Saturday, January 7, 2012

Revolusi 901???

Mana-mana kerajaan korup di dunia ini pasti takut berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Pelbagai akta zalim digubal bagi mengekang dan menakutkan rakyat agar tidak melawan kerajaan. SB (Siput Babi) polis dan tentera dikerahkan mencari sapa saja di kalangan rakyat yang menentang. Pelbagai ugutan dikenakan termasuk akan dibuang kerja, tak dapat bantuan dan seumpamanya. Manakala di kalangan pemimpin, mereka ditahan, dipenjara dan ada yang dibunuh secara senyap. Namun segala tindakan keji dan zalim itu tidak mampu memadamkan api kemarahan rakyat, sebaliknya terus membara dalam diam ibarat lahar gunung berapi. Hanya menunggu saat untuk meletus saja.

Dan itulah yang berlaku di Indonesia, Tunisia dan Mesir. Rejim zalim dan korup Suharto tumbang dengan kebangkitan mahasiswa. Ben Ali tumbang ekoran kebangkitan rakyat yang dicetuskan oleh seorang pemuda bernama Muhammad Bouzoazi. Juga rejim Mubarak mengalami nasib yang sama. Seluruh rakyat turun ke jalanraya melancarkan revolusi secara total sebagai pilihan terakhir setelah menyedari penipuan kronik dalam pilihanraya.

Revolusi

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia telah bersedia untuk melakukan revolusi seperti di Mesir? ATAU masih percaya dengan sistem pilihanraya yang penuh penipuan dan berat sebelah? ATAU menunggu negara bankrap, baru nak sedar?

Harapan untuk melihat rakyat Malaysia bangkit secara total sebagaimana yang berlaku di Timur Tengah umpama mimpi di siang hari. Antara sebabnya, majoriti rakyat negara ini masih boleh hidup selesa. Bahasa mudahnya masih boleh makanlah dan takde mati kebulur walau pada hakikatnya terus dihimpit dengan bebanan sara hidup yang kian meningkat.

Juga belum sampai ke tahap sebagaimana yang pernah berlaku di Indonesia bila rakyat terlalu dihimpit dengan kemiskinan serta jurang pendapatan yang terlalu besar antara golongan kaya dan miskin hingga mendorong mereka bertindak liar membakar dan memecah-masuk premis-premis perniagaan milik peniaga Cina bagi mendapatkan bekalan makanan.

Selain faktor 'masih boleh cari makan', faktor kesedaran politik yang terlalu amat rendah di kalangan kaum Melayu dan India telah menyebabkan negara ini terus didominasi oleh satu parti pemerintah saja. Akibatnya pemerintah menjadi semakin berani melakukan penyelewengan kuasa demi kepentingan peribadi, keluarga dan kroni mereka.

Pemusatan Kuasa

Satu persatu hak rakyat dirampas, kekayaan negara dimilik peribadikan, pelbagai akta zalim digubal bagi menutup mulut rakyat, penguasaan dan kawalan media perdana, seluruh agensi penguatkuasa undang-undang termasuk mahkamah duduk di bawah telunjuk kuasa eksekutif. Hanya seorang saja yang paling berkuasa. Yaitu Perdana Menteri. Manakala Yang DiPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu hanya berfungsi dalam majlis-majlis rasmi kerajaan tanpa 'taring' setelah kuasa eksekutif dan kekebalan mereka dirampas oleh Mahathir dan UMNO di tahun 90an dulu.

Malang bagi negara ini bila orang Melayu terus percaya dengan segala tipu-daya pemimpin munafiq UMNO yang mendakwa tindakan merampas kekebalan Raja-Raja Melayu adalah bertujuan baik bagi menghalang mereka bertindak sesuka hati walhal hakikatnya bagi membolehkan PM berkuasa penuh tanpa sempadan.

Perkauman

Faktor ketiga ialah sentimen kaum yang ditanamkan ke dalam jiwa Melayu sejak sekian lama. Di kala kuat, pemimpin UMNO akan menyalak macam anjing gila dan mendakwa partinya bukan rasis kerana saling bekerjasama dengan MCA dan MIC serta komponen BN yang lain menerajui negara. Itu di kala kuat.

Namun jangan lupa sejarah. Bila mantan Presiden MCA, Lee Kim Sai mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru, PM Najib ketika itu Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah membuat kenyataan rasis "Keris ini akan bermandikan darah Cina". Apa penghujung 'perbalahan' antara 2 parti komponan BN tu? Lee Kim Sai lari ke Australia, Najib bersembunyi di Indonesia. Yang kena tahan di bawah ISA ialah pihak pembangkang yang tiada kaitan langsung. Antara pimpinan yang ditahan ialah Mat Sabu, Mahfuz Omar, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain.

Maka percayalah si Melayu tolol kononnya UMNO ya ya oh nak bela mereka. Rupanya, satu-persatu hak Melayu dirampas termasuk biasiswa, tanah dan sebagainya. Hari ini apa jadi dengan Melayu? Melayu mana yang kaya-raya? Dan Melayu mana yang papa- kedana? Sapa yang duduk di setinggan? Lu fikirlah sendiri...

Bila mula merasakan kuasa di tangan semakin longgar dalam PRU12, maka UMNO mainkan semula irama perkauman dan agama bagi meraih sokongan Melayu. Sebab tanpa sokongan Melayu, UMNO akan terus lenyap dari persada politik tanahair. Justeru dimainkan isu penggunaan kalimah Allah agar dilihat sebagai pembela agama. Bila isu itu gagal, digendang pula isu perkauman di Pulau Pinang kerana negeri itu diperintah oleh PR yang diketuai oleh DAP.

Yang lucunya ada lagi spesis Melayu UMNO yang boleh terpedaya dek propaganda UMNO yang mendakwa Pulau Pinang kini diperintah oleh Cina DAP (Pakatan Rakyat) dan kuasa orang Melayu telah hilang di negeri itu. Woi Melayu UMNO, lupakah kamu sapa yang jadi Ketua Menteri di zaman BN dulu? Dr Koh Tsu Koon tu Melayu ka? Berpuluh tahun BN perintah Pulau Pinang, apa jadi dengan nasib orang Melayu Balik Pulau?

Tapi nak buat macamana kerana dah memang begitulah tahap mentaliti Melayu hapraq yang telah dirosakkan UMNO lebih setengah abad. Kalau BN yang memerintah, tak kira sapa yang jadi KMnya. Melayu atau Cina atau India atau Yahudi sekali pun akan dianggap 'Melayu'.

Akhirnya segala usaha jahat UMNO bagi menimbulkan kebencian Melayu terhadap DAP di Pulau Pinang gagal bila rakyat sendiri mula menilai dan melihat sendiri akan ketelusan dan keadilan kerajaan PR negeri itu yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

Terbukti nasib Melayu dan agama Islam semakin terbela di negeri itu hasil daripada pentadbiran yang amanah dan berintegriti. Ianya terbukti apabila hampir 70% kontraktor Melayu yang berwibwa berjaya mendapat kontrak kerja melalui sistem tender terbuka yang telus dan profesional. Ianya diakui sendiri oleh Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang.

Bagi pembangunan insaniah dan rohaniah, Jabatan Agama Islam Negeri menerima peruntukan RM20 juta bagi tahun pertama PR menerajui negeri, sedangkan di zaman BN dulu, peruntukan terbesar hanya RM12 juta saja. Dan pada tahun ini, peruntukan itu dinaikkan kepada RM60 juta. Selain daripada itu, KM Lim Guan Eng telah mengumumkan pemberian elaun RM500 kepada setiap penuntut hafazan Al Qur'an, juga para Hafiz dan Hafizah.

Fitnah Liwat

Sebagai rakyat, khususnya orang Melayu yang mengaku dirinya Islam, sepatutnya dah lama UMNO ni di humban ke dalam laut. Kes fitnah liwat dan pemecatan Anwar pada 1998 dulu dah cukup membuktikan siapa sebenarnya UMNO dan pimpinannya.

Sebenarnya UMNO ialah paksi bagi segala kejahatan dalam negara.

Ke mana perginya iman kita hingga membiarkan orang yang terbukti tak bersalah terpaksa merengkok dalam penjara selama 6 tahun angkara perbuatan keji dan zalim rejim Mahathir laknatullah. Lupakah kita dengan amaran Allah SWT bahawa sesiapa saja yang redha atau bersekongkol (menyokong) golongan zalim, nescaya akan disambar api neraka.

Takkan itu pun tak boleh fikir sendiri. Disebabkan undi yang kita berikan kepada UBN dalam PRU10 lalu telah mengakibatkan Anwar dihukum penjara oleh mahkamah atas arahan pemerintah. Dan hari ini sekali lagi Anwar difitnah dengan cara yang sama sebab UBN masih diberi mandat oleh rakyat dalam PRU12.

Merujuk kepada fatwa Prof Dr Yusof Al Qardawi "Mana-mana individu Muslim yang menyokong SEKULAR, hilang Islamnya dan kekal dalam neraka selamanya". Bermakna mana-mana individu Muslim yang memberi undi pada BN dalam PRU12 lalu dan mati selepas itu dalam keadaan masih setia bersama UMNO, amatlah malang nasib mereka di Akhirat kelak.

Lupakah kita dengan pengakuan Mahathir selepas Anwar bebas dulu. Dengan nada bersahaja si tua tu mengakui memang Anwar tidak bersalah dalam kes liwat 1998. Kalau penulis berada di tempat Anwar, memang selori si mamak tu kena maki.

Pada hari Isnin 9 Januari ni, mahkamah rimba akan membuat verdict kes liwat II. Samada Anwar bebas atau ke penjara, tanggungjawab kita ialah memastikan UMNO BN ditumbangkan dalam PRU13.

Baru-baru ini, dalam ucapan ringkasnya di Majlis Ceramah Umum PAS di Parit Betak bersama Prof Aziz Bari dan Dr Zulkifli Ahmad, cucu Mat Kilau mendedahkan bahawa Saiful Bukhari Azlan telah dibayar sebanyak RM8 juta kerana bersedia menjadi pecacai rejim Najib Rosmah untuk memfitnah Anwar. Beliau sendiri turut ditawarkan RM20 juta jika bersetuju melakukan tugas yang sama seperti Saiful.

Ingatlah, undi kita semua bakal mencorak masa depan negara. Marilah bersama buat perubahan dalam PRU13.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger