Friday, May 28, 2010

Sorang lagi menteri UMNO nak bodohkan rakyat

Setelah beratus bilion wang rakyat lesap ekoran kerakusan dan ketamakan pimpinan UMNO, salah urus tadbir ekonomi negara akibat penyelewengan, rasuah, bail-out sana sini, kerugian Perwaja, MAS, TNB, Pos Malaysia, Skandal PKFZ dan lain-lain, tiba-tiba sorang lagi Menteri UMNO dengan bangga menunjukkan kebodohannya menyebut bahawa Malaysia akan bankrap dalam masa 9 tahun lagi jika pemberian subsidi berterusan.

Tidak sukar untuk kita menelah kenyataan seumpama ini. Seperti biasalah para Menteri UMNO memang sejak sekian lama telah dididik menjadi "Yes Men". Whatever the big boss did and said, they only obey it."

Mana pernah kita melihat pimpinan UMNO mahu mengakui kelemahan dan kesilapan mereka. Semua yang dibuat adalah benar belaka. Sejak zaman Mahathir lagi, seluruh pimpinan UMNO yang menduduki kerusi kabinet hanya akan mengiyakan saja apa yang dibuat oleh boss mereka.

Tengok saja macamana Mahathir nak menyembunyikan segala kesilapan dan kelemahannya dalam mengurus ekonomi negara ketika berlaku krisis ekonomi serantau pada tahun 1997 sehingga nilai matawang Malaysia merudum jatuh dari RM2.50 kepada RM3.80 berbanding 1 Dollar Amerika.

Apa yang Mahathir buat?

Seperti biasa mencari kambing hitam. Lunyai si George Soros 'dikerjakan' Mahathir setiap hari. Dia menyalahkan Soros bila nilai ringgit jatuh dan menggelarnya sebagai penyangak matawang. Tak kira samada di dalam maupun di luar negara, Mahathir terus menghentam Soros dalam media. Walhal bukannya salah Soros tetapi disebabkan kerakusan, ketamakan, penyelewengan, rasuah dan pembaziran yang berlaku di zaman pemerintahannya, maka nilai rizab simpanan negara meruncing sehingga tak mampu bertahan bila berlaku krisis ekonomi. Persoalannya kenapa nilai matawang Singapura dan Brunei terus kukuh walaupun turut sama berhadapan krisis tersebut?

Dan hari ini sekali lagi tindakan yang sama dibuat. Kali ini kepentingan rakyat pulak nak dijadikan kambing hitam bagi menyembunyikan segala pekong, busuk dan kepincangan pengurusan dan pentadbiran negara yang diketuai oleh UMNO selama ini.

Setelah segala kekayaan negara dan wang rakyat dirompak, diseleweng dan dibazirkan dengan sewenang-wenangnya sehingga negara hampir bankrap, lepas tu si Menteri bodoh ni boleh cakap negara boleh bankrap pasal beri subsidi pada rakyat.

Tak lama lagi harga petrol akan dinaikkan sebanyak 15 sen lagi sebab negara dah nak bankrap pasal beri subsidi...

Inilah akibatnya jika negara terus diperintah oleh golongan manusia celaka yang dipilih oleh rakyat yang dungu.

Akhirnya sapa yang susah ? Kita juga...

Sebelum kita terus diperbodoh dan disembelih oleh pemimpin rakus, zalim dan rasuah yang ada hari ini, kita wajib melakukan perubahan dalam PRU13 kelak dengan memilih Pakatan Rakyat.

Ingatlah... bertindak sebelum terlambat.

Wassalam.

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger