Wednesday, June 23, 2010

Makin ketara kenyayukan dan kesesatan si tua ni

Bila merasa diri dah terlampau bijak dan ditambah pula orang yang berada di sekelilingnya terdiri dari golongan fasik, munafiq dan pengampu, maka jangan dihairanlah setiap tindakan, tutur-kata dan lagaknya macam tuhan.

Kita tak pernah lupa si tua nyanyuk ni sewaktu menjadi PM dan Presiden UMNO, pernah mengeluarkan kata-kata berikut ;

"Nabi bela janggut sebab di zamannya takde pisau cukur. Takkanlah dia nak cukur janggutnya dengan pedang...."

"Orang PAS selalu sebut pasal pahala, dosa, syurga, neraka, siksa kubur. Mana ada orang yang dah mati hidup semula kemudian ceritakan pada kita semua pasal siksa kubur tu... Kalau ada, lainlah...

"Pemimpin pembangkang menentang judi bukan pasal agama tapi atas kepentingan politik."

Dan yang terkini si tua nyanyuk ini merapu lagi dengan menyebut ""Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskan lesen judi."

Samada masyarakat Islam tanahair sedar ataupun tidak, hari ini semakin terserlah kesesatan dan kemunafiqan para pimpinan UMNO. Mereka tanpa segan-silu terus-menerus 'memijak' Islam dengan meluluskan lesen judi baru-baru ini. Soal rasuah, penyelewengan dan jenayah profil tinggi sudah menjadi perkara biasa dalam kehidupan mereka. Tiada lagi soal halal dan haram dalam kamus hidup pimpinan UMNO. Bagi mereka apa yang penting kuasa politik mesti dipertahankan dalam apa jua cara sekalipun.

Hak kepentingan dan kebajikan rakyat bukan lagi menjadi agenda utama. Orang Melayu & Bumiputera boleh terus diperbodohkan sebab mereka sedar sudah 52 tahun UMNO memerintah dengan pelbagai penyelewengan dan penipuan namun parti itu terus dominan sebagai kepala pemerintah ekoran undi mereka. Memang Melayu mudah lupa.

Dan yang terpenting sekali bagi UMNO ialah memastikan agar generasi pertengahan dan muda Islam hari ini mesti terus dijauhkan daripada Islam dengan pelbagai 'hidangan' program yang melalai dan mengasyikkan.

Tidak dinafikan apa yang UMNO buat selama ini memang berjaya. Statistik terbaru menunjukkan setiap 17.5 minit seorang anak luar nikah dilahirkan. Jumlah yang telah didaftarkan setakat ini seramai 1 juta orang manakala yang dibuang tak tahulah berapa jumlahnya.

Bagi saya, Mahathir adalah pelopor kepada segala kerosakan dan kemusnahan yang berlaku dalam negara. Takde bezanya apa yang dibuat olehnya, Pak Lah dan Najib dengan apa yang dilaksanakan oleh Kamal Ataturk laknatullah di Turki.

Bagi masyarakat Melayu Islam yang masih berdegil mahu menyokong UMNO dan mengundi BN, yakinlah kamu semua pasti akan dihumbankan ke dalam Neraka kelak. Tidak sedarkah bahawa undi yang kamu berikan itu menyebabkan UMNO/BN terus berkuasa dalam negara. Dengan kuasa itulah mereka mengeluarkan lesen judi, arak, riba', melakukan rasuah dan penyelewengan, jenayah, menolak dan memperlekehkan hukum Allah, menentang Hudud dan pelbagai lagi kerosakan yang dilakukan.

Susahlah... bila kita cakap sokong BN masuk Neraka tapi puak-puak Melayu UMNO ni tak percaya... sebab mereka dok ingat Islam tu hanya pada solat, puasa, zakat dan haji je.

Kalaulah Islam itu hanya pada 5 Rukun tu saja, maka ;

- apa perlunya Rasulullah S.A.W. dan para sahabat bersusah-payah berhijrah dari Mekah ke Madinah ?

- apa perlunya Rasulullah dan para tentera mu'min membahayakan nyawa mereka turun ke medan perang Badar, Uhud dan Khandak?

- apa perlunya Allah memerintahkan perobohan Mesjid Dhirar yang dibina oleh golongan munafiq?

Orang Melayu UMNO yang mengaku Islam sila renung dan fahamkan 3 persoalan di atas. Janganlah termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Al-Qur'an sebagai golongan yang bodoh, buta dan tuli walaupun diberikan akal, mata dan telinga tetapi masih tak nampak cahaya kebenaran. Kekal dalam kegelapan kekufuran (fahaman toghut).

Memang penulisan dalam blog ini semuanya 'straight to the point' sebab saya bukanlah orang yang pakar dalam bidang penulisan. Apa yang penting mesej yang nak disampaikan itu mudah difahami.

"Wajib Tinggalkan UMNO"

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger