Sunday, January 29, 2012

Pulau Gaya dijual?

Dua hari lalu penulis berbual-bual dengan seorang kontraktor. Sembang punya sembang, dia pun habaq kat penulis yang Pulau Gaya dah kena jual dengan tauke YTL. Sapa yang tak kenal dengan tauke YTL. Mahathir yang bagi dia buat IPP (Independent Power Plant) di Paka Terengganu dan jual tenaga kepada TNB.

Mahathir yang arahkan TNB beli tenaga dari IPP milik YTL tu walaupun TNB mempunyai lebihan tenaga elektrik daripada stesen janakuasa elektrik hidronya. Dah kena paksa beli satu hal, lepas tu TNB mesti bayar kepada YTL setiap bulan secara tunai.

Kini Pulau Gaya bukan lagi milik rakyat Sabah, tapi milik seorang individu yang dibela oleh Mahathir dan UMNO.

Sekarang projek pemasangan saluran paip ke Pulau Gaya telah bermula. Tak lama lagi para penduduk Pulau Gaya yang majoritinya adalah pendatang akan dipindahkan entah di mana.

Khabarnya projek yang akan dilaksanakan di pulau itu ialah pusat pelancongan dan peranginan bertaraf 7 bintang. Kasino tentu ada punya. Kalau dah Kota Kinabalu sendiri bersepah dengan kedai judi nombor dan jackpot, apatah lagi pusat bertaraf 7 bintang yang bakal dikunjungi oleh orang-orang kaya dari luar dan dalam negeri.

Bagaimana pula dengan pelacuran? Tentu ada punyalah tapi bukan jenis yang bersepah macam di Lorong Haji Taib tu. Kalau dah pusat peranginannya 7 bintang, tentulah GROnya paling kurang pun 5 bintang. Cantik, muda dan menawan. Sapa tengok, mesti meleleh punya.

Bukankah UMNO cukup sinonim dengan arak, judi dan seks. Cuba tanya Najib. Siapakah artis wanita yang bersama dengannya dalam sebuah bilik kotel di Negeri Sembilan ketika ditangkap basah dulu?

Juga tanya pada Rahim Thamby Chik, sapa yang dok tenkoi seorang gadis di Melaka dulu hingga mengandung budak tu?

Dan si KM Sabah Musa Aman pun boleh tahan juga. Semua orang tahu akan skandal seksnya.

Selain penduduk Pulau Gaya, penduduk di beberapa buah kampung yang terletak berdekatan dengan One Borneo juga bakal menerima nasib yang sama bila projek Water Park dilaksanakan kelak. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Delima, Suang Parai dan Numbak. Hampir kesemuanya Bumiputera Islam.

Mereka inilah yang menjadi mangsa kerakusan politik kotor UMNO di Sabah. Pelbagai janji ditabur oleh pimpinan UMNO menjelang pilihanraya. Antaranya, mereka akan diberi hak milik lot tanah untuk kediaman mereka dengan syarat mesti undi BN dalam PRU12 lalu. Namun hingga ke hari ini kesemua janji itu bohong.

Bila ada di kalangan penduduk yang mula sedar akan pembohongan itu dan marah, lalu mereka diugut agar tidak menyokong pembangkang. Kalau sokong pembangkang, mereka akan dihalau dari kampung masing-masing.

Inilah tektik keji dan kotor pimpinan UMNO yang sengaja membiarkan penduduk kampung membina rumah atas tanah rezab kerajaan.

Apa tujuannya? Tak lain tak bukan bermotifkan politik sempit.

Sebab itulah permohonan penduduk untuk mendapatkan hak milik lot kediaman mereka dibiarkan begitu saja. Memang mereka boleh memohon tapi takat tu je. Bila penduduk tanya, jawapan yang diberikan "sedang diproses".

Bila dengar jawapan macam tu, tentulah mereka menaruh harapan dan terus menanti. Dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya janji manis terus ditabur.

Inilah nasib Bumiputera Sabah.

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Saudara jangan bercakap tentang pulau gaya kalau saudara tidak faham, mejoriti penduduk pulau gaya bukan pendatang 80 peratus penduduk pulau gaya adalah berketurunan bajau tempatan dan pendatang hanyalah 20 peratus yang memiliki pas imm13. tentang pembangunan seperti bekalan air bersih dan pemasangan bekalan api sedang giat dijalankan sekarang ini adalah sumbangan kerajaan BN kepada penduduk pulau gaya, kerana penduduk pulau gaya adalah penyukong kuat kerajaan, sejak kerajaan perikatan dahulu di bawah pimpinan perdana menteri pertama hingga kini, memanglah kalau kita perhatikan penduduk pulau gaya dibawah paras miskin, tetapi tidak bermakna kami tidak dibela oleh Kerajaan, penduduk di pulau gaya lebih selesa berada dalam kerajaan BN. mungkin saudara terbaca dalam surat khabar tentang pemindahan penduduk pulau gaya kesatu kawasan dalam parlimen papar tetapi itu hanya satu cadangan. Kerajaan telah berjanji melalui kenyataan Timbalan Ketua Menteri iaitu YB. DSP. Hj. Yahya Hussin,YB.Datuk Erward Yong Oui Fah( Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan YB.Datuk Dr.Marcus Makin Mojigoh Ahli Parlimen Putatan telah membuat kenyataan bahawa penduduk pulau gaya tidak akan dipindah, walaupun pulau gaya ini dibangunkan sebagai pusat pelancongan. Kalau saudara perlu mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Ketua Kampung Gaya, Pulau Gaya iaitu K.K. Saimah Salam

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger