Monday, February 7, 2011

Nape Najib takut dengan gelombang di Mesir?

Semasa berucap di Miri, Najib tidak dapat menyembunyikan lagi ketakutannya ekoran gelombang kebangkitan rakyat di Mesir sejak 25 Januari lalu. Katanya "Rakyat Malaysia perlu menolak hasutan mana-mana pihak yang cuba mengaitkan pergolakan di negara-negara lain dengan keadaan di Malaysia."

Tambahnya lagi keadaan tidak stabil yang berlaku di beberapa buah negara lain ketika ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di Malaysia yang selama ini ditegakkan oleh semangat satu keluarga yang besar.

Jelas ucapan si bacul laknat ini menggambarkan betapa takutnya dia kalau-kalau rakyat negara ini turut bangkit seperti rakyat Tunisia, Mesir dan Yemen.

Najib sendiri cukup sedar dan tahu segala pekong dan kurap pemerintahan UMNO BN sejak era si mamak tua. Najib juga tahu yang dirinya sama saja dengan Hosni Mubarak. Apa yang dilakukan oleh Mubarak terhadap rakyat Mesir, juga dilaksanakan olehnya terhadap rakyat negara ini.

Dunia Islam sedia maklum betapa zalimnya rejim pemerintahan sekular Mesir sejak zaman sebelum Mubarak lagi. Dasar pemerintahan korup dan zalim berterusan hingga ke hari ini. Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin diharamkan, mana-mana rakyat yang didapati menentang Mubarak akan ditangkap dan disiksa di penjara bawah tanah oleh anggota SB yang berada di setiap pelusuk negara. Ada antaranya mati disiksa. Dan ada juga dibunuh.

Apa bezanya dengan pemerintahan rejim UMNO selama ini.

Bermula dengan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 13 sahabatnya dalam Peristiwa Memali. Pemimpin PAS dan pembangkang yang lain ditahan di bawah ISA semasa Ops Lalang dalam tahun 1986. Lim Guan Eng dipenjara kerana membela nasib seorang remaja Melayu yang menjadi mangsa kerakusan seks Rahim Thamby Chik. Anwar Ibrahim difitnah dan dipecat dari kabinet dan UMNO, dibelasah separuh mati dan terpaksa merengkok dalam penjara selama 6 tahun tanpa sebarang kesalahan.

Penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Mahathir, Pak Lah dan Najib bukan lagi menjadi kesalahan dalam skop undang-undang rimba ciptaan UMNO. Negara (rakyat) terpaksa menanggung hutang berjumlah RM362.69 bilion angkara penyelewengan kerajaan UMNO BN. Manakala rakyat bawahan dipaksa menerima kenaikan harga atas alasan bagi mengelakkan negara bankrap.

Biasiswa anak Melayu dirampas dan diganti dengan pinjaman PTPTN. Wang tabungan rakyat dalam KWSP, Tabung Haji, Tabung Ketenteraan dan lain-lain digunakan sewenangnya untuk bail-out syarikat GLC dan kroni mereka. Peruntukan subsidi RM10 bilion diberikan kepada syarikat kroni YTL manakala subsidi minyak untuk rakyat dikurangkan. Rakyat terus dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan manakala kroni terus menimbunkan harta kekayaan.

Bila segala pekong dan kurap kerajaan UMNO BN terus didedah kepada rakyat, ditambah dengan 4 negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sudah tentu Najib dan UMNO hari ini terus dibayangi ketakutan ekoran kebangkitan rakyat Mesir.

Tiada bezanya Mahathir, Pak Lah, Najib, Hosni Mubarak, Mahmoud Abas, Ben Ali dan lain-lain pemimpin negara umat Islam yang menjadi sekutu Amerika dan Israel. Semuanya korup dan zalim. Hanya beza di sudut bangsa dan rupa paras tetapi tetap sama sifat dan perangainya. Yaitu MUNAFIQ. Lebih jahat dari kafir.

Persoalannya kenapa Najib mengarahkan Polis menembak rakyat dengan air berasid 'water-cannon' ketika mereka berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika bagi mendesak Washington jangan mencampuri urusan pergolakan di Mesir?

Celakalah para pemimpin munafiq UMNO yang menjadi talibarut Amerika dan Zionis.

Nantikan jawapan daripada Allah SWT.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger