Monday, June 21, 2010

MAS tak usah nak bohongi rakyatlah....

Sampai bila pihak pengurusan MAS nak berbohong kepada rakyat. Tak usahlah bersikap hipokrit. Kini rakyat sudah tahu jumlah kerugian terkumpul MAS sejak era Mahathir hingga ke hari ini sudah mencecah angka RM 8,000,000,000 (RM8 bilion). Dengan 'track-record' kerugian sebesar itu, mana mungkin Airbus Industries mahu percaya dengan kewibawaan dan kemampuan MAS untuk membayar tempahan 6 buah pesawat A380.

Saya merasa lucu bila mana dilaporkan Malaysia Airlines (MAS) amat kecewa dengan kelewatan berterusan dalam penghantaran pesawat A380 dan mungkin memilih untuk membatalkan enam tempahannya.

Harga sebuah pesawat A380 kira-kira RM 1,000,000,000 (RM1b). Lepas tu MAS nak 'tunjuk lagak' membuat tempahan hingga 6 buah yang mana jumlahnya mencecah RM 6 bilion sedangkan dalam waktu yang sama kerugian terkumpul sudah mencecah RM8 bilion.

Airbus Industries merupakan salah sebuah syarikat pembuat pesawat penumpang utama dunia yang berpengkalan di Peranchis. Adalah menjadi keutamaan syarikat itu untuk menghantar setiap tempahan A380 yang diterima mengikut jadual. Adalah mustahil bagi sebuah syarikat yang telah lama berkecimpung dalam industri penerbangan gagal memenuhi permintaan pelanggannya. Ini soal bisnes yang bernilai berbilion dollar. Bukan berniaga kereta terpakai.

Setakat ini hanya 3 buah negara yang sudah menggunakan pesawat penumpang terbesar ini. Singapura (SIA), Australia (Qantas) dan UAE (Emirates). Dan SIA menjadi syarikat penerbangan pertama dunia yang menggunakan pesawat canggih ini.

Persoalannya sekarang mengapa berlaku kelewatan penghantaran A380 oleh Airbus kepada MAS sebagaimana yang telah dipersetujui?

Atau MAS memang tak mampu nak bayar deposit tempahan tersebut hingga CEOnya Tengku Azmil menggunakan bahasa kiasan "adalah salah untuk menyatakan bahawa MAS memerlukan wang pampasan daripada A380 untuk mendapatkan wang."

In person, saya berpendapat memang Airbus tak bersedia untuk menyiapkan tempahan MAS kerana sedar syarikat penerbangan itu tidak berkemampuan untuk membayarnya.

Inilah bukti nyata bila mana negara ini diperintah oleh golongan rakus, perasuah, penyeleweng dan perampok wang rakyat. Habis semua wang rakyat dalam mana-mana syarikat besar pun disapu oleh mereka termasuk MAS.

Di mana letaknya maruah MAS hari ini. Tak malukah dengan Air Asia yang masih muda tapi dah mampu menjana keuntungan tahunan ratusan juta ringgit dengan tambang murah lagi.

Kalau nak bandingkan MAS dengan SIA lagi besarlah keaiban MAS.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger