Sunday, January 29, 2012

Hj Hadi tak bertanding PRU13?

Semalam, media perdana dan alternatif melaporkan hasrat Presiden PAS untuk tidak bertanding dalam PRU13. Alasan Hj Hadi bila ditanya oleh wartawan Sinar Harian ialah kerana dah terlalu lama menjadi wakil rakyat. Lebih 30 tahun sebagai ADUN dan belasan tahun Ahli Parlimen.

Kejutan yang dibuat Hj Hadi itu telah mendapat respon pantas dari Anwar dan Lim Kit Siang. Kedua-dua pemimpin utama PKR dan DAP itu telah menyatakan pendirian mereka dan sangat mengharapkan Presiden PAS tidak meneruskan hasratnya itu. Paling tidak pun bertanding kerusi Parlimen saja.

Jika dah terlalu lama menjadi wakil rakyat dijadikan alasan, penulis kira Hj Hadi perlu toleh kepada Nik Aziz yang jauh lebih lama darinya menjadi wakil rakyat. Malah MB Kelantan itu telah mula bertanding dalam PRU di awal tahun 70an lagi, di era Tun Razak. Dan beliau masih menyatakan kesediaan untuk bertanding pada PRU13.

Ini bukan soal dah terlalu lama atau tidak menjadi wakil rakyat tapi ianya melibatkan soal tanggungjawab terhadap agama, rakyat dan tanahair.

Sebagai Presiden PAS, Hj Hadi mesti terus pertahankan kerusi Parlimen Marang walau tidak lagi bertnading di DUN Rhu Rendang.

Waima apa pun, kita tak tahu hakikat yang sebenarnya kenapa Presiden PAS boleh menyatakan hasratnya untuk tidak bertanding lagi.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger