Friday, January 27, 2012

Kalau nak sokong AUKU, masuk BN - Aziz Bari

Berkaitan isu penggantungan pelajar KUIN tahun lalu, timbul juga pertanyaan di benak kepala ni mengapa MB Kedah Ustaz Azizan Razak selaku Pengerusi kolej itu boleh bertindak menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) bagi mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajarnya. Bukankah sikap PAS selama ini sangat jelas menentang akta jakun itu.

In person, penulis sendiri tidak bersetuju dengan tindakan MB Kedah itu yang jelas bercanggah dengan prinsip Pakatan Rakyat yang menentang AUKU. Malahan antara janji PR yang terkandung dalam Buku Jingga ialah menghapuskan AUKU.

Semalam, Pakar Perlembagaan Negara, Prof Dr Aziz Bari secara tegas telah menyatakan pendiriannya atas isu ini.

Beliau menggesa Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana menggunakan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

Katanya, tindakan Azizan itu jelas bertentangan dengan janji Pakatan yang mahu menghapuskan AUKU seperti yang tercatat dalam Buku Jingga.

“Pakatan Rakyat perlu bertegas dalam hal ini kerana tiada pemimpin Pakatan yang harus ingkar perjanjian bersama dalam Buku Jingga,” katanya selepas menghadiri wacana bertajuk Masih Relevankah AUKU di bangunan Kumpulan Media Karangkraf.

Tambahnya, ini bukan kali pertama Azizan menimbulkan ‘kontroversi’ yang tidak selari dengan prinsip Pakatan dalam hal ehwal pentadbiran Kedah.

“Kalau nak sokong AUKU, masuk Barisan Nasional (BN) lah. BN pro AUKU,” kata bekas pensyarah undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa itu.

Pada Mei tahun lalu, lima mahasiswa Kuin dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.

Mereka membantah pembinaan dikawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Atas kesalahan dibawah peruntukan AUKU, empat daripadanya digantung satu semester manakala seorang lagi dua semester.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger