Friday, June 25, 2010

Perletakan jawatan Azmin - Ikhlas atau merajuk?

Dulu ada suara yang menyebut Azmin 'kecewa' dengan Anwar kerana Khalid Ibrahim yang dipilih sebagai MB Pakatan Rakyat Selangor. Kemudian ada pihak mendakwa MP Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa ni tidak 'sehaluan' dengan Khalid. Dan pelbagai lagi tanggapan para pemerhati politik semi-pro dan pro terhadapnya. Juga para blogger tempatan yang mengulas tentang sikap dan beberapa tindakan Azmin yang seakan mengiyakan segala andaian tersebut.

Tidak dinafikan orang politik seperti Azmin dan yang sebaya dengannya sudah pasti menyimpan hasrat yang tinggi dalam karier politik masing-masing. Sebelum bergelar YB, cita-cita hanya nak menang dalam pilihanraya. Bila dah dapat jadi YB, keinginan asal sudah berubah kepada untuk terus kekal bertanding di kawasan yang menang.

Tanpa disangka bukan setakat menang bertanding malahan gabungan Pakatan Rakyat berjaya pulak menawan 4 negeri baru selain Kelantan. Antaranya Selangor yang terkenal sebagai negeri terkaya di Malaysia.

Orang seperti Azmin yang istiqamah dalam perjuangan bersama PKR sejak hari pertama bosnya Anwar dipecat pada 1998 dulu, sudah tentu merasakan dirinya layak dan bakal dipilih oleh pucuk pimpinan PKR sebagai calon MB Selangor. Dan kita yakin memang dia ada menyimpan hasrat tersebut cuma tidak diluahkan saja pada parti. Malulah... nanti orang kata gila kuasa pulak.

Bila PKR mencalonkan Khalid Ibrahim untuk jawatan itu serta mendapat persetujuan dari PAS dan DAP, sudah pasti Azmin kecewa pada parti, khususnya Anwar Ibrahim sendiri.

Dalam konteks ini memang Azmin juga berhak ke atas jawatan itu tapi seharusnya dia berlapang dada menerima keputusan itu.

Di sudut politik memang Azmin lebih berpengalaman daripada Khalid tetapi untuk mengisi jawatan MB ini memang memerlukan orang yang berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran profesional. Bahasa mudahnya sebagai CEO negeri. Ketua Pegawai Eksekutif. Atas kapasiti ini, maka pemilihan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah tepat ekoran pengalaman dan kejayaannya menerajui beberapa syarikat gergasi sebelum ini.

Seharusnya Azmin tidak mudah melatah. Begitu juga dengan barisan pimpinan PKR yang lain. Mereka perlu ingat matlamat asal penubuhan PKR itu adalah untuk menegakkan keadilan dan membela rakyat. Bila rakyat sudah mula meletakkan kepercayaan dan harapan kepada parti kita, maka jangan sekali-kali digugat dan dirobek kepercayaan itu.

Malangnya apa yang melanda PKR mutakhir ini memberi gambaran jelas betapa sebahagian wakil rakyatnya sudah mula mabuk kuasa di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Lihat saja sikap dan tindakan bodoh dan gila kuasa 5 MP dan 3 ADUN PKR yang melompat. Semuanya pasal gila kuasa dan tak puashati kerana tak dapat apa yang dihajati. Yang sorang tu pulak gila populariti hingga menonjolkan dirinya kononnya dialah satu-satunya pejuang Islam tulen. Risik punya risik, rupanya spy UMNO. Patutlah sanggup minta maaf pada Najib. Hapraq punya kaki...

Bagi saya tindakan Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS merupakan prosedur biasa. Itu adalah haknya. Cumanya yang menjadi persoalan sekarang bila mana tindakan itu telah dijadikan sebagai satu isu dalam kerajaan PR Selangor bila mana sebelum ini Azmin disebut "ada masalah" dengan MB Khalid.

Di sini letak duduknya betapa 'kurang cermatnya' Azmin walhal beliau bolehlah dikira sebagai 'orang lama' dalam politik. Sepatutnya sebelum sebarang keputusan diambil perlu dibincangkan terlebih dahulu. Apa salahnya jika Azmin membuat pertemuan terlebih dahulu secara enam mata dengan Anwar dan Khalid bagi menyatakan hasrat perletakan jawatan tersebut.

Malangnya Azmin terus bertindak menghantar surat perletakan jawatan tersebut yang berkuatkuasa semalam dan MB Khalid hanya tahu setelah menerima fax dari pejabat PKNS. Sudah tentulah tindakan ini membenarkan segala dakwaan sebelum ini yang menyebut berlaku pergeseran antara dia dengan Khalid.

Sepatutnya ahli politik sematang Azmin tidak seharusnya bertindak macam "budak sekolah". Kalau ada masalah dan rasa tak puashati yang melibatkan 'rumahtangga' PKR mesti diselesaikan secara berhemah. Duduk berbincang. Bukan meluahkan rasa tak puashati itu dengan cara meletak jawatan atau membuat kenyataan media. Jangan sekali-kali diberikan 'peluru' kepada pihak musuh untuk menyerang kita semula.

Azmin dan seluruh pimpinan PKR perlu sedar dan ingat untuk mempertahankan kemenangan adalah jauh lebih sukar dari mendapatkan kemenangan. Lemparkan jauh-jauh 'perangai UMNO' yang ada dalam hati kerana ianya boleh merosakkan parti sendiri. Ambil iktibar daripada tindakan 8 wakil rakyat PKR yang 'gila dan bodoh' itu.

Yang menjadi masalah sekarang adalah sikap pengundi Melayu Bumiputera yang mudah termakan segala propaganda dan fitnah UMNO yang cukup jahat. Jangan sampai mereka hilang keyakinan kepada PKR. Segala apa yang melanda PKR sebelum ini sudah cukup membuatkan rakyat meluat.

Jangan sampai PKR berkubur terus selepas PRU13 kelak.

"Membangun Bersama Islam".

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger