Tuesday, February 8, 2011

Wuyooo!!! Kayanya rakyat M'sia, hutang isi rumah RM577 bilion

Memang pandai betul UMNO memerintah negara. Patutlah ahli UMNO seluruh negara sayang kat parti tu. Bukan setakat pemimpinnya yang kaya, malah seluruh ahli dan penyokong UMNO pun kaya sama. Kalau kat Sabah ni, semua ahli dan penyokong UMNO pakai kereta mewahlah. Paling koman pun mereka pakai Alphard, Honda Accord, Civic atau Toyota Camry.

Pendek kata memang tak jumpalah mereka ni tinggal di perumahan rakyat. Semuanya tinggal di perumahan sederhana mewah atau mewah di bandar. Manakala yang tinggal di luar bandar, naik gerun kita tengok banglo mereka. Secara purata harga kos binanya saja melebihi RM200 ribu.

Yang pakai kereta harga bawah RM50 ribu hanyalah rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat. Tinggal pun kat rumah murah dan kos sederhana. Manakala perumahan rakyat di Sabah ni semuanya dihuni oleh pendatang.

Penulis terkejut juga bila membaca laporan yang menyebut hutang isi rumah bagi seluruh rakyat negara ini berjumlah RM577 bilion. Terfikir juga, macamana rakyat boleh berhutang sebanyak itu walhal majoriti warga Malaysia yang menyokong UMNO BN semuanya kaya-raya.

Ohh... mungkin yang berhutang tu adalah di kalangan rakyat yang menyokong pembangkang kot. Mana tak berhutang. Nak beli kereta, rumah dan segala peralatannya, semua hutang. Nak buat camna. Pendapatan kecil dan sederhana. Nak bayar tunai tak mampu. Lainlah kalau ahli dan penyokong UMNO, sebab mereka semua kaya-kaya belaka. Bisa bayar cash bah...

Patutlah sewaktu si Mahathir merampas hak biasiswa anak Melayu, semua ahli UMNO sokong dan tak marah. Naik harga minyak pun tak marah. Asalnya penulis hairan juga, kenapalah dia orang tak kisah langsung. Rupanya mereka semua kaya belaka hasil kebijaksanaan UMNO mentadbir negara dan membela nasib mereka.

Pasal dakwaan salahguna kuasa, rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO selama ni, memang ahli UMNO tak kisah sebab pemimpin mereka buat begitu kerana nak tolong ahli UMNO seluruhnya. Khabarnya di zaman Mahathir nasib Melayu UMNO mula terbela bila mendapat bantuan modal setiap sorang RM50 ribu secara percuma bagi memulakan perniagaan. Manifestasi dari kebijaksanaan si mamak tua itulah, maka hari ini kita dapat lihat tiada lagi ahli UMNO yang hidup susah. Semuanya ada tunai ratusan ribu ringgit dalam bank. Dan ramai juga bertaraf jutawan.

'Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion'

Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.

Katanya, hutang isi rumah yang dicatat berjumlah RM577 bilion berdasarkan statistik bulanan Bank Negara Malaysia merangkumi bebanan pinjaman kereta (RM118 bilion), pinjaman perumahan (RM225 bilion) dan pinjaman peribadi (RM22 bilion) selain anggaran hutang kad kredit (RM200 bilion).

Ini jelasnya membuktikan kadar perbelanjaan pendapatan rakyat semakin rendah setiap tahun dengan kadar hutang yang tinggi.

"Sikap Umno-BN dalam menangani maslaah harga kereta dan rumah yang mahal dihadapi rakyat adalah bukti mereka tidak mempedulikan kesengasaraan rakyat. Rintihan rakyat selama ini terpaksa menanggung perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan langsung tidak diendahkan," katanya lagi.

- malaysiakini

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger