nak percaya. Modes operandinya hampir serupa. Cuma tilam saja tak diusung semula ke mahkamah.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengharamkan laman web Malaysia Today milik RPK menjelaskan lagi kepada kita semua bahawa apa yang didedahkan adalah BENAR. Semuanya benar belaka.

To all Malaysian citizen, we are waiting for September 16, 2008.

A Long Journey Towards Victory !














Monday, September 1, 2008

Ketibaan Ramadhan Ini Menyentuh Hatiku

Entah mengapa hati aku begitu tersentuh dengan kehadiran Ramadhan tahun ini. Adakah ianya Ramadhan yang terakhir buatku ataupun titik permulaan bagiku untuk melakukan perubahan besar dalam diri ini. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Walau apapun hakikatnya, aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang olehNya untuk menjalani 'ibadah puasa tahun ini.

Aku berdoa' semuga Allah memberikan aku kekuatan dan keupayaan agar dapat menjalani 'ibadah puasa kali ini dalam erti kata yang sebenarnya. Semuga Allah memimpin aku, isteri dan 4 orang anak aku sehingga berjaya menjadi hambaNya yang sebenarnya.

Bila terkenangkan sejarah hidup aku, kadang-kadang air mata ini mengalir tanpa diundang. Sebagai manusia yang serba dhaif, pastinya aku tidak sunyi dari melakukan kesalahan dan dosa. Dalam erti kata lain, memang tidak layak untuk mendapat syurga Allah. Dengan dosa yang banyak dan amalan yang terlampau sedikit, manalah layak untuk menjadi penghuni Jannah.


Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger