Wednesday, May 12, 2010

Judi Bolasepak : Lagi bukti kesesatan UMNO....

Bila kita cakap UMNO sesat dan munafiq, ramai ahli dan penyokong UMNO marah pada orang PAS kerana tidak boleh menerima hakikat akan kesesatan parti mereka. Inilah masalahnya bila tidak faham Islam. Ini bukan persoalan parti tetapi soal Aqidah Islam. Baiklah... saya akan kemukakan di sini beberapa hujah Al-Qur'an, Hadis dan fatwa Ulama' yang menunjukkan UMNO itu memang sesat, malah jauh lebih sesat dari kafirun. Apa yang dilakukan oleh UMNO dalam kerajaan jelas menyerlahkan lagi kesesatan tersebut. Dan hari ini, Najib telah meluluskan lesen judi bolasepak. Walhal judi ni turut diharamkan dalam ajaran agama lain. Apakah agama si Presiden UMNO ni ? Saya pun tak tahu ?

Kita ni orang Islam... jadi apakah hujah dan panduan kita untuk menyatakan kebenaran ? Sudah tentulah Al-Qur'an dan Hadis. Mana ada hujah lain... Kalau kita yang mengaku Islam tapi masih tak mahu ambil Al-Qur'an dan Sunnah sebagai panduan dan lebih percaya kepada teori dan fahaman sesat puak orientalis Barat dan Eropah, di mana duduknya Islam kita ? Pernahkah kita terfikir ini semua ?

Lupakah kita yang Rasulullah S.A.W. pernah bersabda "Di akhir zaman nanti ramai di kalangan umat aku, sebelah pagi mereka Islam, petang mereka kafir dan malam Islam semula..."

Dan terang di depan mata kita malah Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri mengesahkan bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan dan berfahaman sekular Kristian. Fahaman sesat yang memisahkan agama dengan politik. Dan hari ini Najib sendiri membuktikan bahawa UMNO memang memisahkan agama dengan pemerintahan (politik). Sebab itulah dia luluskan lesen judi.

Hujah 1 : Fatwa Ulama' Masyhur

Syeikh Mustaffa Sabri, seorang Ulama' dan Mufti di zaman pemerintahan Khalifah Islam Uthmaniyah Turki pernah mengeluarkan fatwa yang berbunyi "Jalan pintas menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik (pemerintahan)."

Cuba nilai sendiri, Islam atau kafir jika seseorang yang mengaku Islam tapi lebih percaya pada sistem ciptaan manusia (sekular, sosialis, komunis dll) daripada sistem Allah (Islam) ?

Hujah 2 : Tafsir Surah Al-An'am (6) : ayat 159 ;

Dalam Tafsir Al-Azhar, Almarhum Prof Dr. Hamka menafsirkan ayat ini sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada sistem Islam, maka kafirlah orang itu walau masih bersolat."

Sila nilai diri kita yang jadi ahli dan penyokong UMNO. Bila menyokong membawa maksud kita redha dengan fahaman dan sistem sekular parti itu. Bukan setakat itu saja, disebabkan undi yang kita beri kepada UMNO/BN dalam PRU sehingga mereka terus-menerus menjadi pemerintah dan mengekalkan sistem pemerintahan sekular ini, maka tanpa disedari kita sendiri turut sama dihukum oleh Allah sebagai penentang Islam dan termasuk dalam golongan yang sesat dan tempat kembali adalah Neraka.

Hujah 3 : Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا ﴿٦٦﴾ وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا ﴿٦٧﴾ رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!

Mahukah ahli dan penyokong UMNO duduk dalam Neraka ? Bukan saya yang cakap tetapi Allah SWT sendiri tegaskan dalam ayat di atas.

Hujah 4 : Surah Al-Maidah (5) : ayat 90 ;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Apakah Presiden dan pimpinan UMNO tak pernah jumpa ayat di atas ini ? Islam jenis apakah puak-puak syaitan ni.

Saya dah kemukakan beberapa hujah jelas bagi tatapan ahli dan penyokong UMNO yang beragama Islam. Lepas ni, sila muhasabahlah diri sendiri. Kalau ada terdengar suara yang mengatakan UMNO parti sesat dan munafiq (lebih jahat dari kafir), jangan terus melenting. Sila buka Al-Qur'an, baca dan fahamkan. Nak lebih bagus, pergi mengaji ilmu Aqidah dan fahami betul-betul tentang perkara-perkara yang boleh membatalkan Syahadah.

Takde gunanya sembahyang tonggak-tonggek, puasa, zakat dan haji kalau Aqidah rosak.

Salam pagi Khamis

No comments:

Mangsa Kerakusan dan Kezaliman UMNO

mangsa kezaliman
bn
Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger