Saturday, June 26, 2010

Benarkah kerajaan tarik balik lesen judi ?

Syabas diucapkan kepada GMJ (Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi) atas usaha gigih mereka mengajak rakyat turut sama membantah keras tindakan kerajaan UBN yang meluluskan lesen judi bola kepada Berjaya Group. Akhirnya usaha gigih ini membuahkan hasil bila mana PM Najib hari ini mengumumkan lesen judi itu akan ditarik semula.

Secara peribadi, saya masih belum yakin dengan kenyataan Najib kerana pegumuman yang dibuat ini sejurus selesai Mesyuarat MT UMNO. Adalah dipercayai keputusan ini dibuat hasil daripada perbicangan di dalam mesyuarat tersebut. Bukannya keputusan Kabinet dan kerajaan.

Kalau setakat pengumuman secara lisan, ianya masih belum sahih. Perlu diingat, dan sebagaimana yang pernah saya sebutkan bahawa golongan munafiq dalam UMNO ini sanggup berpura-pura demi kepentingan politik rakus mereka.

Saya sama-sekali tidak percaya alasan yang diberikan oleh Najib bahawa penarikan semula lesen itu setelah mengambil kira pertimbangan agama. Mana ada kepercayaan agama dalam kamus hidup UMNO. Selama ini pimpinan UMNO hanya memperolokkan Islam demi kerakusan dan kepentingan politik zalim mereka.

Dengan berani tanpa sedikit pun rasa bimbang Aqidah boleh rosak (terkeluar daripada Islam), mereka pernah menyebut antaranya ;

- Hudud sudah tidak relevan lagi di zaman sekarang. Macamana orang nak bekerja cari makan jika tangan mereka dipotong kerana mencuri.

- Hudud tak boleh dilaksanakan dalam negara kerana masyarakat majmuk.

Inilah antara kata-kata murtad yang pernah keluar daripada mulut pimpinan UMNO laknatullah.

Hakikatnya UMNO dah tersepit dan bimbang akan kalah dalam PRU13 nanti. UMNO tidak risau dengan sokongan Melayu sebab spesis ini masih boleh diperbodohkan semahunya oleh mereka. Apa yang dirisaukan ialah pengundi Cina yang celik politik. Malah kebimbangan UMNO semakin tak karuan bila mana masyarakat bukan Islam semakin yakin dengan keadilan dan ketelusan sitem Islam yang dibuktikan oleh PAS selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Sebab itu UMNO gunakan 'modal basi' dengan menimbulkan semula isu pengganas. Kononnya kumpulan militan Islam JI sedang bergerak aktif dalam negara. Isu ini sengaja diada-adakan untuk mengaitkan PAS dengan harapan masyarakat bukan Islam akan menjauhkan diri daripada parti itu. Dulu seluruh rakyat dibodohkan dengan sandiwara Perisitiwa Sauk. Kononnya kumpulan Mohd.Amin merompak senjata dari kem tentera untuk menawan Putrajaya. Akhirnya terdedah juga semuanya itu rancangan jahat UMNO dengan kerjasama Polis untuk memburukkan PAS.

UMNO tak usah berlawaklah... Segala permainan mereka orang boleh bacan. Hanya ahli dan penyokong UMNO saja yang dok percaya ekoran kebebalan sendiri.

Bila kekuasaan dalam genggaman sudah mula longgar, maka UMNO akan mainkan semula isu hak dan kepentingan Melayu. Isu militan pula bertujuan untuk memburukkan PAS. Bila dilihat Cina semakin menjauhkan diri, maka diberilah macam-macam peruntukan kepada sekolah Cina untuk memujuk. Baru-baru ini seorang pimpinan muda MCA dilantik sebagai Timbalan Menteri sedangkan Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO terus dipinggirkan.

Kita sendiri boleh lihat betapa sesatnya pimpinan UMNO hari ini bila mana mereka sanggup memburukkan orang Cina bagi 'menghalalkan' tindakan kerajaan dalam isu judi bola.

Salah seorang menteri UMNO, Rais Yatim yang tak kurang bodohnya telah membuat kenyataan "Kerajaan mesti meluluskan lesen judi itu kerana hak bukan Islam di negara ini perlu diiktiraf dan dihormati."

Ekoran kenyataan biadap si Rais itu, KM Penang Lim Guan Eng menegaskan "Masyarakat Cina tidak pernah meminta judi dihalalkan kononnya untuk mengiktiraf hak mereka.

Apa yang berlaku pada UMNO mutakhir ini serba-serbi tak menjadi. Semuanya menikam diri mereka kembali. UMNO terperangkap dengan jerat yang dipasangnya sendiri.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui bilakah riwayat UMNO akan berakhir. Yang pasti waktunya sudah terlalu dekat.

Marilah kita berdoa': "Ya Allah, Engkau musnahkanlah UMNO serta pimpinannya dan sekutu jahat mereka. Jika tidak, negara ini akan musnah dan rakyat akan menderita. Ya Allah, jika Engkau biarkan UMNO terus memerintah, maka semakin ramailah umat Islam akan disesatkan oleh pemimpin mereka. Engkau berilah hidayah dan petunjuk kepada seluruh umat Islam negara ini agar sedar betapa sesat dan zalimnya UMNO selama ini."

Jazakallah.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger